Bab 9

343 30 46
                                    

Pagi itu, di bilik sebuah hotel yang berharga RM55 satu malam, Sahak berdiri di depan cermin besar. Dengan penuh teliti Sahak memerhatikan pakaiannya. Kemeja warna hitam lengan panjang dipadankam dengan seluar slack licin. Jika mengikut hati Sahak, tidak mahu dia mengenakan seluar sebegitu, ini kali pertama dalam hidup Sahak pakai seluar slack. Sahak garu punggung. "Cilake, gatal punggung pakai seluar licin ni. Cilake!" Sahak merungut.

Kamil geleng kepala melihat Sahak merungut.

Setelah berpuashati dengan penampilannya, Sahak kenyit mata ke Sahak di dalam cermin dan berikan satu ibu jari ke atas bergegar.

"Okey. Sekarang duduk situ."Kamil menuding jari ke bangku plastik warna biru.

"Temuduga kerja ini sengaja dicipta oleh orang terdahulu untuk mengetahui tahap kesungguhan dan kebolehan kita. Jadi, ko mestu bersungguh-sungguh. Ingat tujuan asal ko kemari. Faham?" tanya Kamil seperti seorang ayah yang bertanya kepada anaknya.

Sahak angguk kepala dua kali.

"Yang paling penting, ko kena ikhlas, jujur dalam menjawab segala soalan dalam temuduga kelak. Sekali ko tergagap dan tidak tahu jawab, bermakna ko kena balik ke bilik ini, kemas pakaian ko dan berambus dari kota ini. Kota ini tidak perlukan orang macam ko. Faham?"

Sahak mengangguk lagi, kali ini sambil menelan air liur.

"Kemari, dan ko lihat ke luar sana." Kamil menuding jari telunjuknya ke tingkap. "Bangunan-bangunan tinggi itu ibarat raksasa-raksasa yang akan menelan ko jika ko gagal bertahan di kota ini. Di sini, segalanya pantas. Siapa lambat kena tinggal. Siapa cepat dia dapat. Di sini segalanya ada untuk ko. Apa yang ko mahu jadi, siapa yang akan berkawan dengan ko, ko sendiri yang menentukan. Samaada di masjid atau di kelab malam tempat ko di malam hari. Semua di tangan ko." Kamil memeluk tubuh memberi ceramah kepada Sahak.

Sahak telan air liur sekali lagi bila mendengar kelab malam. Sering juga dia menonton di kaca tivi berkenaan kelab malam. Bunyi muzik yang dibuka kuat, orang menari dan yang paling penting, perempuan pakai seksi-seksi. Sahak teringat kejadian malam tadi. Ketika dia bangun mahu kencing, pintu biliknya diketuk orang. Sahak menyangkakan Kamil yang mengetuk lalu buka pintu.

Terbelalak mata Sahak ketika melihat seorang perempuan seksi. Betul-betul seksi sehinggakan separuh buah dadanya tidak ditutup dengan kain. Perempuan seksi itu menghulurkan Sahak sebatang gula-gula lolipop strawberi. Sebaik sahaja Sahak mahu mengambil, perempuan seksi itu menarik kembali, lalu dibuka bungkusan lolipop dan dijilat lolipop tersebut. Setelah perempuan seksi mengulum penuh lolipop ke dalam mulut, dia menghulurkan kembali ke Sahak.

Terketar-ketar tangan Sahak menyambut lolipop dari perempuan seksi. Ketika nafsunya menjadi raja kepada akal dan tubuh, Sahak mula menyua lolipop strawberi ke mulutnya. Tiba-tiba ada satu gegelung cahaya muncul di sebelah perempuan seksi, visual Pak Mail dan Lebai Wahab sedang menggali kubur terpamer jelas. Sahak tersentak lalu menempeleng perempuan seksi. "Ko pergi balik, pergi balik pakai baju elok-elok. Kalau tidak aku terajang nanti. Pergi balik!" Sahak menjerit.

Bammm! Sahak hempas pintu bilik. Dan duduk di bucu katil sambil ketuk lutut berkali-kali.

"Dugaan pertama dah lepas, bila ko berjaya mengelak 'Ta' yang pertama. Ada lagi dua 'Ta' yang perlu ko tempuh. Kata Kamil sambil menghembus asap rokok. "Ko selalu bangun tidur pukul berapa dekat kampung?" Kamil menyoal.

"Pukul 10 pagi, kadang-kadang pukul 11," jawab Sahak jujur.

Kamil melihat jam tangannya. Pukul 7 pagi. Temuduga kerja pukul 9 pagi. Kata Kamil dalam hati. "Okey, sekarang ko tidur balik. Pukul 11 kita pergi temuduga," kata Kamil sambil menarik selimut, dan terus berdengkur.

Sahak jadi bingung.

KolumpoWhere stories live. Discover now