Memang Aulia tak berani nak meluahkan isi hati kepada Engku Raid. Tetapi Ariana berani. Dia tak suka apabila melihat teman baiknya dipijak-pijak sesuka hati begitu.

"Tanggungjawab apa yang kau maksudkan?" Engku Raid menjungkit kening, seakan mencabar Ariana.

Dia tahu gadis itu menyimpan rasa tidak puas hati kepadanya. Tapi dia tetap akan menjadi dirinya yang tidak perlu memikirkan orang lain.

"You suami dia. Hampir setahun you tinggalkan dia. And now baru reti nak datang jenguk dia?!" Ariana sudah tidak tahan sabar.

"Suami jenis apa you ni huh?" Sambung Ariana lagi.

Engku Raid mengangkat bahu. Dia ketawa kosong, ketawa yang dibuat-buat. Seakan ingin memancing emosi Ariana. Tak ada masa dia nak melayan perkara remeh-temeh seperti ini.

"Aku dah pernah pesan sebelum kahwin dengan dia lagi, Cik Ariana. Dalam hal ni, aku dah tunaikan tanggungjawab aku. Tiap-tiap bulan nafkah dia, aku yang beri. Kau nak aku bagi apa lagi?"

Ariana turut memeluk tubuh. "Boleh tak you luangkan masa you untuk Lia sikit? Layan dia selayaknya sebagai seorang isteri! Dia bukan patung untuk dijual beli."

Engku Raid menggeleng kepala. Menghembus nafas dalam, dia terus membuka langkah. Tak ada kuasa nak melayan Ariana yang tidak mahu kalah dalam berdebat.

"Wait!" Ariana menarik lengan Engku Raid, masih berlapik. Langkah lelaki itu terhenti.

"Now what?" Soalnya malas. Dia menarik kembali lengannya daripada pegangan Ariana.

"Tolong beri Lia rasa kasih sayang seorang suami walaupun hanya untuk seketika. Tolong kasihankan Lia. I beg you please..."


















"

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.









"KANE!"

Nyaris bergegar satu rumah dek teriakan yang melengking kuat itu. Si empunya nama yang disebut sudah lari lintang-pukang ke ruang dapur demi menyelamatkan diri.

"Ke mari sini Kane!"

"Ampun tuanku beribu-ribu ampun!" Dia berdiri di hujung meja sambil menaikkan kedua-dua belah tangan lagak seperti seorang pesalah.

Yang mana, dia memang telah melakukan beberapa kesalahan. Pertama, dia telah makan ais krim kegemaran Mawar tanpa sengaja. Kedua, dia telah menumpahkan plastik keropok Super Ring di ruang tamu.

Dan kini, Mawar ingin menghantuinya kerana tidak mengemas kembali sampah yang telah dia lakukan.

"Puan, janganlah marah-marah. Nanti cepat kedut." Bidasnya apabila melihat Mawar bercekak pinggang di hujung meja sana.

"Kedut tak kedut. Sekarang ni awak pergi kemas balik ruang tamu tu!" Tekan Mawar, nak menunjukkan bahawa dia tidak main-main.

Letihlah dia nak melayan perangai Kane yang serupa budak tidak cukup umur ni. Sekarang ini siapa yang perlu jaga siapa?

Mawar Milik Raid[C]✅Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα