Persamaan

70 4 0
                                    

🖊 Kita banyak persamaankan?

☆*: .。. o((❤))o .。.:*☆

Orang cakap, awal percintaan itu bahagia, tapi bagi aku, aku tidak begitu bahagia.

Mungkin sebab aku tidak begitu mencintai kau. 

Tapi disebabkan kau yang selalu mulakan perbualan dan ambil berat pasal aku, perlahan-lahan rasa cinta itu kembali.

Setiap hari kau sahaja yang mulakan perbualan. Kau mesti akan tanya khabar aku dan keadaan aku di sekolah. 

Jika aku ada masalah kau sentiasa bagi semangat, tapi ada banyak juga kejadian yang aku rahsiakan. Hei, aku dah banyak kali tipu yang diri aku ok.

Kau juga tau aku ini perahsiakan? Aku bukan sengaja mahu rahsiakan, tapi aku cuma fikir, kau itu ada masalah lagi besar dari aku.

Orang yang patut di beri semangat itu kau, bukan aku. Masalah aku simple sahaja berbanding masalah kau.

Yang membuat kita lebih akrab itu, kerana kita banyak persamaan.

Kau dan aku otaku atau orang yang minat anime. Tapi kau itu lebih suka SAO... Yah, wifu kau itu Asuna kan? Aku tak kesah. Biasa lah kalau, otaku itu ada anime crush. Aku juga ada. Masa itu, husbando aku Nagisa Shiota from Assassination  Classroom. Tapi sekarang ini Zoldyck Killua from Hunter x Hunter.

Kita sama-sama minat baca novel. Cuma kau tu lagi minat. Aku ini pula baca apabila perlukan idea. Dan aku lagi gemar menulis. Kamu pernah juga minta untuk aku tunjuk hasil cerita aku, tapi aku malu.

Memang pernah terlintas untuk jadikan kamu sebagai orang pertama yang membaca cerita aku, tapi aku tak yakin dan malu. 

Kita suka melukis. Tapi lukisan kau lagi cantik. Kau banyak lukis SAO. Dan ada juga kau lukis kecil2 dan jadikan penanda buku. Kau pernah tunjuk. Cantik sangat.

Kita suka menyanyi. Memang aku kata suara kau itu boleh jadi sedap jika berlatih setiap hari. Hei, setiap kali aku dengar kau menyanyi, ia buat aku tertawa. Aku gembira kau berusaha nak nyanyi untuk aku!

Jujur aja, suara kau tidak begitu sedap, tapi aku gembira dengar suara kau. Baru aku tau perasaan GF abang aku. Aku pula sentiasa malu untuk nyanyi, lagi2 untuk kau.

Kita juga ada satu memori hitam yang tidak boleh diceritakan... Pada mulanya, aku takut untuk kongsi rahsia besar ini, sebab aku takut kita akan putus, tapi kau yang ceritakan dulu.

Kau cerita kemudian, kau terus minta maaf dan pinta untuk kita terus jadi pasangan. Aku pula rasa bersalah dan ceritakan pula cerita aku. Memori itu sangat peritkan?

Tapi mungkin bagi aku sahaja, mungkin bagi kau memori itu bukan apa2. Aku sedih juga, kau berubah hanya di sebabkan itu. Kau tidak cukup kuat ya?

Hey, kenape bila dengan kau je aku berubah? Aku jadi pemalu, sedangkan apabila aku bersama sahabat, aku jadi sangat kasar. Ayat kasar juga aku guna, tapi apabila dengan kau, aku jadi seperti gadis melayu terakhir?

Cinta itu boleh mengubah kita ya?

✒Pls vote 😊🥰

✏From: ☆S

My First LoveWhere stories live. Discover now