TNKP | 46

1.7K 150 7
                                    

  Suasana di Istana Kerajaan Angel agak meriah memandangkan mereka ingin menyambut satu majlis demi meraikan kehadiran sang lagenda.

  Senyuman lebar menghiasi wajah pasangan kembar perempuan bernama Syakila dan Kayla. Ya, merekalah tumpuan utama di majlis itu nanti. Setiap langkah mereka pasti dihormati penduduk di mana-mana kerajaan.

  "Selamat kembali, tuanku." Seorang rakyat angel menundukkan kepalanya manakala tangan terletak elok di dada. Dia menunduk 90°.

  "Tuanku puteri... Lagenda kini kembali. Sungguh terharu kami di alam ini. Terima kasih, tuanku." Seorang lagi wanita angel yang jelita tersenyum girang. Wajahnya memang muda, tetapi umurnya mencecah 109 tahun!

  Maksimum umur seorang angel hanyalah sehingga 500 tahun. Hiks, tapi wajah awet jelita mahupun kacak sentiasa. Umur mereka seolah-olah berhenti pada usia seratus tahun. Eh, sudah. Melalut dah ni!

  "Tidak patik sangka, sejelita inilah kerabat Diamond, puteri pahlawan malam sang lagenda!"

  Senyuman Syakila dan Kayla tidak mati sebaliknya bertambah riang. Mereka turut menunduk hormat.

  Puteri pahlawan malam? Ya, itulah sebabnya mengapa majlis besar-besaran itu dilakukan. Semua kerajaan di Dunia Fantasi dijemput dan semestinya bukan Kerajaan Demon.

  Bagaimana ini boleh berlaku?

Flashback

  Rayyan dan L menarik tangan pasangan kembar Syakila dan Kayla. Riak jejaka kacak itu sangat ceria. Entah ke mana hilangnya sifat dingin mereka.

  "Bonda! Ayahanda!" Rayyan dan L melaung serentak apabila kelibat sang raja dan permaisuri dua kerajaan berada di kornea mata.

  "Iya, anakanda kami yang tersayang. Ada apa? Eh, siapa ni?" soal Permaisuri Sandra dengan riak hairan.

  "Em... Ini pasangan kembar, Syakila dan Kayla. Sebenarnya... Kami ingin mencadangkan sesuatu. Memandangkan bonda pernah bercerita tentang lagenda puteri pahlawan malam, kami terfikir sesuatu. Kata bonda dan keturunan moyang dan sebelumnya, puteri pahlawan malam ini kembar.

  Lebih istimewa apabila kembar sangat jarang dijumpai di dunia ini. Bonda pun pernah berkata, kita boleh lakukan 'ujian' untuk mengetahui bahawa benarkah mereka itu pasangan kembar. Jadi... Alang-alang, kita lakukanlah ya?" L menjelaskan tujuannya dengan panjang lebar.

  Gadis bernama Kayla dipandang sekilas. Pantas dia mengalihkan pandangan apabila renungannya bertemu dengan sepasang anak mata Kayla yang menawan.

  "Eh tapi—"

  "Teruskan je bonda. Lagipun kami sudah penat mencari. Andai kata mereka sememangnya lagenda yang dicari, hah kan tuah tu!" potong Rayyan.

  Raja dan permaisuri Kerajaan Naga dan Angel mahu membantah tetapi didesak kedua putera mahkota itu. Terpaksalah mereka bersetuju.

  Keesokan harinya, mereka meneruskan dengan agenda yang ditunggu-tunggu. Syakila dan adik kembarnya, Kayla, berdiri di hadapan seketul batu yang bersaiz bola sepak. Mereka berpandangan.

  "Korang hanya perlu menitiskan darah di atas batu itu sambil menyebut mantera," kata Vladeric dengan senyuman nipis. Wajahnya terlindung dengan cloak yang disarung.

  Syakila dan Kayla mengangguk faham. Terdetik di hati mereka, takkanlah semudah ini ujian untuk menentukan siapalah pasangan lagenda itu? Bukan mahu menolak takdir yang sudah mereka ketahui, tetapi mereka teringin juga mahu melakukan ujian gempak seperti dalam drama. Eh?

  Syakila dan Kayla mencapai dua bilah pisau yang tersedia. Mereka menghiris sedikit lengan mereka. Titisan darah itu jatuh di atas batu misteri disaksikan kerabat naga dan angel serta para pembesar istana.

  Batu misteri itu bercahaya terang. Jalur ungu kelihatan jelas di setiap lekuk batu itu. Apungan batu itu semakin tinggi, separas mata gadis-gadis kembar itu yang sedang tergamam. Cahaya ungu turut bersinar di sekeliling batu misteri itu. Cahaya ungu itu meluru ke langit lalu cahaya itu 'bebas' ke merata tempat.

  Setiap pelindung yang wujud pecah, kecuali pelindung di Kerajaan Demon, Kerajaan Guardian dan Secret Kingdom. Hal ini menyebabkan Dark Knight, Rien, Violet, Star, Aurora, Leo dan Rise tergamam.

  Vladeric terkedu melihat cahaya itu. Para pembesar dan kerabat diraja kagum.

  "Vladeric..?" panggil Raja Zach setelah berdiam diri selama beberapa minit.

  Vladeric tersedar. Dia memandang tepat ke dalam anak mata raja itu. Dia mengangguk perlahan.

  Mata-mata yang ada di situ bersinar gembira. Rayyan dan L melagakan penumbuk mereka. Hanza memeluk Hanz, air matanya mengalir tanpa sebab. Syakila dan Kayla tersenyum. Akhirnya...

  Impian mereka untuk mendapatkan semula takhta milik mereka berjaya.

  Senyuman manis terukir jelas.

End of the flashback

••••

  Dark Knight jatuh terduduk. Star dan Aurora rebah. Leo dan Rise duduk bersandar menahan perit di dada. Dan sekali lagi, Rien bersama kembarnya, Violet, jatuh ke atas lantai. Mereka sedang berjalan ke arah colosseum, malangnya perit di dada, lebih tepat di jantung menyebabkan mereka semua jatuh.

  Rien dan Violet menjerit kesakitan. Mata mereka hampir bertukar merah. Air mata mengalir deras, sakitnya usah dikata! Darah mengalir dari hidung dan mulut!

  Keadaan Dark Knight, guardian dan pari-pari tidak terkecuali. Yang membezakan mereka adalah mereka hanya sakit di dada dan kepala.

  Para dayang dan pengawal mulai cemas. Pengawal-pengawal mengangkat mereka dengan pantas, mahu membawa mereka ke kamar diraja.

  'Kumpulkan mereka dalam sebuah bilik dengan keadaan berpegangan tangan.'

  Satu suara muncul di minda mereka. Pengawal itu hanya akur. Entah suara siapa, tidak pasti. Tubuh mereka diletakkan bersebelahan, dan dengan arahan tadi, tangan mereka disatukan.

  Pengawal-pengawal tadi terkaku melihat tubuh 12 orang itu bercahaya terang. Cahaya yang menyinari bilik itu tersebar ke seluruh kerajaan. Semua orang menutup mata.

  Cahaya itu menarik perhatian kerajaan berdekatan. Dalam diam, seseorang menggumam perlahan.

  'Menarik... Pastinya peperangan ini akan menjadi sejarah di seluruh dimensi...'







To be continued

Okay okay, sorry guys. Rys tak perasan pun chapter ni sebenarnya dah siap. HAHAHAHAHAHAHA

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now