Bab 11

388 24 51
                                    

Perkarangan rumah Sahak dipenuhi tetamu yang hadir mahu menyaksikan perkahwinan Sahak dan Emilia. Seluruh kampung hadir tanpa ada satu orang pun yang tidak dijemput. Yang kurus datang melayang-layang, yang pendek datang terjenguk-jenguk, yang diabetis datang berkerusi roda kerana kena kencing manis dan kaki telah dipotong.

Sungguh meriah suasan ketika itu. Tetamu-temau yang hadir diwajibkan memakai baju melayu serta bersongkok bagi tetamu lelaki. Manakala tetamu perempuan mengenakan tudung corak bendera Malaysia. Yang tidak bertudung mewarnarkan rambut mereka mengikut warna jalur gemilang.

Lagu negaraku berkumandang sehingga hamper seluruh kampong dapat mendengarnya. Tiang-tiang benderea kebangsaan dipacakkan di tepi jalan sepanjang kampong Sahak. Kain rentang, bunting dan banner wajah Sahak dan Emilia digantung di tiang-tiang elektrik. Celaka Sahak, nak kahwin ke nak buat pilihanraya. Kata saya selaku pengarang cerita ini yang mula rasa sedikit menjengkalkan dengan kelakuan Sahak ini.

Pak mail, abah Sahak yang mengenakan baju melayu dan songkok tinggi yang ukurannya boleh seorang bayi berumur 3 bulan duduk bersila di dalamnya tersenyum bersalam dengan tetamu yang hadir. Sesekali mata Pak Mail menjeling ke dalam sampul surat mengintai berapa jumlah wang salam kaut yang diperolehnya. Mak Siti pula mengenakan baju kurung yang mana kainnya panjang meleret sampai ke tanah menyiku suaminya bila melihat perangai suaminya itu.

Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jamaa bainakuma fil khoir... Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jamaa bainakuma fil khoir...

Suasan jadi hening seketika bila mendengar satu suara yang sungguh merdu memndendangkan lagu tersebut. Semua mata yang hadir memandang ke arah pentas karaoke. Kelihatan Marsya, bekas kekasih Sahak anggun mengenakan jubah abaya, bertudung membalut kepalanya hingga ke leher mengalunkan lagu tersebut. Sedap telinga mendengar. Arabnya cukup. Melayunya kukuh.

"Dia itu bekas kekasih Sahakkkk," jerit seorang lelaki yang sedang mencuci gelas dalam besen di bawah pokok.

Mendengar akan jeritan tersebut, dua orang lelaki yang ditugaskan menguruskan kerja-kerja kahwin berlari membawa pelamin naik ke atas pentas. Tindakan dua orang lelaki tersebut mendapat sorakkan dari tetamu yang hadir. Dan mula ada cakap-cakap belakang mengatakan agar perkara tersebut perlu dibuat teater.

Pishhh! Pishhh! Pishhh! Tetamu yang hadir dikejutkan dengan bunyi brek angin dari beberapa buah trak tentera yang diekori bebrapa buah kereta kebal. Mana yang sedang menyuap nasi, berhenti menyuap. Yang mengejar anak menyorok bawah meja, berhenti mengejar. Yang mengumpat terus mula mengumpat itu dan ini.

Krekkk! Pintu kereta kebal terbuka. Seorang lelaki berpakaian lengkap tentera keluar dari kokpit. Di dada sebelah kirinya tertera tanda nama Sarjan Don Wardaddy Collier. Dia memerhati keadaan sekeliling, kemudian kembali masuk ke kokpit dan mengarahkan krewnya menembak.

Bam! Bam! Bam!

Orang ramai bertempiaran lari. Yang kurus berlari laju, yang gemuk menggulingkn tubuh ke tanah, yang diabetis berdoa semoga masuk syurga.

Bam! Bam! Bam! Sahak terkejut bunyi benda meletup.

Bam! Bam! Bam! Woi, Sahak bukak pintu ni, bukak! Kamil menjerit dari luar pintu bilik.

Sahak menggosok-gosok matanya, bangun dari katil dan membuka pintu bilik.

"Cilake, 3 jam aku duduk luar. Dah ko pergi beli makanan cepat. Aku lapar ni," kata kamil.

KolumpoWhere stories live. Discover now