Bab 13

265 23 46
                                    

Sahak duduk di ruang menunggu yang disediakan di pejabat milik papa Emilia. Kali ini, Sahak berpakaian lengkap serupa anak anak pemilik syarikat yang biasa ditayangkan dalam drama tivi. Walaupun rasa sedikit tidak selesa dengan penampilan dirinya, Sahak tetap akur dengan permintaan Emilia untuk tampil dengan kemas ketika menemui papanya.

"Semua pilihan di tangan ko, kalau rasa selesa pakai la, kalau tidak, jangan." Kamil memberi sedikit nasihat ketika Sahak bersiap siap mahu ke pejabat Emilia. Kamil berdiri di atas meja solek hotel sambil melumurkan pomade ke tubuhnya.

"Encik Sahak, sekarang encik boleh masuk ke bilik itu." Lembut suara perempuan setiausaha memberi arahan bimbang Sahak akan memanggilnya selipar buat kali kedua.

"Mister Sahak," kata Sahak yang masih di bawah pengaruh perkataan discuss.

"Errr... Mister Sahak boleh masuk ke bilik itu ya." Sekali lagi perempuan setiausaha memberikan arahan.

Kamil geleng kepala.

"Baiklah, Emilia sudah memberitahu saya tentang kamu, tentang gaji yang ditawarkan. Nampaknya, saya telah bertemu dengan seseorang yang bakal mewarisi bisnes saya dan menjadi suami kepada Emilia," kata papa Emilia sebaik sahaja perbincangan dimulakan.

"Dan, saya tak setuju dengan gaji yang kamu minta. Jadi, saya telah sediakan satu surat perjanjian. Yang bertulis, kamu terpaksa menerima gaji sebanyak 18 ribu ringgit setiap bulan dan bonus. Bonus untuk bulan pertama kamu akan dibayar dengan sebuah kereta sukan mewah mengikut pilihan kamu sendiri. Manakala di bulan kedua saya sudah menyiapkan sebuah rumah banglo 18 bilik tidur serta bilik mandi. Jadi, turunkan tandatangan kamu di situ." Papa Emilia memberi arahan sambil memandang ke Emilia di sebelah Sahak.

Mata Sahak jadi bulat mendengarkan tawaran tawaran tersebut. Bayangan abah dan emaknya di pintu rumah banglo, dan Sahak keluar dari kokpit kereta sukan mewah, dan seluruh kampung menyanyikan lagu Hail To The King bergilir gilir di depan mata Sahak.

Tiba tiba Sahak terasa pedih di pahanya, bila Sahak menoleh, kelihatan Kamil membenamkan kuku ke paha Sahak kerana telah beberapa kali mencuit Sahak dan tidak ada respon.

Kamil geleng kepala, tidak bersetuju dengan tawaran tersebut. Sahak menguis tangan Kamil dan terus mengangguk mahu menerima tawaran papa Emilia.

"Baiklah, sebelum itu, Emilia akan menerangkan kepada kamu tengah tugas tugas kamu di sini. Emilia, silakan. Papa mahu pergi main golf." Papa Emilia bangun dan meninggalkan perbincangan.

Sahak memandang ke Emilia, Emilia menggigit pen dan menerangkan tugas tugas Sahak.

"You di position CMM, cheif marketing manager. So, tugas you adalah memastikan setiap team akan mencapai target. Setiap team ada 10 orang, dan setiap orang wajib membawa lagi 40 orang untuk kita tubuhkan team baru, dan setiap yang mahu join perlu membayar RM210 ringgit. You bayangkan setiap anggota team akan membawa pulang 80 ribu ringgit, 80 ribu ringgit youuu," kata Emilia sambil memeluk Sahak, bakal suaminya dari belakang.

Mata Sahak jadi bulat sekali lagi.

"Cilake! Kau tau ke join MLM ni masuk nerakaaa, anak anjing!" Jerit Sahak, menarik tangan Kamil dan meninggalkan pejabat Emilia.

Emilia menangis sambil gosok gosok pipi akibat ditempeleng oleh Sahak.

KolumpoDove le storie prendono vita. Scoprilo ora