BAB 25

961 65 0
                                    

HARI KEDUA

“WAH! Strawberi!” Girang Syuhada sebaik menapak masuk ke KHM Strawbery Farm. Deretan pokok strawberi yang ditanam menyerikan pandangan mata.

“Macam tak pernah nampak dekat selangor aje?” duga Aizat. Ketawa kecil dia melihat reaksi Syuhada. Tak ubah macam budak-budak! Tangan dia seluk ke dalam poket. Nyamannya udara di sini tidak dapat disangkal lagi.

“Ish, memanglah ada aje dekat selangor tapi saya tak pernah tengok pokok strawberi. Sekali tengok, berlambak dekat sini. Kalau saya tahu, dah lama saya bawa Syah pergi sini.”

“Kenapa tak bawa?” Sengaja Aizat panjangkan perbualan.

“Tanah tinggi. Saya tak berani kalau jadi apa-apa. Saya sudahlah ibu tunggal.”

You’re not anymore.” sangkal Aizat pantas. Mereka sudah bernikah dan Syuhada bukan lagi ibu tunggal. Gelaran itu sudahpun gugur sebaik dia lafazkan akad.

“Nanti bolehlah bawa Syah pergi sini kan? Budak tu suka sangat makan buah cecah coklat. Kalau dia tengok ni, mesti meroyan tak ikut.”

“Mestilah boleh. Dah, jomlah. Kita petik.” Aizat mencapai satu bakul di tepi kaunter.

“Boleh petik?” mata Syuhada membulat.

“Mestilah boleh. Asalkan bayar.”

Saat itu juga Syuhada capai bakul dari tangan Izzan dan berlari-lari anak ke dereta buah strawberi. Dipegang dan diperhatikan keunikan buah yang tumbuh di suhu rendah ini.

“Jangan petik banyak sangat. Nanti tak habis nak makan.” Pesan Aizat ringkas. Lihat saja bakul, sudah segunung kecil strawberi yang diambil Syuhada. Main petik aje, langsung tak tengok banyak atau tidak buah yang diambil itu.

.

.

SYUHADA labuhkan punggung ke atas katil. Tangan masih lagi mengenggam bunga lavender yang dipetik sendiri. Tidak sangka dia yang Aizat akan membawanya ke taman bunga. Bertambah-tambah perasaan terujanya. Terlalu asyik dia menikmati keindahan di tanah tinggi ini, jam susah berginjak hingga jam 5. Mereka mengambil keputusan untuk pulang. Kata Aizat, malam mereka akan keluar lagi. Ada baik jika mereka rehatkan badan dahulu.

“Sukanya orang tu dapat bunga.” Aizat mengusik. Dia melunjurkan kaki di atas katil. Kepala disebam ke bantal.

“Mestilah. Tak pernah dapat banyak macam ni.” Syuhada mengambil bau bunga itu lagi. Senyuman kian melebar.

“Farhan tak pernah bagi awak ke?” soal Aizat, hairan.

Senyuman Syuhada langsung mati. Farhan? Mereka nikah sewaktu lelaki itu remaja, masih terkial-kial belajar subjek cinta. SPM yang diambil tahun ini menyesakkan jadual harian lelaki itu sebagai seorang pelajar dan suami. Lagipun, kisah mereka tidak lama. Belum sempat keputusan SPM keluar, Tuhan menjemput suaminya dahulu dan diganti dengan Syahadat. Mereka tidak dapat melayari perasaan cinta bersama. Hanya setahun lebih pinjaman Tuhan kepadanya dan Syah, adalah bukti cinta mereka.

“Syu?” Aizat menyentuh bahu Syuhada. Isterinya yang mengelamun dikejutkan. Kenapa terlalu lama dia mengambil nasa untuk menjawab? Mustahil Farhan tidak berikan bunga? Perkara paling asas untuk memikat isteri kut.

“Hmm?” Segera Syuhada toleh ke arah Aizat. Bunga lavender diletakkan ke atas meja lampu.

Are you okay?”

Syuhada laju mengangguk tanpa berfikir dua kali. Baginya, tidak perlu soal tentang Farhan. Ini bulan madu mereka, jadi tak perlu sesakkan fikiran dengan Farhan. Biarlah dia dan Aizat menikmati bahagia percutian mereka ini sebelum masing-masing sibuk dengan kerja.

“Malam ni pakai cantik-cantik tau.” Aizat bangun dan menarik tubuh Syuhada merapati. Dipeluk isterinya dari belakang dan meninggalkan sebuah kucupan pada bahu yang terdedah.

“Kenapa?”

Surprise.” Bisik Aizat. Syuhada menceber, tak habis-habis dengan kejutannya. Nasib dia tiada sakit jantung, kalau tidak boleh arwah dulu dengan setiap kejutan. Sudahlah bawa ke lavender farm tak bagitahu, memang dia terpegunlah! Warna-warni bunga itu menyamankan. Saraf mata spontan jadi lembut dan tidak tegang. Macam tahu-tahu dia menghadapi tekanan sejak akhir-akhir ini.

“Pukul berapa keluar?”

“Lepas isyak.”

“Okey, nak tidur dulu.” Syuhada laju bangun namun pelukan Aizat langsung tidak terungkai. Lelaki itu menghampiri dan dipusingkan tubuh Syuhada.

“Dah asar sayang. Baik pergi mandi. Tak elok tidur.”

Syuhada hanya mengangguk asalkan Aizat jauhkan tangannya dari memegang mana-mana bahagian tubuhnya. Terasa geli pula.

“Tapi...” Aizat sengaja meleretkan kata hubungnya bersama sengihan di bibir.

“Mandi dengan saya, jom?”

“Tak nak!” laju Syuhada menengah. Jantung sudah gelabah. Kalau buatnya mereka akhiri dengan mandi wajib bagaimana? Aduh, serabutnya!

“Jomlah. Sayang...” Aizat lebarkan senyuman nakal. Tahu apa yang bermain dalam fikiran isterinya. Isterinya ini, seperti tak biasa. Mungkin kerana terlalu lama.

Tujuh tahun tanpa belaian lelaki, rasa kekok mendatang. Namun, Aizat tidak kisah. Dia lagi suka. Ibarat Syuhada masih seperti anak dara walaupun jarak umur mereka jauh beza. Sudah anak satu pun Syuhada masih seperti anak gadis. Benarlah, perempuan sentiasa dambakan belaian kasih sayang. Lebih-lebih dari orang tersayang, bertambah-tambah perangai mengadanya.

“Aizat...” rayu Syuhada. Wajahnya dicomelkan supaya lelaki itu termakan pujukannya. Janganlah sekarang. Tahulah bulan madu tapi dia tak bersedia lagi!

“Bertambah geram saya tengok bibir awak menjuih tu. Jom!” serentak itu Aizat mencempung tubuh Syuhada. Laju isterinya melatah, nasib sempat tangan itu memaut lehernya. Aizat lepas tawa, suka melihat telatah comel isterinya. Kaki langsung mengorak langkah.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now