💕

1.6K 77 4
                                    

Curang | JJK

Special Chapter

Setelah seminggu berlalu,siasatan pun telah tamat.

Jieun telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun atas dakwaan cubaan membunuh.Yoongi pula selamat dikebumikan.

Mummy dan Daddy nampak terkejut mendengar berita tentang perbuatan Jieun tetapi bukan tentang permergian Jungkook.

Takkan tak kaget,anak kesayangan kot!

Junghyun pula hanya berdiam diri semenjak pemergian abangnya.

Aku pulang ke rumah tempat di mana beribu memori aku dan Jungkook tersimpan.

Aku menapak ke ruang tamu,sofa berhampiran televisyen aku dekati.

Memori bersama Jungkook,gelak tawa,bermain di minda bagai kaset rosak.

Aku menghembuskan nafas berat.Kesan calar di lengan kiri yang berpunca dari peluru aku usap.

Anak tangga aku daki satu persatu,menuju ke tingkat atas.

Bilik perkongsian kami berdua menyapa pandangan.Pintu bilik dikuak dengan perlahan.

Aku mengatur langkah menuju ke arah katil,mata tidak lekang memandang tempat dimana Jungkook pernah berbaring.

Beg sandang yang aku bawa ke sana ke mari aku lepaskan ke lantai.Sebenarnya,beg sandang itu adalah pemberian Jungkook.

Nampak sangat aku tak boleh move on,kan?

Aku melabuhkan punggung di birai katil,tangan asyik mengusap bantal dan tempat perbaringan Jungkook.

"Aku bosan.."aku menghelas nafas panjang sebelum menyambung"kan bagus kalau Jungkook a--".

Pantas aku menggeleng,tangan pula bertindak mengetuk kepala.

Ahh sudah,apa yang kau merepek ni,Hany?

Rambut yang terurai aku ikat,lengan baju aku lipat ke siku kemudian baju yang kotor aku ambil.

"Kemas,ya aku mesti mengemas"

-------

Badan aku hempaskan di atas sofa.Jari-jemari ligat menekan punat alat kawalan jauh.

Beberapa saluran sudah aku tekan,namun tiada yang menarik perhatian.Mata aku beralih pula ke arah dinding.

Jam menunjukkan tepat 7 malam.Oleh kerana tidak lapar,aku naik ke atas terus menuju ke bilik tidur.

Sesudah berada di bilik,kali ini katil menjadi mangsa hempasan badan.Pintu bilik sengaja aku biarkan terbuka.

Siapa yang mahu lihat aku tidur?

Aku melelapkan mata,berusaha untuk tidur.Setelah beberapa minit,aku mula lena.

"I love you,Sayang"

-------

Cahaya mentari yang terpancar melalui tingkap menyapa wajah aku.Kening berkerut disertakan dengan rengekan.

Sejak bila tabir tingkap aku selak?

Tanpa memikirkan apa-apa,aku bangun dari perbaringan dan dapat aku dengari bunyi air dari bilik air.

"Gwisin?"

Hantu munculkan diri pada waktu pagi sebegini?

Aku menggelengkan kepala lalu menuju ke arah bilik air.Mulut terbuka akibat menguap dengan mata yang tertutup,aku meleraikan segala pakaian yang berada di badan sehingga meninggalkan pakaian dalam sahaja.

"Seksi juga isteri aku ni"ujar seseorang.

Kening aku berkerut,langkah juga terhenti.Dengan perlahan aku membuka mata.

Dihadapan aku sekarang adalah seorang figura,dia mengenakan tuala paras pinggang.Air menitis dari rambut hingga ke dada kemudian ke abs lalu lesap di sebalik tuala dipinggang.

Aku terkaku,otak masih memproses"Apa yang berlaku?".

Dan aku sedar akan sesuatu.Figura yang berada di depan aku,seorang yang sangat aku kenali.

Sesiapa yang berdekatan,sila tutup telinga anda.

"shit.MUMMY!!JUNGKOOK DAH JADI HANTU!!"

+++

Hai,awaks.
Kaget gak?

Gwisin = hantu

Curang | JJK✓Where stories live. Discover now