Bab 7

486 41 70
                                    

Kamil mengurut misainya. Misai di sebelah kanan kelihatan lebih panjang dari sebelah kiri. Ada juga niat Sahak mahu menegur misai Kamil itu, namun dibiarkan sahaja kerana risau akan menyinggung perasaan Kamil nanti.

"Kawan ko ke tadi tu?" tanya Sahak. "Bergaya betul pakai kot," sambung Sahak lagi.

"Bradley, dia beruntung sebab dapat menjaga manusia dari Eropah," jawab Kamil.

"Menjaga? Jaga mende?" Sahak bertambah hairan. Kebiasaannya manusia yang menjaga haiwan peliharaan. Tapi ini sudah terbalik. Jangan-jangan Kamil ni kucing yang hidup di bawah pengaruh dadah. Mungkin dadah yang dia hisap benar-benar power sehingga berfikiran bukan-bukan seperti ini. Kata Sahak dalam hati.

"Setiap manusia yang baru tiba ke Kolumpo untuk kali pertama akan dijaga oleh penjaga dalam bentuk haiwan peliharaan. Tak kira apa bangsa manusia sekalipun, bila tiba ke Kolumpo akan ada penjaga. Untuk mengelakkan berlaku perkara bangang serupa ko tadi." Panjang lebar Kamil memberi penjelasan.

"Perkara bangang? Aku buat apa?" Sahak sedikit berang. Belum pernah ada haiwan menggelarkannya bangang seperti ini.

"Tu menara Tabung Haji, memang la ada satu je, KLCC bukan dekat sini, bangang bukan?" Kamil menjeling Sahak. Sahak buat-buat pandang ke lain, sambil dalam hatinya menyebut babi.

"Itupun ko kira beruntung, nasib ko langgar aku, kalau langgar babi tadi, babi la jadi penjaga ko," Kamil menyindir.

"Ko boleh dengar aku cakap dalam hati? Ko ni mesti iblis yang hidup dalam tubuh seekor kucing." Sahak lekas-lekas menadah tangan mahu berdoa.

Kukkk! Kamil mengetuk kepala Sahak dengan tangannya. "Nasib baik aku sempat masukkan kuku, kalau tak kena jahit kepala ko tu. Amende la, sikit-sikit iblis, hantu, jin. Bila nak maju? Lepas tu dengki, bomoh sana bomoh sini. Ada orang tulis cerita sedap, dengki. Dah kalau tulis guna ejaan aqu, kitew, seronuck, anak babi apa nak baca?" Kamil kelihatan benar-benar berang.

Sahak mendiamkan diri. Risau juga jika kucing berbulu lebat warna oren setinggi pinggangnya itu mengamuk dan mencederakannya nanti. "Aku mintak maaf la, aku tak sengaja." Sahak hulurkan tangan mahu bersalam.

"Aku kucing ajaib, aku tak perlukan maaf ko." Kamil menyambut salam Sahak. Walaupun tengah marah, Kamil masih tahu hukum. Jika tangan yang dihulurkan kerana ingin mengeratkan silaturrahim ditolak, maka, neraka lah tempatnya.

"Apa tujuan ko datang ke mari?" soal kamil setelah berdiam diri dalam tempoh habis sebatang rokok. Kali ini Kamil langsung tidak mempelawa rokoknya ke Sahak.

"Aku mahu ada kerja sedap, dan punya banyak wang. Aku penat hidup di kampung." Jawab Sahak bersungguh-sungguh. Di matanya ada cahaya harapan yang Kuala Lumpur akan mengubah kehidupannya.

Kamil angguk kepala mendengar jawapan Sahak. "Hidup ini memang penat, bro. Sebab itu hidup diibaratkan seperti perlumbaan. Kerana sering sahaja kita berlumba untuk menikmati kehidupan ini. Sebelum wujud ke dunia pun kita terpaksa berlumba dengan beratus, bahkan mungkin beribu-ribu sperma lain untuk lahir." Kamil berkata-kata serupa baru lepas dirasuk oleh roh seorang ahli cerdik pandai yang telah lama terapung di antara langit dan bumi akibat membunuh diri kerana teman wanitanya memutuskan hubungan mereka dengan mengatakan 'awak terlalu baik buat saya'.

Sahak mengangguk, membenarkan apa yang dibicarakan oleh Kamil. Jauh disudut hatinya dia kagum dengan seekor kucing berbulu lebat warna oren yang sedang berjalan mundar-mandir menyilang kedua tangannya ke belakang itu.

"Tidak, ko tak perlu kagum dengan aku, jika niatmu ikhlas ingin beradu nasib di kota ini, aku akan membantumu sedaya upayaku." Walaupun sebenarnya Kamil merasa sedikit riak bila mengetahui Sahak kagum dengannya. Dasar kucing rosak akhlak! Kata penulis dalam hati kerana kurang gemar dengan perbuatan Kamil.

Sahak menyapu air liur yang meleleh dengan tapak tangannya, kemudian lekas-lekas dia mengesat tapak tangan ke hujung bajunya. Celaka, Sahak. Entah kagum jenis apa sampai meleleh air liur ni pun tak tahu la. "Benar, ko akan membantu ku?" tanya Sahak, girang.

"Ya!" tegas Kamil, sambil memusing badan menjeling ke arah Sahak.

Bebola mata Sahak membesar melihat Kamil yang diterangi cahaya biru-putih-terang. Cahaya harapan di mata Sahak. Semakin lama cahaya tersebut semakin terang dan mula membakar tubuh Kamil. Sahak tersengih lebar apabila melihat tubuh Kamil yang sedang terbakar sedikit demi sedikit berubah menjadi ayam panggang.

"Aduhhh, lapar la, makan jom," kata Sahak.

KolumpoWhere stories live. Discover now