Bab 8

489 42 94
                                    

Sahak menyuap ayam tandori ke mulutnya sambil cuba memikirkan logik yang dia sekarang berada di kota Kuala Lumpur bersama seekor kucing yang mendakwa dirinya sebagai penjaga, pandai berkata-kata dan ajaib, namun masih memilih untuk makan whiskas. Kuala Lumpur bukanlah Kuala Lumpur yang seperti dia gambarkan sebelum ini, amat berbeza sekali. Tidak pernah dia menonton dalam tivi mahupun dengar di radio yang di Kuala Lumpur ada haiwan pandai berkata-kata dan menjadi penjaga. Dalam tivi semuanya menipu! Sahak merungut sendirian.

"Ko kalau pergi Kolumpo kena tau jalan, Sahak. Kalau tidak mampus ko sesat nanti." Sahak teringat kata-kata Mat Sah, teman sekampungnya yang kuat temberang. "Aku hari tu nak pergi KLCC, dah nampak dah KLCC depan mata, tapi tak jumpa simpang masuk, aku sesat, nuh dekat Sitiawan nuh baru jumpa U-turn," kata Mat Sah sambil menyapu muka dengan tapak tangan. Mat Sah kaki temberang, yang mana satu kampung sedia maklum jika selesai berkata-kata, Mat Sah menyapu muka dengan tapak tangan tandanya dia berbohong.

"Ko kalau betul-betul nak ubah nasib, nak ada banyak duit, ko kena istiqomah," kata Kamil yang sudah selesai makan. "Istiqomah ni makna dia ko kena betul-betul berazam yang ko nak berjaya, jangan ada sedikit pun rasa was-was. Apa yang datang ko kena hadap," kata Kamil lagi seraya menyalakan rokok di bibirnya.

Sahak mengangguk. Baru dia tahu maksud istiqomah, awalnya dia menduga yang istiqomah ini azan kali kedua selepas azan pertama sebelum menunaikan solat berjemaah. Yang mana azan kali kedua itu lebih pendek dari azan pertama.

"Ko fokus cari kerja dulu, kumpul duit. Pasal makwe biar jadi nombor dua. Fokus satu-satu dulu." Kamil memberi nasihat.

"Aku ada makwe dah, Marsya. Cantik macam Dua Lipa, ko tau."Sahak tersenyum malu-malu.

Kamil mengangguk, tubuhnya disandar ke kerusi dan dia melepaskan satu hembusan asap memanjang ke udara. "Ko cinta dia? Dia mencintai ko jugak?" tanya Kamil.

"Mesti la!" Penuh yakin kamil menjawab.

"Ko tau cinta tu macam mana?" tanya Kamil lagi.

"Tau, aku suka dia, dia suka aku. Cinta la," balas Sahak tegas dan penuh keyakinan.

"Cinta ini begini...." Kamil berhenti dan menyalakan sebatang rokok lagi, "ko umpama nakhoda yang berlayar di samudera luas. Bahtera itu ko punya. Ko yang menentukan ke mana arah bahtera itu akan pergi nanti. Di samudera cinta yang luas itu cuma ada dua tempat terakhir yang akan ko sampai nanti. Pertama, tempat bahagia. Kedua, tempat celaka. Bila ko mampu menundukkan setiap badai yang melanda, ko menang dan cinta itu milik ko selamanya. Bila pergi pasaraya, beg tangan makwe pun ko sangkut dekat bahu, bermakna ko telah sampai ke tempat celaka dengan jayanya," kata Kamil, matanya terpejam seakan-akan mengimbau kenangan lalu.

Melihat kamil bersandar ke kerusi dengan mata terpejam, Sahak mula syak yang kamil teringat kisah lalunya, "Terkenang makwe lettew," kata Sahak seraya memuncungkan mulutnya. Selain memujuk makwe merajuk, ternyata menyebut perkataan 'lettew' juga adalah pekara paling susah dalam dunia. Mulut terpakasa dimuncungkan sedikit, dan penyebutnya haruslah berada dalam keadaan gedik semaksima yang boleh, barulahlah perkataan 'lettew' dapat dituturkan dengan sempurna.

"Ceritanya begini...,"kata kamil tanpa disuruh. "Aku dulu tinggal di kayangan, yang mana rupa dan bentuk aku salin tak tumpah menyerupai bentuk manusia, tapi oleh kerana melanggar undang-undang negeri kayangan, aku disumpah berubah bentuk, dan aku memilih untuk jadi kucing." Kamil berhenti seketika dari bercerita. Sebatang rokok lagi dinyalakan.

"Lepas tu?' tanya Sahak tidak sabar.

"Aku ada makwe, kami bahagia. Serupa belangkas. Bila berjalan berpimpin tangan, berlari berkejaran, lupakan segala duka di kota di desa, di gunung dan laut, berlagu kita berdua, dinda... kanda... burung pun turut menyanyi." Kamil mengesat airmatanya. "Tapi ada seseorang cemburukan hubungan aku, dia memujuk makwe aku, meminta supaya aku turun ke bumi memetik sekuntum bunga yang tumbuh di puncak gunung Fuji. Yang mana semua penduduk kayangan tahu, jika turun ke bumi adalah melanggar undang-undang negeri kayangan. Namun, cinta itu adalah segala-galanya, aku turun ke bumi dan akhirnya aku dihukum." Kali ini Kamil berhenti bercerita lagi, tapi tidak ada airmata, bebola matanya membesar dan bersinar penuh dendam.

"Jadi sampai sekarang ko tak balik ke kayangan?" teka Sahak.

"Aku dihukum berubah bentuk dan jika mahu kembali ke kayangan, aku harus menjaga manusia yang tiba ke kota ini dari melakukan sebarang kesilapan. Jika aku berjaya menjaga 10 orang manusia dengan sempurna, aku boleh kembali," jawab Kamil.

"Ko belum berjaya lagi?"

"Aku dah kembali ke kayangan selepas lima tahun di bumi, tapi makwe aku dah kawin dengan lahanat yang mengkhianati aku, jadi aku mohon supaya presiden negeri kayangan membenarkan aku untuk terus tinggal di bumi. Hati aku sakit, sakitnya tu di sini!" kata Kamil seraya menepuk dadanya.

"Ko tak ada rasa nak balik ke?'

"Aku dah bersumpah takkan kembali lagi ke kayangan. Jadi aku potong misai aku." Jawab Kamil mengurut misainya yang pendek sebelah.

"Real juga ko bersumpah sampai potong misai ni,"

"Aduhhh, kan kucing kalau potong misai tak jumpa jalan balik, amende ko ni, itupun tak tau," Marah Kamil.

Sahak angguk keplala berkali-kali.

KolumpoWhere stories live. Discover now