Bertukar nombor

118 5 0
                                    

🖊 Kau masih ingat saat pertama kali kita bersembang di WhatsApp?

☆*: .。. o((❤))o .。.:*☆

Selepas sahaja kau hantar pesanan untuk aku jadi pasangan di dalam game, kau minta nombor fon aku. Aku pada mulanya curiga jika kau ini orang jahat, tetapi aku tetap bagi nombor fonku dan kita saling bertukar nombor.

Selepas sahaja aku off game, aku cepat2 save nombor kau dan berfikir untuk mulakan perbualan di WhatsApp.

Tetapi aku takut. Sebab aku tidak pernah walau sekali cuba mulakan perbualan dengan lelaki. Dan untuk pengetahuan kau, hanya kau sahaja nombor lelaki yang aku save di dalam fon aku. (masa tu)

Tapi ada satu perasaan yang menjadikan aku kuat untuk mesej kau dulu aku tulis..

Asalammualaikum. 

Ni saya, couple awak dlm game.

Tuje.

Bye

Kemudian aku dengan perasaan malu atau takut, terus tutup fon dan pergi jauh dari fon. Kemudian aku leka menonton tv.

Sudah lama aku menonton tv, baru aku ingat tentang kau. Aku jalan laju kembali pada fon yang aku tinggalkan di dalam bilik. Dengan perasaan yang berdebar aku on fon aku.

Aku tersenyum melihat nama kau ada di notifications. Aku lihat balasan mesej kau.

Waalaikummusalam.

Ok. Adik comel.

Aku terkejut melihat balasan mesej kau yang macam tu. Kemudian aku tidak ingat macam mana kita teruskan perbualan.

Sejak hari itu, setiap kali nama kau muncul dalam notification, aku terus buka WhatsApp kau. Kau sahaja yang mulakan perbualan.

Bukan tidak pernah terlintas di fikiran untuk memulakan perbualan, tetapi aku malu...

Kita mula berbual dengan kerap. Setiap hari lebih dari 1 jam kita berbual. Aku gembira pada saat itu...

Kau tau, pada saat itu, kau bahasakan diri kau sebagai abng. Dan aku sentiasa menanti nama kau muncul di notification fon aku...

✒Pls vote 😊🥰

✏From: ☆S

My First LoveWhere stories live. Discover now