TNKP | 25

2.3K 175 6
                                    


  Hanz membelai rambut Hanza. Wajah kembarnya yang beriak tenang dipandang. "Bila kau nak sedar?"

  Wajah Crya yang berada di katil sebelah Hanza pula diperhatikan. Gadis serigala jadian itu juga tenang. Cedera mereka hampir sembuh. Tulang hanya retak sahaja.

  BUM!

  Pintu bilik rawatan dihempas kuat. Hanz tersentak. Dua orang gadis meluru ke arahnya. Lebih tepat, ke arah Crya dan Hanza.

  "Kenapa ni? Apa yang jadi? Baru je tadi mereka elok, kenapa sekarang terlantar atas katil rawatan?" soal Rien bertubi-tubi.

  Hanz ketawa kecil dek sikap gelabah tidak tentu pasal Rien. "Mereka baik-baik sahaja. Tadi kami mengadakan perlawanan di colloseum. Crya bertarung dengan Hanza. Jangan risaulah, mereka kuat. Crya retak tulang kaki kirinya manakala Hanza cedera di sayap," jelas Hanz, berniat mahu meredakan perasaan gelisah gadis-gadis itu.

  "Bila mereka akan sedar?" soal Violet.

  "Emm.. Tak tahu.." jujur Hanz.

  Violet hanya mengangguk. Dia memandang Hanza dan Crya, silih berganti. Pandangannya tertancap kepada pokok kecil yang ditanam dalam pasu di sebelah katil rawatan Crya. "Cantik," bisiknya perlahan.

  Hanz dan Rien terkedu. Otak mereka berfikiran negatif. "Kau.. Kau.."

  Mata Violet tajam menikam anak mata mereka. "Hey, I'm straight, okay!!" bentak Violet.

  Hanz dan Rien ketawa.

  Violet memasamkan wajahnya. "Oh, di mana perginya L dan Rayyan?"

  "Mereka perlu membaiki colloseum yang sudah... Hancur? Err..?" Hanz tersengih.

  "Wow. Pasti tenaga mereka berdua kuat sehingga mampu menghancurkan colloseum." puji Rien.

  "Aha, aku akui, mereka berdua kuat. Jangan lupa, ketiga-tiga putera idaman ni pun kuat, kayh." Hanz tersenyum poyo.

  Rien dan Violet menggulingkan bebola mata mereka. "Tak boleh poyo lagi ke?" soal mereka, menyampah plus sarcastic.

  Hanz ketawa. Mungkin gadis-gadis lain cair melihat jejaka kacak itu, tetapi tidak bagi Rien dan Violet.

  "Mana Leo dan Rise?" soal Hanz. Dia agak hairan, melihatkan kedua jejaka misteri itu tiada bersama gadis-gadis itu.

  "Err.. Mereka.. Ada hal.." balas Rien dengan gagap.

  Violet mengangguk setuju. "Yup, mereka ada hal."

  "Hal apa?" Hanz mengerutkan dahi.

  "Entah.." Rien dan Violet hanya menjongket bahu.

  Hanz hanya mengangguk biarpun dia hairan. "Oh, lupa pula. Rise dengan Leo tu kerabat diraja guardian ke? Sebab, setahu aku.. Kerajaan guardian mana ada kerabat. Mereka hidup macam biasa," ujar Hanz.

  Violet dan Rien berpandangan. Mereka menjongket bahu sekali lagi. "Kitorang tak tahu. Mereka berdua tu misterilah.." rungut gadis-gadis itu.

  "Benarkah niat mereka baik? Aku tak boleh baca fikiran mereka langsung! Hisy!" Hanz mula membebel.

  Violet menarik tangan Rien, keluar dari bilik rawatan itu dengan pantas. Boleh berdarah telinga mereka mendengar jejaka itu membebel. Rupa dah okay, kacak! Tapi, masuk bab membebel. Pergh!

  Mereka berdua berjalan-jalan di sekeliling akademi. Beberapa pelajar yang lalu-lalang memerhatikan mereka dengan hairan. Ini kerana mereka memakai lencana emas Kerajaan Dragon dan Kerajaan Angel. No wonder kalau students lain pandang pelik semacam je.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now