TNKP | 1

7.4K 317 49
                                    

  BAM!

  Tersentak dua orang jejaka yang asyik bersembang tentang kuasa. Kedua mereka memalingkan wajah ke pintu perpustakaan itu. Seorang gadis menerpa masuk dengan wajah yang merah padam.

  Si gadis berdiri statik memandang kedua jejaka itu. Dia tersenyum manis. Manis, tetapi nampak menyeramkan. Dia menarik nafas sebelum, "RAYYYYYYYYYY!!"

  Ray terkejut. Dia mengusap dada perlahan. Boleh mati dia kalau hari-hari dijerkah kuat macam tu. "Kau nak apa?" soalnya selamba biarpun dia sudah tahu tujuan si gadis datang.

  "Hmph! Aku tak nak siasat apa-apa tentang kumpulan cahaya tu!" Gadis itu berpaling sambil memeluk tubuh.

  "Heh, macamlah aku kisah? Siasat juga!" desak lelaki bernama Ray itu. Bahunya ditepuk oleh sahabatnya. Dia berpaling memandang jejaka yang muda setahun itu. Jejaka itu menggeleng.

  "Dia tengah panas tu. Kau jangan cari pasal. Kena renjat aku tak ambil tahu..." Lelaki itu tersengih.

  "Bongok kau, Rez!" Ray mengetuk kepala Rez. Dia memandang gadis yang masih berpeluk tubuh itu.

  "Nak apa? Shuh shuh...." halau Ray.

  Mata gadis itu membulat. "Apa? Kau halau aku? Serius? SERIUSLAH?!!" Bergegar istana itu dengan jeritan gadis itu. Pekerja di istana itu buat tidak endah, bukan tidak biasa.

  "Serius."

  "OKAY!!" Gadis itu menghentak kaki lalu menghempas pintu perpustakaan sekuat hati. Kedua jejaka itu mengusap dada, terkejut.

  ZZZ!!

  "Erk?" Terkebil-kebil jejaka bernama Ray itu.

  Rez ketawa terbahak-bahak melihat sahabatnya direnjat petir. Kasihan....

••••

  "Rayyan..."

  "Ya, bonda?" Seorang lelaki berpakaian serba putih berpaling lalu tersenyum manis. Tangannya ditarik oleh wanita bergelar 'bonda' ke satu tempat. Kini, dia dan bondanya berada di sebuah taman istana.

  "Rayyan, bonda nak Rayyan cari keturunan puteri pahlawan malam. Kita memerlukan mereka. Bukan kita je, satu dunia!" Permaisuri itu terus berkata, straight to the point! Wajahnya serius sekali.

  "Huh, kenapa pula?" Rayyan mengerutkan dahi, tidak memahami permintaan ibunya.

  "Haih... Kamu akan tahu suatu hari nanti. Apa-apa pun, bonda dengar pelindung yang berada di Guardian Kingdom hampir runtuh. Itu pelindung milik permaisuri ke-98, puteri pahlawan malam bukan? Runtuhnya pelindung itu bererti kalahnya kita kepada puak kegelapan. Tiada siapa dapat bantu kita selepas ini..." Mata permaisuri itu berkaca-kaca.

  "Jangan risau, bonda. Rayyan dan yang lain akan sedaya-upaya mencari puteri kembar itu." Rayyan mengelap air mata bondanya yang mengalir. Dia tersenyum nipis.

  "RAYYAN!" Satu suara menghentikan drama antara dua beranak itu. "Tarik nafas... Hembus..." Gadis yang menghampiri mereka melakukan perbuatan itu beberapa kali sehingga dia berasa tenang.

  "Okay, sambung. Hah, Rayyan! Bonda! Pelindung dekat kerajaan tu hampir musnah!" Gadis itu kembali cemas.

  Terbuntang mata si permaisuri. Dia menolak tubuh anak lelakinya. "Jangan biarkan ia runtuh, arahan daripada Permaisuri Sandra Henley!"

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now