TNKP | 61

1.6K 110 3
                                    

  Di saat mereka bertempur sesama sendiri, ada yang memerhati. Dia membetulkan topeng di wajahnya. Tangannya naik ke muka, lalu cahaya bersinar kecil.

  Sepasang topeng mata muncul menutupi wajah atasnya. Wajahnya kini terlindung sepenuhnya. Hoodie di kepala dinaikkan.

  Kakinya berlari ke satu arah. Sesekali dia menyorok apabila terlihat kelibat anggota Kumpulan Magis Satu yang bertanggungjawab melindungi pelindung kerajaan itu.

  "Tch." Dia berdecit apabila kakinya terpijak ranting kayu. Bunyi kecil itu menarik perhatian ramai.

  Mereka semua menggunakan deria mereka untuk mencari arah bunyi itu.

  Dia pantas bertindak. Tangannya bersinar dan sebatang tongkat sihir muncul di tangan. Serta-merta jejaknya hilang.

  Mereka yang mendengar bunyi itu terkaku lalu kembali melindungi pelindung kerajaan.

  "Nasib baik..." Dia menghela nafas lega. Matanya tajam melihat sesuatu yang jernih di hadapannya. Dia mahu menyentuh pelindung itu namun—

  "Argh!" Dada ditepuk. Bibirnya dilap, cecair merah mengalir likat. "Tak guna!" Dia memaki.

  Bibir diketap dan penumbuk dikepal. "Macam mana mereka tahu sihir ni?!"

  Dia berpatah semula ke belakang dan kembali ke medan pertempuran. Di sana, dia melihat anakandanya menentang beberapa pengawal Kerajaan Demon.

  Dan dia terlihat wajah seseorang yang dia benci. Sayapnya dibuka dan dia meluru pantas ke arah gadis itu dengan pedang di tangan. Apa yang dia tahu, dia perlu cepat kerana sihir sayapnya hanya bertahan buat sementara.

  "MATI KAU!!"

  "RYSSA, ELAK!" Satu tubuh menolak gadis itu daripada ditikam.

  Ryssa yang ditolak terpinga-pinga.

  "ARGH! SINI KAU!" Permaisuri Naga menerpa lagi sekali.

  Otak Ryssa yang baru sahaja berfungsi terus menghantar isyarat ke tangannya. Tangan Ryssa bercahaya lalu satu letupan terhasil.

  Permaisuri Sandra mengetap gigi. Dia menghilang di sebalik debu. Sementara itu, Ryssa membawa penyelamatnya, Kai, ke istana.

  "Selamatkan Kai!" Sempat dia berpesan kepada Ray sebelum menghilang, mahu memburu wanita tadi. Dendam tersemat sekali lagi.

  Ray pula tercengang. Datang menghantar Kai dan menghilang macam tu je? Dasar...

  ••••

  Seorang gadis melihat pemandangan di Kerajaan Demon dari langit. Dia bersembunyi di sebalik awan hitam. Sesekali dia terbang ke awan lain kerana takut disambar kilat.

  "Ergh, aku kena cepat!" Sayap sementaranya dikibas dan dia membuka sebuah portal, ke sebuah tempat.

  Buk!

  Gadis tadi mengusap punggungnya yang sakit kerana salah mendarat. Matanya tajam memerhati sekeliling.

  Apabila terlihat pasangan yang dicari, dia menggunakan kuasanya untuk menarik mereka.

  "EHHH APAHAL NI?!"

  Buk!

  "Adeh... Sakitnya..." Terhenti rengekan mereka apabila terlihat satu kelibat di hadapan mereka.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now