Dia buntu dan bingung. Cara yang bagaimana dia harus gunakan untuk menjelaskan perkara sebenar kepada Mawar. Dia tidak mahu menyakiti hati isterinya lagi.

Bukan setakat gadis itu, sebaliknya dia turut terluka. Dia turut sakit dengan apa yang telah dia lakukan. Dan sekarang ini dia buntu. Dia tidak tahu bagaimana penerimaan gadis itu setelah mengetahui perkara sebenar nanti.

Sebenarnya dia sudah pulang ke Malaysia sejak dua hari yang lepas. Cuma dia sengaja tidak pulang terus ke rumah ini dan membuat keputusan untuk bermalam di penthouse dia.

Sejujurnya dia belum bersedia untuk bertemu Mawar.

Tetapi berkat pujukan Tengku Fayyadh dan Engku Haris, dia kini menjejakkan semula kaki ke rumah ini. Kata Engku Haris, dia tidak boleh lari daripada realiti selamanya.

Suka atau tidak, dia perlu menerima.

Engku Raid memejamkan mata sebentar. Cuba menenangkan emosi yang bercelaru, dia kumpul kembali semangat untuk bertemu empat mata dengan sang isteri.

Rahangnya bergemeletuk tajam. Pantas, dia terus buka pintu bilik tidur mereka tanpa sebarang ketukan terlebih dahulu. Dia tahu Mawar masih belum tidur tetapi gadis itu tidak mahu menghiraukan bunyi pintu dibuka itu.

"Mawar..." sebutnya lembut. Punggung dilabuhkan ke birai katil, tepat di sisi Mawar. Tangannya turun mengelus bahu dan rambut sang isteri.

Tapi Mawar masih diam.

"Mawar?"

"Kau dah kenapa ni Mawar? Tahulah rindu dia, ta...tapi hiks janganlah sampai jadi gila hiks. Dia mana ada dekat sini. En...entah sibuk dengan perempuan lain dekat sana. Hiks..."

Engku Raid terkaku mendengar suara Mawar tersekat-sekat diselangi bunyi esakan. Jadi, Mawar fikir dia tengah berkhayal ke apa?

"Jan...jangan fikirkan dia Mawar hiks."

Suara esakan Mawar sekali lagi membuatkan dia tergamam. Lalu dia terus rangkul tubuh kecil Mawar membuatkan mata gadis itu membuntang.

"I'm here," ujarnya lembut. Bibirnya berlabuh di ubun-ubun Mawar. Tak lama tetapi cukup untuk meluahkan rasa rindunya kepada sang isteri.

"Kenapa diam hum? Tak rindu aku ke?" usiknya. Puncak hidung dan pipi Mawar dicuit-cuit. Membuatkan mata gadis itu terkedip-kedip memandangnya.

Tidak lama kemudian, tangisan Mawar kembali melebat. Engku Raid jadi risau. Dah kenapa makin kuat pula menangis?

"Hey hey kenapa menangis? Perut kau sakit ke?" Perut Mawar yang mula menampakkan bentuk, dia usap lembut. Rambut Mawar dielus penuh kasih sayang.

"Aw...awak ke mana? Kenapa lama sangat ting...tinggal saya hiks."

Mawar menepuk-nepuk dada Engku Raid. Agak kuat tetapi lelaki itu sedikit pun tidak mengelak. Sekadar membiarkan Mawar melepaskan marah kepadanya.

Engku Raid ketawa perlahan. "Mana ada lama. Baru dua minggu. Kau rindu aku ya?" Pipi kemerahan Mawar dicuit berkali-kali.

Mawar tidak menjawab, sebaliknya dia terus masuk ke dalam dakapan sang suami. Tak, jangan salah faham. Dia memang masih marah kepada lelaki itu. Cuma biasalah hormon ibu mengandung.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now