'Nasiblah aku ada abang begini. Walaupun kami selalu bergaduh tapi dialah juga tempat aku mengadu'

♥♥♥♥♥♥

Setelah Ryan menghantar Bella ke rumah mereka, dia segera menuju ke sebuah kafe untuk berjumpa dengan Daniel. Dia ingin berbincang dengan Daniel tentang Bella

"Sorry, lambat" kata Daniel lalu duduk di hadapan Ryan

Ryan hanya menayangkan muka yang serius sahaja. Daniel pula jangan cakap, cuak habis bila melihat muka Ryan ketat sangat

"Kenapa kau nak jumpa aku?" tanya Daniel untuk memulakan perbualan

"Aku nak jumpa kau sebab nak berbincang sesuatu dan ia berkaitan dengan Bella"

"Kenapa dengan Bella?" tanya Daniel dengan penuh risau

Ryan menarik nafas lalu menghembus. Dia tahu dia buat perkara ni tanpa pengetahuan Bella tapi dia tak sanggu tengok perasaan adiknya terseksa lagi

"Aku nak kau ceraikan adik aku lepas dia bersalin"

Terbuntang luas mata Daniel apabila Ryan bercakap sebegitu. Daniel segera menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu menceraikannya

"Aku takkan ceraikan Bella. Aku masih cintakan Bella" kata Daniel

"Kau cintakan Bella tapi kau kahwin dengan kawan baik Bella. Kau rahsiakan perkahwinan kau dengan perempuan tu selama 2 bulan! Nasiblah Bella dapat tahu, kalau tak sampai mati kau perbodohkan Bella" sindir Ryan

"Ryan! Memang aku kahwin dua tapi aku masih sayangkan Bella dan aku juga sayang Hannah sepenuh hati aku. Kau tiada hak untuk halang aku sama ada nak ceraikan Bella atau tak" kata Daniel sambil tersenyum sinis

"Siapa cakap aku tak ada hak? Aku sebagai abangnya mahu kau ceraikan adik aku. Aku tak mahu adik aku hidup dengan jantan tak guna seperti kau. Perangai kau masih sama seperti dulu. Kaki perempuan!" sindir Ryan dengan sinis

Daniel mengepal penumbuknya. Dia cuba sedaya-upaya untuk bersabar agar muka abang iparnya tak ditumbuk olehnya

Ryan hanya tersenyum sinis melihat muka Daniel merah menahan marah. Ryan mengeluarkan sampul surar lalu diberikan kepada Daniel

"Kau buka benda tu"

Daniel segera membuka sampul tersebut. Terdapat kertas yang mengandungi tulisan milik Bella. Berubah riak wajah Daniel apabila membaca surat dari Bella

Assalamualaikum Daniel,

Saya tulis surat ni tak bermaksud saya dah mati. Saya tulis surat ni sebab saya langsung tak mahu tengok muka awak. Saya tulis surat ni hanya ada satu tujuan sahaja. Saya nak awak ceraikan saya sebab saya tak mahu bermadu dengan Hannah. Anak ni saya akan jaga sendiri dan awak boleh teruskan hidup awak dengan Hannah. Cukuplah awak sakitkan hati saya. Saya tak mahu hati saya semakin sakit dengan awak. Awak tak perlu risau sebab saya sendiri akan keluar dari hidup awak

Saya harap awak halalkan semua makan dan minum saya. Saya harap awak kecapi kebahagiaan awak dengan Hannah. Nanti lepas saya bersalin, saya akan berikan borang penceraian dan saya harap sangat awak tandatangan

Itu sahaja saya nak beritahu awak. Sebelum itu, anak kita perempuan dan saya harap perangainya tak seperti awak

Yang Benar,
Isteri yang disakiti

Daniel cuba sedaya upaya menahan daripada tangisannya pecah. Daniel meletakkan kembali surat tersebut dalam sampul

"Jadi aku harap sangat kau ceraikan Bella" kata Ryan

"Aku takkan sesekali ceraikan Bella sampai aku mati" kata Daniel sambil memandang Ryan

Ryan segera menarik kolar baju Daniel dengan kasar membuatkan Daniel terdorong ke hadapan. Nasiblah kafe ni agak lengang jadi tiadalah perasan yang mereka seperti ingin bergadu

"Berikan aku tiga sebab kenapa kau tak mahu ceraikan Bella"

"Pertama, semestinya aku sayang dia. Kedua, aku masih cintakan Bella. Ketiga, Aku nak jaga anak dalam kandungan Bella" kata Daniel dengan tenang

Ryan tersenyum sinis

"Kalau kau tak mahu ceraikan Bella, kau ceraikan Hannah" kata Ryan sambil tersenyum sinis

Daniel mengetap bibirnya

"Takkan susah nak pilih?" sindir Ryan

Ryan melepaskan kolar baju Daniel. Ryan memandang Daniel yang hanya senyap sahaja

"Nampaknya kau ni memang tamak. Takkan susah sangat nak pilih antara Bella dengan Hannah?"

"Kau nak tahu sangat kan? Aku pilih Hannah dan Bella boleh berambus dari hidup aku. Itu yang kau mahu kan? Baiklah aku akan ceraikan Bella!" kata Daniel dengan geram

"Kau pilih Hannah berbanding Bella. Baiklah kalau itu pilihan kau tapi sebelum itu, aku nak bagi kau hadiah"

Ryan segera menumbuk Daniel menbuatkan Daniel terjatuh. Ryan segera menarik dengan kasar kolar membuatkan Daniel berdiri

"Kau dengar sini baik-baik, memandangkan kau pilih isteri kedua kau berbanding Bella, aku harap kau takkan merayu dekat Bella untuk rujuk semula" kata Ryan sebelum melepaslan kolar baju Daniel lalu keluar dari kafe tersebut

Daniel menyentuh bahagian pipinya yang ditumbuk menyebabkan dia mendesis sakit. Air matanya spontang mengalir

'Aku memang lelaki bodoh!'


Heheheheh double update😜 Saya akan update another chapter nanti malam

Nampaknya Daniel pilih Hannah😴 Kesian Bella sebab suaminya pilih orang lain berbanding dirinya😢 Huhuhu🙁

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now