Ex Pertama Kau

41 2 0
                                    

🖊 Sorry to say, but... I think you still love your first love

☆*: .。. o((❤))o .。.:*☆

Kau selalu sangat cerita pasal Ex pertama kau. Kau pun dah cerita sebab kau putus dengan dia.

Kau couple dengan dia selame 2 tahun. Sangat lama bagi aku. LOL.

Memang sayang untuk putus hubungan selepas 2 tahun harungi cabaran percintaan, tapi kalau aku jadi kau, aku pun akan minta putus.

Masa berbaik dengan ex kau, dia pun mengaku dengan ape yang dia buat tu. Dia pun menyesal. 

Time ni, kau dah cerita kenape kau putus dengan ex kau dan time tu aku dengan dia belum pernah berbual.

Kau selalu cerita kebaikkan ex kau. Kau selalu cerita kehebatan dia. Aku tau aku ni lemah dan tak ada apa-apa kehebatan. Aku setakat dengar masalah kau je, tapi aku berusaha untuk jadi yang terbaik untuk kau.

Aku tahu  cinta pertama tu memang susah untuk di lupakan, tapi kau sepatunye sekurang-kurangnye move on dulu baru ajak aku couple.

Pernah sekali tu, kita tengah buat voice call. Sambil itu di komputer kau sedang sedang bermain lagu-lagu di youtube.

Sedang berbual, lagu bertukar dan engkau terdiam lama. Kau jauhkan diri dari fon, tapi aku dengar jelas tangisan kau.

Dengar kau menangis buat aku rasa lemah. Kemudian kau kembali dan cakap "Maaf kita letak fon eh?"

Kau terus matikan talian. Aku terus tanya jika kau ok, tapi kau hanya diamkan diri ubah topik. Aku cuba juga untuk hiburkan kau.

Tak berape lama lepas tu, kau tanya aku.

Apa perasaan awak kalau awak tiba2 terdengar lagu yang orang awak sayang bagi?

Sedih

Tadi lagu tu, ex pertama saya yang bagi.

Aku tau. Aku dah faham saat kau tanya soalan tu. Aku dah agak. Kau menangis hanya sebab lagu yang dia bagi je. 

Dan salah satu penyebab kita putus sebab aku dapat rasakan yang kau masih cintakan dia. Aku dapat rasakannya.

Ex pertama kau kan baik, hebat, cantik, bijak dan masih cintakan kau. Haha... LOL.

Kau orang yang paling hebat dan popular di sekolah dan ex kau tu pun popular di sekolah kau. Padanan yang cantik. Secocok je. LOL.

Aku rasa kalau aku satu sekolah atau satu neeri dengan kau, mungkin akan ada pergaduhan antara aku dengan ex kau. Dan mungkin aku akan sering di buli oleh peminat kau. LOL.

Sebab itu sahaja aku bersyukur kita cinta jarak jauh.


✒Pls vote 😊🥰

✏From: ☆S

My First LoveWhere stories live. Discover now