7

1.5K 116 5
                                    


Curang|JJK

Bab 7


"Ala alaaa..Kenapa Kook pula yang merajuk sekarang ni?"rengek Hany apabila mereka tiba di rumah.

Sejak dari pejabat lagi Hany sedar akan perangai Jungkook.

Siapa yang sepatutnya merajuk sekarang ni?Jungkook ataupun dia?

Jungkook hanya mendiamkan diri lalu masuk ke dalam bilik perkongsian mereka.

Malas hendak melayan kerenah suaminya itu,Hany menuju ke arah dapur untuk menyiapkan makan malam memandangkan matahari mula melabuhkan layarnya.

-------

"Kook,makanan dah siap!"laung Hany dari tingkat bawah.Namun tiada respon dari Jungkook.

Hany menaiki anak tangga satu persatu untuk menuju ke bilik.Tidak henti dia berfikir akan suaminya itu.

Hany membuka pintu bilik seluasnya"Kook,Hany panggil dari tadi tahu".

Tapi apa yang dia lihat selepas itu menyebabkan Hany berdiri statik di depan pintu.Jelas terpampang riak wajahnya bahawa dia terkejut.

Mata dibuntangkan tanpa berkelip sekali pun.Si suami pula berdiri di depannya dengan riak wajah yang sama.

Riak wajah Jungkook bertukar sinis apabila melihat isterinya yang kaku di depan pintu,tidak habis memerhati dia dari atas ke bawah.

Tidak lama selepas itu,Hany mengalihkan pandangannya dengan wajah yang membahang.

"Kook,sila pakai baju"arah Hany perlahan.

Air dari rambut menitik jatuh ke dada sebelum mengalir ke abs Jungkook.Segera Jungkook mendekati isterinya yang tengah membahang.

"Sayang dah mandi?"tanya Jungkook sambil menapak ke arah Hany.

Hany menggeleng lalu mengangkat wajahnya memandang Jungkook"kenapa?".

Buat seketika mereka lupa bahawa mereka tengah merajuk antara satu sama lain.

"Tak nak mandi?"tanya Jungkook sekali lagi bersama senyuman yang tidak lekang dibibir.

"Emm Hany fikir nak mandi lepas makan.kenapa?"selepas soalan dijawab,dia mengajukan pula soalan kepada Jungkook.

"Kalau nak,Kook boleh je tawarkan diri mandi bersama Sayang.Jeon Jungkook sedia berkhidmat untuk memandikan Lee Hanryeong"bisik Jungkook di telinga Hany dengan menggoda.

"Eihh miang!"dengan pantas Hany meninggalkan Jungkook yang sudah ketawa besar di dalam bilik.

--------

Makan malam mereka dipenuhi oleh kesunyian.Tiada yang berani untuk memulakan perbualan.

Pipi Hany masih membahang akibat kejadian tadi.Sungguh dia bersyukur Jungkook masih memakai tuala walaupun paras pinggang semasa dia membuka pintu tadi.

"Sayang ok?"tanya Jungkook lalu meneguk air putih yang dituang Hany tadi.

Hany hanya mengangguk.Tidak berani untuk bertentang mata dengan suaminya kerana masih malu.

"Malam nanti kita tengok drama ok"ajak Jungkook bagi mengelakkan kebosanan.

Selalunya ada sahaja topik yang Hany bincangkan kepada Jungkook walaupun berada di meja makan.

--------

Drama ditonton dengan tekun oleh kedua pasangan suami isteri itu.

Tubuh kecil Hany yang diselubungi selimut tebal dipeluk Jungkook dari tepi.

"Sayang,Kook nak tanya something ni"kata Jungkook menarik perhatian Hany.

"Nak tanya apa?"tanya Hany menatap wajah suaminya.

Jika ditatap lebih dekat,kita akan sedar akan calar yang terbentuk dipipi suaminya ini.

Tapi calar dimukanya tidak langsung memudarkan kekacakkan di wajah.

"Siapa lelaki yang berbual dengan sayang tadi?"tanya Jungkook menghentikan lamunan Hany.

"Hah?lelaki yang tinggi lampai tu?"tanya Hany.

Soalan dibalas dengan soalan.Jelas riak wajah Jungkook jealous.

"Hmm..Siapa lelaki tu?"soal Jungkook lagi.

"Actually,Hany tak kenal pun lelaki tu.Hany cuma tanya office Kook kat mana"jelas Hany lalu mengalihkan pandangannya ke skrin televisyen.

"oh"balas Jungkook pendek.

Tiba-tiba,Jungkook mendapat pesanan daripada seseorang.

"Siapa tu Kook?"tanya isterinya.

Kali ini,perhatian Hany tertumpu kepada Jungkook.Entah kenapa pesanan tadi menarik perhatiannya.

Pantas sahaja Jungkook mematikan telefon pintarnya lalu tersenyum hambar"emm rakan pejabat Kook".

Dengan teragak-agak Hany mengangguk.Dia berasa curiga tapi dengan pantas menepis perasaan itu.

Dalam mendirikan hubungan yang bahagia,kita perlu saling mempercayai bukan?

Kita juga tidak boleh sembunyikan apa-apa antara satu sama lain.

+++

Nampaknya bab kali ini agak hambar :)
Maaf lambat update.

Curang | JJK✓Where stories live. Discover now