Bab 12

995 17 0
                                    

Sudah hampir seminggu mereka tidak bertegur sapa. Baik Jimin mahupun Mika, masing-masing mengelak daripada bertembung di tempat kerja. Mika lebih banyak membantu Hisyam.

"Syam... Aku balik dulu. Nanti kau tutup bengkel." Jimin berdiri di tepi pintu tetapi pandangannya menghala ke arah lain. Jimin tidak berminat langsung hendak tatap wajah Mika apatah lagi menjeling. Mika gigih membersihkan dan menyimpan semua peralatan sebelum pulang.

"Awal pula kau nak balik. Tunggu la sat. Kita singgah minum nanti." Hisyam cuba memancing mood Jimin. Daripada muka kelat dan ketat, memang jelas menampakkan masing-masing mempamerkan riak menyampah di antara satu sama lain. Jimin mencebik.

"Abang Syam, Mika balik dulu. Semua dah dibersihkan."

Jimin yang masih berdiri di tepi pintu membulat mata.

Mak aiii... Siap berabang-abang. Dengan aku bukan main kurang ajar. Kuat menggedik betul perempuan jadian ni. Jimin mengusap-usap bawah dagunya.

Mika mengangkat wajah bila tahu ada yang masih memerhatikan tingkahnya. Jimin masih merenung ke arahnya. Mika terus bangun dan mengatur langkah untuk balik, sedari Jimin masih mematung diri di situ, Mika sengaja memijak kaki Jimin dan terus berlalu. Jimin menyimpan senyuman, ada lori ada bas... Bila-bila masa Jimin akan balas! Silap besarlah kalau Mika bertekad jadi musuhnya.

"Dah kenapa muka macam tu? Relaks la... Merajuk macam budak-budak. Kalah anak aku," tegur Hisyam. Jimin menayang muka malas.

"Aku tak suka la perempuan jadian tu kerja sini. Sebab apa kau ambil dia? Banyak lagi kan budak fresh yang boleh kita latih. Kau ada sesuatu ke dengan dia?" Jimin mula menaruh syak. Tapi takkan kut, Hisyam bukan kaki perempuan.

Hisyam tersengih. Dia sudah mengagak suatu hari, soalan itu akan timbul.

"Kau kenal aku bukan sehari dua. Lama kut... Mika tu baguslah. Aku dah check background dia. Silapnya cuma satu, dia tak ngam dengan kau. Sebab tu kau tak suka dia."

"Bukan saja tak ngam. Aku tak suka dan paling menyampah tengok perangai tak boleh blah dia tu. Perasan bagus. Dia langsung tak hormat aku. Nasib perempuan, kalau jantan... Aku bagi sebijik dah hari tu."

Hisyam melepaskan ketawa. Jimin kalau sembang, macamlah dia paling bagus dan paling suci. Bukan dia tak kenal perangai setan Jimin dan sekali pakej mulut longkang. Depan tok sahaja, Jimin baik.

"Padan la dengan muka kau. Sesuai la gelaran budak setan tu melekat terus dengan kau. Mulut tu tak pernah cover. Cakap siang pandang-pandang, bro."

Jimin menayang muka tidak puas hati. Ayat Hisyam tu kedengaran seperti sudah jatuh hukum yang dia punca semua yang berlaku.

"Aku buat apa? Apa yang aku cakap? Aku tak pernah cari pasal dengan dialah." Jimin terus yakin mempertahankan dirinya.

"Ha... Itulah. Lain kali bodoh tu simpan sikit. Kau lupa dah, kau mengutuk dia di belakang... Betul-betul di depan pintu bilik dia pula tu... Kau kutuk kaw-kaw. Kau ni memang la. Agak-agaklah, dia tu perempuan. Nampak kasar di luar, di dalam tetap terselit kelembutan. Sensitif," ujar Hisyam panjang lebar.

"Oh. Itu... Hahaha! Dia dengar ke? Patutlah!" Jimin menepuk dahi. Hisyam mengangkat wajah meminta kepastian. Jimin hanya tersenyum.

"Manalah aku tau time tu dia period... Patut sensitif." Jimin membuat kesimpulan sendiri.

"Bangang betul kawan aku ni. Bila masa aku cakap dia datang bulan? Kau tu lain kali jaga sikit mulut, jangan main sedap mengkritik orang lain. Mika tu perempuan kut. Susah ke nak faham apa aku cakap tadi?" Hisyam semakin geram dengan sikap acuh tak acuh Jimin.

"Oh... Baru aku tau dia perempuan. Hurm... Papan sekeping tu lagi seksi dari dia kut." Jimin berpura-pura senyum dengan mata terpejam rapat. Sah... Jimin memang membayangkan siapa lagi seksi... Mika atau papan?

"Katalah sepuas-puas hati kau... Malas aku nak layan."

"Eh... Bukan aku saja yang kutuk dia. Yang lain pun sama ikut sekali. Mulut aku aje nakal sikit. Tapi hati baik. Ni dia orang yang belikan makanan, siap sangkut di pintu bilik... Mana tau kut mati kelaparan dalam bilik," jelas Jimin panjang lebar.

"Blah la kau, Jimin... Beli makanan konon! Budak tu keluar makan seorang diri sebab kecil hati dengan perangai kau orang."

Wajah Jimin berubah seraya mendengar cerita Hisyam. Kalau Mika keluar belikan makanan sendiri, siapa pula yang ambil makanan yang dia tapaukan untuk Mika? Tersalah bilikkah dia? Pelbagai persoalan bermain dalam mindanya. Antara rasa serba salah dan ragu-ragu, Jimin terus meninggalkan Hisyam. Otak kembali ligat memutar rakaman malam itu. Jimin masih tidak mendapat jawapan. Jangan harap Jimin akan bertanyakan hal itu kepada Mika. Never!

Single Terlalu Lama!On viuen les histories. Descobreix ara