TNKP | 10

2.9K 198 6
                                    

  Dark Knight mengeluh. Mereka berpandangan. Dari hari itu lagi mereka merancang mahu menyerang Kerajaan Guardian. Malangnya, Ray mempunyai banyak urusan. Mujurlah mereka menerima berita baik dari bumi iaitu sekolah mereka terbakar. Erk, berita baik ke? Tentang sekolah terbakar itu, para pelajar diberi cuti selama seminggu atau lebih memandangkan blok yang terbakar adalah blok utama. Sadis!

  "Ray!" seru Delisya. Dia sudah tidak tahan akan kebosanan kali ini. Dia mahu berlawan!

  "Aku sibuk, Del. Sila faham..." jelas Ray dengan nada geram.

  "Tapi, bukan aku sahaja yang bosan. Yang lain pun bosan!" rungut Delisya.

  "Kalau kau dahulukan kerja kau tu, sampai mati pun tak siap!" bebel Ryn pula. Hei, tangan ke bahu mata ke atas! Hahahaha!

  "Kau asyik perli orang je. Kau takde kerja ke?" sindir Rez. Dia memandang sekilas rambut panjang Ryn. Pandang lama-lama nanti bukan jatuh hati, tapi sakit hati! Rasa nak tarik je!

  "Takde," balas Ryn ringkas. Dia bersandar di sofa empuk dalam bilik kerja Putera Ray itu. Dia memandang adik kembarnya yang sedang duduk di sebuah sofa. Sofa itu kosong, hanya dia sahaja yang duduk. Kakinya bangun melangkah ke arah si adik lalu kepalanya dilabuhkan ke atas paha Ryssa. Matanya dipejam. Mengantuk.

  "Ryn... Aku nampak baaaaanyak kertas peperiksaan, kertas gerak gempur, kerja sekolah dan macam-macam lagi kertas dalam bilik kau. Belum masuk kerja lapangan, kajian kes dan lain-lain lagi," kata Ryssa dengan sinis. Tubuh kakak kembarnya ditolak ke tepi. Sesuka hati dia je baring atas pahanya!

  Ryn berdecit. "Kedekut!"

  "Kedekut tak kedekut. Aku masih sakit, sepatutnya aku yang baring!" Ryssa banyun dan melangkah ke arah Delisya. Dia pula meletakkan kepala di atas paha Delisya. Mujur gadis itu tidak menolak sebaliknya mengusap lembut kepala gadis yang dianggap adik itu. Yeah, Delisya baik!

  "Eh, sejak bila kau rajin bercakap sebelum cukup tempoh ni, Ryssa?" sindir Rez. Jelingan tajam Ryssa diabaikan.

  "Oh okay." Ryssa membalas singkat. Kakinya melangkah keluar dari bilik kerja itu. Malas mahu melayan. Tak mahu layan dia kan? Buat apa terhegeh-hegeh bercakap kalau orang tak sudi nak dengar, kan?

  Semua memandang Rez tajam. Tiba-tiba Kai pula bangun dan melangkah pergi. Semua menjungkit bahu. Entahlah, tidak tahu mahu kata apa.

  "Ryn. Pergi buat kerja kau atau kau nak aku hantar kau ke Demonic Elite Highschool?" ugut Ray sambil matanya merenung tajam anak mata gadis itu.

  Ryn mengeluh. "Yalah, yalah..." Tangan Rez ditarik. "Tolong aku siapkan semua masalah tu."

  Rez pasrah. Mahu membantah silap-silap dia yang ditendang keluar dari kerajaan itu. Bukannya boleh percaya si Ryn ni!

   ••••

  "Selamat pagi, bonda!" Rien menyapa ceria. Dia berada di Kerajaan Naga. Begitu juga dengan Violet. Mengubah angin, lagipun Permaisuri Naga sudah menjemput. Takkan mahu ditolakkan? Tidak mahu mengecewakan hati Permaisuri Sandra. Hehehe...

  "Selamat pagi, Rien. Mana yang lain?" soal Permaisuri Sandra yang cekap menghidang sarapan pagi. Wajah gadis jelita itu dipandang dengan senyuman.

  "Entahlah, bonda. Mungkin sedang bersiap? Lagipun masa Rien jenguk bilik Violet, dia sedang mandi manakala Hanza sedang menyikat rambut. Yang lelaki itu mungkin dalam akan tiba sebentar lagi?" teka Rien. Wajahnya diangkat memandang Permaisuri Sandra. Dia agak mencemburui Permaisuri Sandra. Wanita itu sangat cantik!

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now