"Jom cepat Syah. Nanti tak sempat tengok Uncle Zack nikah."

  "Okay okay cepat!" Macam lipas kudung dua beranak itu masuk ke rumah. Nasib belum mula. Zack dan keluarganya masih di luar. Belum masuk lagi. Begitu juga dengan sahabatnya yang lain, Amri, Nabil dan juga Afiq.

  "Cikgu! Datang pun. Ingatkan tak nak datang." Zack sepertinya menarik nafas lega. Syuhada terpaksa senyum sumbing. Memang silap dia tak pasang alarm, kesudahnya dia yang terlambat.

  "Wow! Hensemnya uncle Zack! Putih seputih-putihnya!" Syahadat teruja melihat Zack lengkap berpakaian baju melayu beserta sampin. Siap ada tanjak di kepala.

  "Eh Syah! Uncle rindu sangat dengan Syah."

  Nabil membulat mata melihat anak Farhan yang sudah besar. Laju dia ingin memeluk Syah tapi meleset bila mana Syah laju berlari ke arah Zack dan memeluk lelaki itu. Semua di situ hanya mampu gelak menyaksikan Nabil malu dengan perbuatannya. Dia berpura-pura membetulkan songkok di kepala walhal dalam hati terpaksa kuburkan perasaan malu yang menebal.

  "Eh sudahlah. Dah jam berapa ni. Kita masuk jom." Cadang Amri melihat sekilas jam di pergelangan tangan kanan.

  Zack tarik nafas dalam-dalam. Tak pasti dia mampu atau tidak tapi masanya telah tiba.

  "Semoga berjaya Zakuan. Jangan nervous. Yakin dengan diri." Syuhada cuba memberi kata-kata semangat. Dia tahu macam mana perasaan gemuruh itu. Walaupun bukan dia yang berjabat tangan dengan tok kadi, sebagai seorang anak dara yang akan menjadi milik lelaki lain, dia juga sama rasa debarnya.

  "Okey."

  Syuhada memberi laluan keluarga bahagian Zack dulu untuk masuk dan diteruskan dengan sahabat Zack.

  Bila tiba saat Izuan untuk masuk, dia terhenti gerakannya. Nasib Syuhada sempat brek. Syahadat pula sudah selamat masuk bersama Amri. Tinggallah mereka berdua di luar.

  "Cikgu masuk dululah."

  Syuhada naik hairan namun terus saja mendahului. Dia pun malas nak berlama di luar, takut ada orang nampak. Nanti mulalah mereka nak membawang. Faham-faham jelah zaman sekarang macam mana.

  Syuhada mengambil tempat dekat dengan pengantin perempuan. Dia memandang gadis pilihan Zakuan, Sofea. Cantik orangnya. Dia pun tak berapa kenal Sofea ni namun dia tak mampu nafikan Sofea ini memang cantik. Yang menarik perhatiannya lagi ialah, Sofea gadis berpurdah. Tak sangka pula cita rasa Zack sehingga begini rupa.

  "Semua sedia? Pengantin lelaki sedia?" Tanya tok kadi.

  "Sedia tok."

  "Pengantin perempuan?"

  Sofea di atas pelamin yang ditemani ibu dan bakal mentuanya mengangguk sahaja. Suara langsung tidak terkeluar.

  "Jadi kita mulakan. Pak Rashid sedia? Alah macam tak sedia padahal si sulung tu pun dah selamat kau nikahkan. Takkan si bongsu susah nak lepaskan?"

  Zakuan hanya tersenyum melihat telatah tok kadi. Langsung tak serius. Makin berdebar dia jadinya.

  "Mari kita mulakan. Rashid, sila-sila."

Dedicated To Wife ✓Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin