TNKP | 73

2.2K 130 17
                                    

  Violet menarik nafas lega. Mujur dia sempat mengeluarkan dinding api tadi. Ataupun dia yang akan dibelah dengan pedang tajam itu.

  Syakila memandang Violet tidak berpuas hati. “COME TO ME MY ARMIES! COME AND HELP ME!”  jeritnya lantang.

  Serentak dengan itu, mereka semua terdengar bunyi laungan yang bersahut-sahutan. Semua orang mulai berjaga-jaga.

  “Portal tu…” Delisya memandang portal Alam Syaitan.

  Mereka melihat ke langit. Awan gelap menutupi sebahagian portal. Kilat mula menyambar. Jeritan raksasa semakin kuat.

  Satu saat…

  Dua saat…

  Tiga saat…

  “GROAHHHH!!”

  BOOMMM!

  Raksasa bersaiz pokok oak tua keluar dari pintu portal. Tawa Syakila mula bergema.

  “Selamat datang ke ‘rumah’ baru, sayang…” Syakila ketawa jahat. Di tangannya ada dua bebola kegelapan.
   
  “TUTUP PORTAL TU!!” jerit Ray, kuat.

  Semua yang berada di langit cuba menutup portal tetapi diserbu dengan raksasa tadi. Lebih banyak raksasa hodoh keluar dan menerkam mereka. Angel dan demon di udara jatuh ke tanah. Tubuh mereka hancur.

  Leo tidak membuang masa. Dia menarik tangan Star dan Ryssa ke portal itu menggunakan sayap yang selama ini disimpan. Rise juga menarik Aurora dan mengheret Kai.

  Leo memandang ke bawah. “KAMI AKAN TAHAN PORTAL NI! HENTIKAN SYAKILA!!’ jeritnya. Dia kembali fokus ke hadapan dan cahaya emas terhasil di sekelilingnya.

  Star, Aurora dan Ryssa masih bingung sementara Kai dan Rise pula sudah menutup mata. Cahaya yang mereka hasilkan mula mengelilingi dan menutupi portal.

  The Great Knights terus mara menyerang raksasa yang berbagai bentuk itu. Lebih menggeramkan mereka, raksasa itu mampu berubah bentuk. Shapeshifting?

  “Ergh!” Hanza membuat riak jijik apabila darah hitam berlendir meleleh mengenainya apabila dia menikam salah satu makhluk aneh itu.

  “Qinny! Jom bantu!!” Violet memanggil pegasus kesayangannya. Dia melompat naik ke atas dan pegasus itu mengepak sayapnya.

  “Rain of poison!” Violet melancarkan serangan serangan ke atas sekumpulan syaitan. Apabila hampir terlanggar dengan raksasa berbentuk zirafah, Violet pantas mengeluarkan busur. Daripada serangan jarak dekat, menjadi serangan jarak jauh.

  Dia memandang seekor kucing di atas raksasa pokok yang diseru Riane. Kucing itu diam.

  ZZAPPP!!

  “Jangan teragak-agak, Violet. Mereka bukan pihak kita,” kata Delisya, dingin, sebelum menghilang. Hancur mood dia apabila terpaksa berhadapan dengan makhluk lain.

  Violet mengangguk faham. Makhluk hitam di sekelilingnya dipandang sekilas. Nafas berat dihembus sebelum dia mengarahkan Qinny terbang agal rendah. Sekumpulan jaguar hitam dipanah dengan racun dan Violet mula menyasarkan makhluk lain.

  “Kenapalah syaitan ni semua bentuk haiwan,” bisik Violet dengan penuh rasa geram. Tiba-tiba suara Qinny bergema dalam fikiran.

  'Timur kau.'

  ZZAPP!

  Violet pantas memanah. Dia tersenyum lemah melihat seekor harimau syaitan yang mahu menyerangnya. Mujur anak panah itu tepat di jantung harimau itu.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now