Alai hanya mengangguk. Letih nak sambung perang mulut.

Jimin membelek jam, pasukan member yang lain belum kelihatan. Alai di sebelah sibuk menaip sesuatu di telefon. Mungkin banyak pesanan nak disampaikan kepada isterinya memandangkan kali ini mereka berada di Terengganu selama dua minggu. Dia juga yang senang dan simple, bebas ke mana saja, tak perlu melaporkan apa-apa.

"Mana Opai dengan Udin ni? Patut dah nampak batang hidung," soal Jimin kepada Alai.

Diam.

"Itu siapa? Budak barukah?" Alai menunjuk ke arah susuk tubuh yang berjalan ke arah mereka. Mata Jimin tidak berkedip. Lelaki muda dengan gaya rambut terjuntai di dahi, melangkah dengan penuh gaya dan keyakinan. Di bahu kanan menggalas beg dan wajah ditutup dengan mask muka berwarna hitam yang hanya menampakkan dua biji mata. Sekali pandang memang penuh aura. Jangankan Alai, Jimin pun ralit memerhati susuk tubuh yang semakin menghampiri mereka.

Kedua-dua mereka terdiam. Dari jauh nampak penuh berkarisma. Jimin berdehem. Alai terus mengalihkan pandangan kepada Jimin. Dia senyum nakal.

"Habislah saham kau. Itu baru nampak mata. Belum mukanya. Lepas ni kau sana masuk dalam stor duduk diam-diam. Aku pertaruhkan ibu jari, budak ini memang handsome. Can beat you well!" ujar Alai.

"Kalau bergaya lebih... Kerja mesti jahanam." Alai melepaskan ketawa. Jimin cemburu kut!

"Hai... Jealous ke? Ada orang lagi kacak daripada kau." Jimin menjeling. Menyampah juga dengan perangai Alai yang suka membahankan member sendiri. Apa ke jadahnya handsome kalau kerja tak bagus? Bukan semua orang dikurniakan bakat dengan kemahiran menjahit menggunakan bahan api ni. Tunggu sajalah bagaimana hasil kerja budak hingusan ini nanti. Jimin memang takkan bagi muka.

"Assalamualaikum. Maaf lambat, bos. Dua kali aku pusing sekitar area ni, baru nampak signboard." Lelaki muda itu mula menegur. Suara serak-serak dan terbatuk kecil.

"Waalaikumussalam. Izhar ke? Saya Shazrimin. Panggil Jimin. Ni partner kau, Alai Singat. Orang Ranau." Jimin mula memperkenalkan diri. Alai di sebelah mengangguk dan senyum. Mata Jimin jatuh memandang lelaki yang mempunyai sepasang mata yang menawan. Perghhh... Dia yang jantan pun kecundang tengok apatah lagi kalau perempuan lain tengok. Mesti menggedik memanggilnya oppa!

"Aku bukan Izhar. Aku Mika. Last call... Tukar position. Tapi bos jangan risau... Urine test okey." Mika cepat-cepat membuat penjelasan bila melihat air muka Jimin berubah. Hisyam patut maklum walaupun nak tukar orang. Yalah, walaupun bukan offshore, dia tidak mahu ada team member ambil benda terlarang. Bekerja di dasar laut tu bukan sama seperti menjahit di darat. Risikonya lagi banyak.

"Sudah lama kau jadi air diver? Nampak macam muda lagi kau ni bah." Alai bertanya. Jimin memeluk tubuh dan bersandar di tepi kontena yang diubah suai menjadi tangki air besar.

"Baru empat tahun," jawab Mika. Pandangannya terarah kepada Jimin. Bos macam tidak suka kehadiran dia di dalam team ini. Kalau bukan sebab Jimin, dia pun tak ingin nak terhegeh-hegeh masuk syarikat kecil ni.

Hati kena kental, sebab rata-rata mereka yang terlibat dalam bidang ni kebanyakan mulut memang dah lama expired insurans. Pula tu telinga memang kena tebal sebab kalau tersilap sikit, sana sini dapat maki. Jimin seorang pengimpal yang hebat dulu, jadi dia mesti berguru dengan lelaki di hadapannya itu.

Bila melihat sendiri Jimin di depan mata, benarlah seperti apa yang dia dengar sebelum ini, Jimin memang budak setan yang handsome. Bab laser belum tahu lagi, setakat ini Jimin masih kekal kacak walaupun cuma mengenakan baju T hitam. Sekali dia menolak rambut ke belakang, Mika pun rasa nak terbalik ke belakang sekali. Seksi sangat! Jam tangan tu sesuai sangat terletak di lengan yang berurat dawai macam Jimin. Betul-betul lelaki sejati. Itu belum bila Jimin membuang keluhan lagi. Lagilah daebak! Tapi kenapa tak kahwin sampai sekarang?

Semua diam. Jimin sesekali melemparkan jelingan kepada Mika yang sibuk mencatat sesuatu di buku log. Mika mengangkat wajah, mata kedua-dua mereka bertentang. Jimin hanya mampu melihat bahagian mata, bahagian lain habis ditutup rapat. Betul kata Alai, budak Mika ni memang pretty boy. Kenapa pretty boy sibuk nak joint team welder? Kenapa tidak duduk saja di ofis besar yang ada aircond? Mika menarik mask muka yang dipakainya. Nah! Memang pretty boy! Gila punya cantik jantan di depan dia ini. Jimin tersentap. Apakah ini?

"Hoi!" Jimin menempik kuat. Alai yang berada di sebelah sedikit terkejut. Mika lagilah terkejut. Apa hal budak setan tiba-tiba naik angin? Jimin menayangkan wajah kelat. Jimin membuka fail yang ada di atas meja, dia mula menyelak borang kesihatan setiap welder. Borang Mika ditarik keluar. Satu per satu dibaca dan apa yang dia syak, memang betul.

"Full name Mikanadyra binti Mikael Mohtar. Apa hal kau masuk team aku? Siapa suruh kau masuk sini? Team aku semua jantan... Apa ke jadah kau nak join team aku?"

Bertalu-talu soalan dilemparkan kepada Mika. Padan muka kau Mika, baru tadi kau puji dia handsomelah... Seksi itu dan ini, sekarang Jimin dah mula tunjuk perangai. Sekali dia buka mulut, dah macam biawak nampak makanan. Non stop dia maki. Itu belum mula kerja. Kalau tengah bekerja, ada yang buat silap, itu dia... Berdarah telinga dengar Jimin menyumpah seranah. Satu saja yang bagus tentang Jimin, dia jenis cepat lupakan. Tapi itulah, yang kena maki orang lain. Memang makan dalamlah kalau sesiapa bekerja di bawah dia.

"Bah... Perempuan rupa-rupanya kau." Alai bersuara. Patut la tadi tengok mata saja, dia sudah rasa lain. Mata lelaki mana ada selembut dan setenang itu.

"Sabar, Jimin. Mungkin ada sebab Hisyam masukkan dia dalam team kau."

Jimin mendengus geram.

"Bos call Abang Hisyam... Dia tukarkan saya ke sini, Izhar ke sana."

Jimin merenung tajam ke arah Mika. Tadi bukan main berlagak, bahasakan diri aku. Sekarang pandai pula berabang. Saya! Leceh betul perempuan jadi team member. Cantik tu memang cantik, tapi kerja kat sini kerja yang berat bukan untuk suka-suka dan gatal-gatal.

"Kemas barang kau, blah. Aku boleh buat dengan kau, Alai. Kau suruh dia balik. Sini bukan tempat main masak-masak!" perli Jimin.

"Kalau dia tak layak, takkan Hisyam nak ambil? Kau ini, belum cuba mana tau. Mungkin dia lebih bagus dari aku." Alai cuba memujuk.

Takkan nak suruh budak itu balik, kesian Mika. Dia menunduk wajah ke lantai. Bukan tak berani angkat muka pandang Jimin. Meluat sangat nak tengok. Rasa macam tengok biawak tengah berdiri sambil membebel.

"Bos!" Udin menjerit dari jauh. Huh! Baru nampak batang hidung dua makhluk ni. Opai dan Udin melajukan langkah menghampiri mereka.

"Hai, Mika. Lama tunggu?" Udin bertanya.

Mika hanya menggeleng. Jimin mencebik. Sibuk bertanya orang lain sedangkan diri sendiri lewat. Inilah orang Melayu. Tak reti tengok jam.

"Kenapa lambat? Mati sat lepas tu hidup balik?" sindir Jimin.

"Bukan, bos. Kereta Opai pancit. Bos, lepas ni semangat la team kita ada bunga sekuntum."

Opai tersengih menjeling Mika. Eh! Kenapa semua macam okey saja dengan kehadiran Mika? Pelik. Macam mana mereka tahu dia perempuan sedangkan dia pun baru saja tahu? Jimin menayang muka tidak puas hati. Memang nak kena Hisyam ni.

"Bunga tahi ayam. Bau pun busuk... Orang bodoh saja suka bunga busuk," balas Jimin. Nah! Memang setan betul Si Jimin ni. Sesuka hati menyakiti hati orang.

Mika cuba bertahan. Kalau dia membalas, habislah peluang dia. Hisyam sendiri berpesan, hati kena kental. Kalau mampu bersabar dengan mulut laser Jimin, kira berjayalah dapat kepercayaan untuk terus kekal dalam teamnya. Bertabahlah, Mika.

Single Terlalu Lama!Where stories live. Discover now