Bab 9

1.1K 21 0
                                    

Tugas mereka kali ini ialah membuat inspection bahagian bawah kapal milik Zecon Monik bagi mengesan jika terdapat kerosakan. Untuk itu, Alai ditugaskan untuk turun membuat pemeriksaan di bahagian yang tidak berapa dalam. Selepas Jimin memberi taklimat ringkas tentang skop tugas mereka dalam dive tersebut, team member lain terus membantu Alai memakai pakaian menyelam dan memasang peralatan menyelam lengkap di badannya.

Alai akan diturunkan lebih awal untuk kerja-kerja pemasangan down line di tempat bekerja supaya senang diver lain yang berada di atas permukaan menghantar peralatan untuk digunakan oleh diver yang bekerja di bawah air.

"Kau turun cek, kalau perlu cuci, cuci dahulu sebelum kita mula." Jimin memberi arahan kepada Udin. Mika yang berada di sebelah menunggu peluang saja untuk Jimin memberi tugasan.

Diam.

"Aku?" Mika memberanikan diri untuk bertanya. Jimin pula berpura-pura tidak dengar. Mika nak sangat turun ke bawah untuk membuat cleaning. Bukan susah sangat pun.

Kebanyakannya hanya melibatkan sampah seperti jaring nelayan yang tersangkut, tali-tali yang hanyut dan tumbuhan laut segar. Kalau ada bahagian paip yang terlalu kotor dan diselaputi hidupan marin barulah cucian dilakukan. Untuk kerja-kerja mencuci, beberapa peralatan akan digunakan seperti scrapper, grit blast dan water blaster. Ketiga-tiga peralatan ini berbeza dan memerlukan kecekapan yang tinggi ketika menggunakannya.

"Bos, aku nak turun. Nak buat cleaning," pujuk Mika.

Jimin memandang ke arah Mika, pretty boy patut buat kerja lebih mencabar.

"Kalau aku tak bagi arahan apa-apa, jangan pandai-pandai nak ajar aku." Jimin bertegas. Memang menjengkelkan betul Jimin ni. Mika dah offer diri untuk turun cleaning tapi Jimin jual mahal.

"Kau ikut aku." Jimin menunjuk ke arah Mika.

Udin dan Opai saling berpandangan. Bukan mereka tidak kenal perangai Jimin, member yang baru selalu akan tolong Jimin kemas dokumen. Mika bingkas bangun mendekatkan dirinya dengan Jimin. Dia sudah tidak sabar untuk mendapatkan arahan.

"Kau ambil ni, semak satu per satu. Lepas tu tengok semula jadual untuk esok."

Mika terkedu. Eh, ini bukan kerjanya. Apa ke jadahnya seorang diver nak semak dokumen? Inspector weldinglah patut buat. Erk! Serba salah nak tolak. Pula tu sekarang Jimin yang bos. Macam mana dengan Alai? Sepatutnya selepas setengah jam, dia perlu turun menyelam untuk sambung kerja Alai. Ah! Jimin sengaja nak kenakan dia. Jimin tidak yakin dengan kebolehan dia kut!

"Baik, bos..." balas Mika. Dalam hatinya, Jimin disumpah seranah sepuas-puasnya. Huh, dia bukan budak lepasan kolej vokasional! Dia sendiri ada lesen menyelam dan kimpalan. Dia pernah mendapat kontrak luar dengan TNB untuk pemasangan net di dalam laut. Betul orang tua-tua cakap, kalau nak menuntut ilmu, memang perlu kesabaran yang tinggi.

"Nanti tulis laporan, kita tengok kerosakan besar atau macam mana. Kalau sikit, cepatlah kerja kita settle," terang Jimin.

Mika mengangguk faham.

"Bos... Kalau habis awal, boleh kita jalan-jalan kat sini?" cadang Mika.

Jimin pandang Mika atas bawah.

"Budak kecik kena tidur awal..." balas Jimin selamba.

Mika mencebik. Jimin yang masih duduk berhadapan Mika, terus mengamati wajah itu dari dekat. Mika memang stok pretty boy. Dengan kulit yang cantik, sepasang mata yang menawan, memang membuatkan orang yang memandang mudah terpesona. Tapi sayang, penampilan yang ala tomboi mencacatkan pandangan dan potong selera! Mika menguis rambut yang terjuntai di dahi. Mika selesa berambut pendek. Tapi leher tetap menampakan leher seorang gadis. Tahi lalat sebiji di tepi leher nampak seksi dan sebab itu Mika lebih suka memakai mask muka sekali menutup leher.

"Siap, bos," ujar Mika. Jimin menarik fail untuk membuat pemeriksaan. Wow! Cekap juga minah ni bekerja. Dia tahu semua pasal peralatan.

Selepas setengah jam berlalu, Alai sampai ke permukaan. Daripada gambaran diberikan oleh Alai, bahagian yang perlu dicuci tidaklah begitu banyak memandangkan bahagian yang perlu dibaiki hanya melibatkan kawasan bawah kapal yang sikit. Namun begitu, kerja welding yang akan dilakukan mestilah dilakukan dengan cermat kerana ada ketika air yang keruh akan mengganggu penglihatan welder. Jimin sendiri akan menghadapi kesukaran untuk membuat pemeriksaan akhir sekiranya keadaan di bawah tidak mengizinkan.

Malam itu, mereka berempat, Jimin, Alai, Opai dan Udin keluar makan malam sekali. Mika? Buang masa saja kalau diajak pun. Puas pintu bilik diketuk... Panggilan telefon usah ceritalah. Semua pakat bergilir menelefon. Haram dia nak angkat!

"Blah la wei... Sehari tak makan, tak mati la anak Mohtar tu... Jaga perut sendiri sudah." Jimin mula hilang sabar.

"Aduh, kasihan juga. Kau la, bah. Suruh itu, suruh ini... Budak lagi tu." Alai mempertahankan Mika. Asalkan perempuan, Alai memang cepat bersimpati.Prihatin konon!

"Eh... Masuk bidang ni, kena tangkaslah. Kalau slow macam siput babi... Balik tidoq bawah ketiak mak dia. Lagipun dia yang terhegeh nak buat semua tu. Susah betullah deal dengan perempuan bodoh macam dia tu." Jimin mula berleter. Itulah perangai setan yang tak hilang dari muda sampai sekarang. Dengan tok sahaja, Jimin jadi baik sekejap. Belakang tok menjadi balik. Sejak makin meningkat umur, dia lagi laser. Gasaklah apa orang nak cakap.

"Kalau pun dia nak, kau boleh halang, bah. Kau pun suka membuli dia. Walaupun dia nampak macam jantan, tapi dalaman tetap sumandak! Kan?" Alai masih tetap mempertahankan Mika.

"Dia bagus sebenarnya. Aku rasa dia join team ni pun sebab kau, Jimin. Jangan la keras sangat. Itulah bunga yang ada pun. Penyeri." Opai pun mula menyebelahi Mika. Jimin membuang pandang ke luar kedai makan. Nampak gaya, Mika dah berjaya menjentik hati mereka.

"Weh... Tak ada kaitan dengan aku, okey."

"Budak tu mahu belajar welding sama kau. Itu sebab dia masuk sini. Aku rasa bagus kalau kau ajar dia. Dia muda lagi, boleh pergi jauh lagi." Alai berterus terang.

"Aku tak ada masa nak ajar orang. Tu, di luar sana punyalah banyak kursus, bayar sajalah," tukas Jimin. Ingat tenaga dan ilmu dia free?

"Mana sama. Aku dulu pun, kau yang ajar, kan? Sebab dia perempuan, itu pasal kau tolak mentah-mentah!" Alai mengingatkan kenangan mereka ketika sama-sama offshore.

"Makanlah. Dari tadi sembang. Esoklah sambung." Udin yang diam dari tadi, terus bersuara bila makanan sudah sedia dihidang. Cerita Mika terhenti di situ sahaja. Masing-masing menyuap makanan mengisi perut yang lama berkeroncong.

Single Terlalu Lama!Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora