Luahan dari kau.

95 5 0
                                    

🖊 Mungkin kau tidak ingat, atau pura-pura seperti hal itu tidak pernah terjadi.

☆*: .。. o((❤))o .。.:*☆

Sebulan selepas kita jadi rakan di game, kau luahkan perasaan di dalam cerita yang kau reka. Aku masih ingat sedikit kisah kau.

Ada seorang budak lelaki yang bernama Kimi. (Di dalam cerita ini, aku letak nama kau Kimi ye?)

Dia mencari pasangan hidup dia,

Tetapi perempuan selalu lukakan hatinya.

Apabila dia terlalu stres, dia makan banyak, last jadi gemuk.

Tapi comel

Pada masa tu, aku tahu itu kisah hidup kau yang selalu di permainkan oleh perempuan...

Sampailah dia jumpa gadis yang bernama....

Aku menunggu lama tetapi kau tidak meneruskan cerita kau sampailah aku menegur kau.

Yang bernama?

****** 

Aku terdiam apabila kau menggunakan nama aku.

Dia gadis yang baik dan sopan santun.

Dia suka gadis itu.

Lama menyimpan rasa, akhirnya lelaki itu luahkan perasaannya pada gadis itu.

Pada mulanya, gadis itu malu, tetapi akhirnya terima perasaan lelaki itu.

Mereka berkhawin dan hidup bahagia selamanya.

Tamat

Kau tau apa yang terlintas di fikiran aku? Aku memang sangat terkejut, tetapi pada masa itu, aku sangat tidak yakin diri dan aku selalu berfikiran negatif pada diri sendiri. 

Aku fikir kenape kau suka aku? Sedangkan kita tidak pernah dengar suara atau lihat wajah masing2. Dan, aku terus tanya satu soalan yang bermain diminda.

Masih bahagia ke hidup mereka selepas melihat wajah gadis itu?

Cubalah tunjuk!

Saya tak kesah.

Saya bukan suka awak sebab rupa awak,

tetapi personliti awak.

Tak ada guna kalau muka cantik tetapi hati busuk

Kemudian kau terus menggubah topik dan mengangap seperti hal itu tidak pernah terjadi. 

Sejujurnya, aku sedih kau buat begitu, berpura seperti hal itu tidak pernah terjadi.

Tetapi saat kau luahkan perasaan kau terhadap aku, aku berdebar. Aku tidak pernah dengar irama hati aku jadi seperti itu. Aku gembira bila dapat tahu perasaan kau pada aku.

Tapi pada masa itu, aku masih lagi tidak yakin dengan perasaaan aku terhadap kau, sebab itu kali pertama aku berasa begitu!!!

Jadi aku biarkan sahaja kamu mengubah topik. Dan sejak itu, aku mula berasa aneh apabila berbual dengan kau. Aku asik teringat saat kau luahkan perasaan kau.

Kemudian kita kembali seperti biasa. Aku juga berpura seperti hal itu tidak pernah terjadi. Sampailah satu hari itu....

✒Pls vote 😊🥰

✏From: ☆S

My First LoveWhere stories live. Discover now