Bab 4

610 48 68
                                    

Lelaki berpakaian kemas masih lagi tersenyum. Sahak mula rasa curiga dengan lelaki di depannya.

"Kalau saudara ada masa izinkan saya mengambil masa saudara selama lima minit, cuma lima minit sahaja. Jika lebih dari lima minit saya akan bayar kepada saudara harga yang tinggi untuk masa saudara tersebut," kata lelaki berpakaian kemas seraya menegakkan jari kelingkingnya.

"Begini, apa yang saudara mahu dalam hidup saudara?" soal lelaki berpakaian kemas itu lagi.

"Saya mahu ke Kolumpo, mahu kerja sedap-sedap dan ada banyak wang," balas Sahak. Beg sandangnya dipeluk kemas-kemas, risau juga lelaki berpakaian kemas itu meragut begnya nanti.

"Baiklah, kalau begitu saudara isi borang ini, dan secara automatiknya saudara akan jadi downline saya selepas saudara bayar rm210 ringgit. Dan saudara mahu ke Kolumpo bukan? Cuba saudara bayangkan, sebuah bas mempunyai 40 penumpang, jika dalam perjalanan ke Kolumpo nanti saudara berjaya closing kesemua 40 penumpang berapa income yang saudara akan dapat? 40 darab 210, 80 ribu, saudara, 80 ribuuu ringgittt..." kata lelaki berpakaian kemas seraya menegakkan tiga batang jarinya, manakala ibu jari dan jari telunjuk dicantumkan seakan-akan membentuk huruf 'O'.

Sahak telan air liur berkali-kali. 80 ribu ringgit bukanlah satu jumlah yang sedikit. Mungkin dia perlu membuka akaun di beberapa buah bank untuk menyimpan wang sebanyak itu.

"Apa macam saudara? Peluang datang hanya sekali," kata lelaki berpakaian kemas sedikit mengugut.

Panggg! Berdesing telinga lelaki berpakaian kemas ditempeleng oleh Sahak. Lekas-lekas lelaki berpakaian kemas gosok telinganya. Belum sempat dia mahu bertanya apa salahnya sehingga ditempeleng, Sahak menjerit,

"Celaka! Kau tau ke tidak join MLM ni masuk neraka? Anak anjinggg!" jerit Sahak.

Okey, kita imbas kembali bagaimana Sahak boleh tersedar dan menempeleng lelaki berpakaian kemas sedangkan dia sudah terbayang jumlah wang yang banyak di dalam akaun banknya.

Ketika Sahak sedang terbayang jumlah duit yang banyak, tiba-tiba muncul wajah Mak Siti, emaknya dicelah kepingan duit yang bertimbun itu. "Wahai anakku, ketahuilah kamu bahawa lelaki akan diuji dengan tiga perkara. Pertama, wang. Kedua, perempuan. Ketiga, lelaki kelihatan cantik menjual jamu berpakaian perempuan." Visual emaknya memegang senduk hilang dan Sahak tersedar.

Sahak beredar meninggalkan lelaki berpakaian kemas yang kelihatan masih bingung kerana ditempeleng. "Saudara, ini peluang saudara, ini peluangggg!" jerit lelaki berpakaian kemas tidak berputus asa sambil gosok pipinya.

"Kolumpo, sorang," kata Sahak. "Belakang, tepi tingkap." kata Sahak lagi.

"Baik, encik. Ada apa-apa lagi?" tanya perempuan kaunter tiket berambut pendek.

Sahak pandang kiri kanan, kemudian dia menundukkan sedikit wajahnya ke cermin kaunter, "kalau boleh duduk sebelah makwe." Sedikit berbisik Sahak mengatakan perkara itu kerana takut didengar orang.

KolumpoWhere stories live. Discover now