TNKP | 66

1.7K 144 26
                                    

  Kai dan Ryssa yang sedang meninjau kawasan sekeliling pelindung mula berasa sakit di jantung mereka. Semakin lama semakin sakit dan mereka jatuh terduduk.

  Sayap hitam mereka terbuka luas dan tanduk mereka kelihatan kerana kesakitan itu. Mereka berpandangan sebelum sayap dikepak menuju ke istana. Dengan cemas mereka menjerit lantang.

  "PORTAL ALAM SYAITAN AKAN TERBUKA!!"

  Kecoh semua orang apabila terdengar jeritan kuat daripada pasangan itu.

  Ahli Dark Knight yang lain tersentak. Begitu juga dengan Hanz, Hanza, Crya, Leo, Rise, Star, Aurora, Rien dan Violet. Err... Panjang sangat, kita gelar mereka... White Warrior? Erm... Okaylah kut. Berbalik kepada situasi...

  Dark Knight dan White Warrior terus meluru ke arah dua ahli Dark Knight yang sudah bertukar kepada syaitan dan kini terduduk di halaman istana. Para tentera sudah pun membentuk kumpulan mereka seperti yang diarahkan berdasarkan kumpulan.

  Mereka berkumpul di belakang sebuah gunung yang tidak jauh dari belakang istana.

  "Kau biar betul?" soal Ray dengan cemas.

  "Kau... Kau ingat kami menipu?" Kai marah dalam sakitnya. Dadanya dicengkam kuat, seolah-olah mahu mencampak keluar jantungnya.

  Tubuh Ryssa yang terkulai didakap erat oleh kembarnya. Gadis itu menangis-nangis kerana tidak mahu ditinggalkan sendirian.

  "Bawa mereka ke istana!" arah Delisya.

  Leo menghalang. "Kesakitan ini disebabkan mereka adalah salah satu daripada syaitan. Aku mahu mereka tenangkan diri terlebih dahulu supaya mereka tidak terpengaruh dengan panggilan syaitan, jadi, biar aku dan Rise hantar mereka ke kerajaan kami di Dunia Fantasi ini," katanya panjang lebar.

  Semua berpandangan. Kai dan Ryssa sudah pengsan. "Maksud kau... Kerajaan Guardian?" soal mereka.

  Leo dan Rise menggeleng. Gelengan itu membuatkan si kembar puteri pahlawan malam tersenyum. Hanya satu yang terlintas iaitu... Secret Kingdom.

  "Kami dah tiada masa. Mereka semakin menghampiri." Rise terus menarik Kai dan mendirikannya sementara Leo mencempung tubuh kecil Ryssa. Sebuah portal terbuka dan mereka terus masuk ke dalam, mengendahkan yang lain yang masih tertanya-tanya kecuali si puteri kembar.

  "Ke mana mereka pergi?" soal Ryn dengan risau.

  "Jangan risau. Mereka akan dibawa ke tempat yang selamat. Aku dan Vio pernah ke sana. Mereka pasti selamat di sana. Sekarang, mari kita ke gunung di belakang. Para tentera sedang menunggu arahan kita semua. Crya, kembali semula ke kerajaan kau dan beri amaran," arah Rien dengan tegas.

  Puteri serigala itu mengangguk dan terus bertukar kepada serigala jadian. Dia berlari pantas menuju ke kerajaannya yang agak dekat. Ray menyuruh Delisya dan Ryn ke Alam Syurga bagi memastikan si Dewi Bunga sudah bersedia dengan angkatan tenteranya. Hanz dan Hanza diarah pulang kembali ke Kerajaan Angel.

  Kini, hanya Rez, Ray, Star, Aurora, Rien dan Violet sahaja yang tinggal. Dengan perlahan, mereka membuka sayap mereka lalu terbang ke gunung di belakang istana.

  Sayap? Ya, Rien dan Violet memiliki sayap yang sangat cantik. Sayap mereka persis sayap angel. Cuma ianya berwarna kuning keemasan dan biru keunguan. Debu-debu magis yang berkilauan terhasil apabila sayap mereka dikepak.

  Dari jauh, kelihatan angkatan tentera yang sudah bersedia. Ray pantas memberi arahan kepada pasukan Kumpulan Darat Tiga agar melindungi orang ramai yang tidak terlibat dalam peperangan.

  Kumpulan Darat Satu berada di kawasan peperangan manakala Kumpulan Darat Dua menyerang secara sembunyi iaitu dengan menyorokkan diri dan menyerang di sebalik tempat persembunyian.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now