Bab 3

710 51 60
                                    

Arghhh! Arghhh! Suara jeritan seorang penumpang wanita buatkan Sahak berhenti mengelamun. Kepalanya lekas-lekas dipusing mencari arah datangnya suara jerita itu.

Bukkk! Tubuh wanita yang sedikit gempal itu jatuh ke atas lantai bas. Tubuh wanita yang sedikit gempal itu bergolek, tubuhnya ke kanan, bas juga ikut ke kanan, tubuhnya ke kiri bas juga ikut ke kiri. Pemandu bas hilang kawalana. Bas bergerak dengan kelajuan yang merbahaya. Penumpang yang berdiri juga ikut ke kanan bila bas ke kanan dan begitu juga sebaliknya.

Pemandu bas memegang kemas dan mengawal stereng dengan tubuh terhuyung-hayang, gayanya tak ubah seperti seorang matador sedang menenangkan lembu Sepanyol yang mengamuk. Keadaan dalam bas jadi huru-hara, ada yang menjerit, ada yang membuat live di laman sosial, dan ada juga yang berdoa sambil mengaku kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan.

Sehinggalah seorang pemuda bangladesh entah mendapat ilham dari mana bertindak memegang kaki wanita bertubuh gempal tersebut untuk menghentikannya dari bergolek. Bas juga ikut berhenti. Semua penumpang rasa lega dan kembali duduk di bangku masing-masing.

Sahak geleng kepala dan memikirkan bagaimana wanita itu akan menempuh hari-hari mendatang kelak.

Bas masuk ke perkarangan hentian bas. Di hentian bas ini Sahak perlu naik sebuah bas lagi untuk menuju ke Kuala Lumpur. Setelah semua penumpang turun, Sahak juga turun menuju ke kaunter yang menjual tiket. Penjual tiket menjerit meminta pelanggan membeli tiket yang mereka jual. Ada yang menjerit menyebut nama-nama destinasi, ada juga yang menyanyi menyebut nama-nama destinasi yang mereka jual. Entah apa keperluan mereka berkelakuan seperti itu hanya meraka dan tuhan saja yang mengetahui.

Sahak berhenti di depan dua kaunter tiket yang menjual tiket ke Kuala Lumpur. Matanya bergilir-gilir memandang ke dalam kaunter. Satu kaunter dijaga oleh perempuan cantik yang bertindik di hidung. Satu lagi dijaga oleh perempuan cantik yang berambut pendek. Nampaknya Sahak terpaksa membuat satu pilihan yang paling bijak untuk membeli tiket.

Mengapa perlu memilih? Mengapa pilihan itu wujud! Jerit Sahak.

"Kenapa saudara menjerit begini?" tegur seorang lelaki berpakaian kemas lengkap bertali leher dan membawa beg bimbit.

Sahak terkejut. Dia menyangkakan yang dia menjerit di dalam hati serupa kebiasaan yang dilakukan oleh pelakon sinetron Indonesia. "Errr... saya mahu beli tiket bas ke Kolumpo, tapi saya perlu buat pilihan dulu," balas Sahak sopan, tapak tangan kanan dilapik atas tapak tangan kiri dan dia sedikit menundukkan kepala ketika membalas pertanyaan lelaki berpakaian kemas itu.

"Jangan khuatir, tak perlu buat pilihan kerana apa yang saudara mahu sudah ada di depan mata," kata lelaki berpakaian kemas sambil senyum angkat kening berkali-kali.

KolumpoWhere stories live. Discover now