Suasana pagi itu membuatkan mereka asyik tersenyum macam orang gila. Dengan karenah mereka, layanan keibubapaan Puteri Alexa dan Putera Zeilian dan macam-macam lagi, sakit perut mereka bergelak ketawa. Terubat kerinduan mereka kepada ibu bapa dan dapatlah mereka merasakan layanan keluarga bahagia. Habis makan, semua berkumpul di belakang gunung-ganang. Para pemerintah dan tentera mereka juga ada di sana. Mereka hanya diam apabila melihat pasangan di sisi puteri pahlawan malam.

  Pemerintah menundukkan kepala mereka. Pada mulanya semua ingatkan pemerintah mereka tunduk kepada The Night Knight Princesses, The Great Knights dan White Warrior. Oh ya, juga Crya yang baru tiba.

  “Perkenalkan. The Night Knight Princesses yang ke-99, Puteri Alexa dan pasangannya Putera Zeilian, pewaris asal Kerajaan Werewolf.” Ray membuka mulut.

  Semua tentera terkejut dan terus memberi tunduk hormat. Apabila disuruh bangun oleh Puteri Alexa, barulah mereka bangun.

  Sedang Ray memberi arahan, Delisya ternampak dua ahlinya berasa tidak selesa. Dia menepuk bahu Ray. Ray yang baru sahaja mahu marah terus diam. Dia memandang Delisya lama.

  “Kau nak apa, Del?”

  “Kai dan Ryssa.”

  “Oh.” Ray malas mahu mengambil tahu, dia menyambung memberi arahan.

  Delisya membuat muka.

  Sedang semua fokus, angin berpusar di udara. Ray menjerit lantang dan kawasan itu terus sunyi. Apabila Syakila dan Kayla keluar dari portal, mereka mengerutkan dahi. Dah kenapa sunyi semacam?

  “Mustahil mereka mahu menyerah macam tu je…”

  Kayla mengangguk setuju mendengar pernyataan kakaknya. Dia sudah mengeluarkan racun semalam menggunakan kuasa syaitannya. Tubuhnya lemah hari ini kerana racun Violet sangat kuat.

  Mereka terbang di udara, berdekatan portal. Syakila yang tidak berpuas hati terus memekik memanggil tenteranya. Semua tenteranya keluar dari portal.

  Langit yang hitam dan semakin gelap itu dipenuhi hampir 68% tentera syaitan. Namun, keadaan masih sunyi.

  “Seriuslah?” Syakila mengepal penumbuk. Benar-benar tidak percaya yang rakyat jelata Dunia Fantasi mahu menyerah begitu sahaja. Dia bukannya bodoh.

  Syakila terbang rendah berdekatan hutan. Dia memerhati kawasan sekeliling dengan teliti. Dia mengerutkan dahi apabila melihat bayang-bayang hitam melintas laju.

  Syakila berasa tidak sedap hati. Dia tersentak apabila bahunya ditepuk dari belakang. Nafas lega dihela apabila melihat Kayla yang terbang di sisi.

  “Kau tak rasa apa yang aku rasa?” soal Syakila tanpa memandang wajah Kayla.

  “Hah?” Kayla pula yang terkejut. “Apa?”

  Syakila mencebik. Malas mahu melayan adik kembarnya.

  “Argh!”

  Kedua puteri kembar itu berpaling. Mulut mereka melopong apabila melihat ada tentera mereka bergelimpangan jatuh. Namun, tiada kesan-kesan serangan. Aneh betul.

  “Hati-hati,” pesan Syakila. Dia terbang tinggi ke udara. Syakila menatap wajah tenteranya dengan tajam.

  “Takkan devil’s beast buat hal?” bisik Syakila sendirian.

  ZZAPPP!!

  Tubuh Syakila ditolak ke tepi. Senjata persis shuriken yang dihasilkan daripada daun kini elok terpacak di bahu Kaya. Gadis itu berdesis sakit. Sudahlah shuriken itu terkena pada bahu yang cedera semalam.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now