"Ibu kenapa?" Tanya dia polos.

  "Awak tak percayakan saya ke Syu?" Soal Aizat melihat Syuhada seperti tidak mahu melepaskan Syahadat. Sudah tiga bulan lebih mereka berkenalan dan Syuhada masih meragui dia? Syahadat ini akan jadi anaknya juga, jadi apa salahnya?

  "Percaya cuma.. erm.. tak apalah. Awak pergilah." Syuhada terus berpaling. Anaknya hari ini boleh pula lupa. 

Syuhada usap kepala Syahadat. Kesempatan itu juga cuba ditarik beberapa helai rambut si anak.

"Aduh! Ibu! Sakit!"

Wajah Syuhada memucat. Alahai, sakit sangat ke?

"Sorry sayang. Nanti kita pergi makan ais kepal ya? Ibu pergi toilet kejap, tak tahan." Bak lipas kudung Syuhada memecut daripada disoal perbuatannya tadi.

  Selepas beberapa minit memastikan dua lelaki itu pergi, Syuhada kembali mengetuk pintu Doktor Hanny.

  "Masuk." Suara di dalam memberi kebenaran. Laju Syuhada masuk dan menutup pintu perlahan-lahan.

  "Eh puan? Kenapa ni? Ada tertinggal barang ke?" Tanya doktor tersebut. Sangkanya misi ingin memberikan fail pesakit seterusnya rupanya tidak.

  "Bukan doktor. Saya sebenarnya nak minta jasa baik doktor untuk buat ujian DNA."

  "DNA siapa pula ni?"

  "Tunang saya dan anak saya."

.

.

  DUA hari sebelum tarikh nikah Syuhada dan Aizat, Syuhada berada di rumah Afiq dan Bella. Syah sudah dilepaskan bermain bersama kembar Tasha dan Marsha.

  Di ruang tamu, hanya wajah serius dipamerkan. Syuhada, Amri, Izuan, Zack, Ameer, Afiq dan Bella. Zack tidak membawa isterinya bersama, tidak mahu mengeruhkan keadaan. Biarlah disimpan rahsia dahulu.

  "Cikgu rasa apa sekarang?"

  Bella menyoal. Tangan cikgu yang mengajarnya digenggam. Sejuk tangan ini. Dua hari lagi, balu ini akan menjadi isteri orang.

  "Saya tak tahu." Jawabnya mudah. Hatinya memang gusar tapi lancar saja dia bercakap saat ini.

  "Cikgu masih sayangkan arwah?"

  Syuhada terdiam mendengar soalan Izuan. Farhan... sudah lama nama itu tidak meniti di bibirnya. Seketika hatinya sebak. Dua hari lagi dia bukan lagi bidadari Farhan. Itu kenyataan perit yang perlu dia hadap.

  Bella bertindak menggosok belakang tubuh itu. Dari pegangan tangan mereka, Bella dapat rasakan tubuh itu kaku. Nama itu pastinya memberi impak kepada pasangan hidup.

  "Aizat adalah Farhan. Saya cukup yakin tu." Amri memecahkan suasana.

  Walaupun dia tiada bukti, nalurinya kuat mengatakan Aizat adalah sahabatnya yang lama. Namun dia tak pasti mengapa Aizat tidak mengenalinya.

  "Cukup Amri. Jangan buat saya rasa bersalah. Jangan bagi saya harapan palsu lagi. Farhan sudah pergi. Kita cuma perlu cari mayat dia. Itu saja." Bidas Syuhada kembali. Bukan dia sudah tiada hati untuk Farhan, cuma itu sebaiknya. Hati Aizat perlu dijaga. Aizat masa hadapannya.

  "Kalau betul saya cakap Aizat adalah Farhan? Kalau ujian DNA tu tepat apa cikgu nak buat?"

  Syuhada kembali terkedu. Semua kemungkinan itu tidak logik hakikatnya tetapi Amri masih degil. Semakin tiba hari pernikahan cikgunya, hatinya berdetak kian hebat. Sudah dia siasat siapa Aizat. Cuma dia tiada bukti kukuh untuk menyakinkan cikgunya. Ameer sendiri tidak percaya pada mulanya namun dia bersyukur saat abangnya itu telah buka mata dan menyokong dia.

  Kini, dia mengharapkan ujian DNA itu tepat.

  "Saya bukan tak suka cikgu kahwin hati saya tak sedap." Jelas Amri.

  Pihak belah lelaki tiada satu dari mereka pun kenal kecuali Sofea. Tetapi Sofea tidak mengenali lelaki itu dengan dekat. Hanya kenal sedikit tidak bererti tahu baik buruk latar belakang mereka. Dia runsing.

  Zack pernah kata mak Aizat itu guna ilmu hitam. Jadi tak mustahil bukan? Atau dia yang terlalu berharap?

  "Saya akan bahagia dengan Aizat."

  Syuhada berazam. Walaupun dia getar, harus dia sorokkan. Dua hari lagi hari bahagia dia. Dia perlu berhenti kusutkan diri. Dia hanya perlu persiapkan diri untuk bakal suaminya sahaja.

  Itu sudah cukup.
 

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now