27

1.7K 97 8
                                    


Curang | JJK

Bab 26


Jungwoo masuk ke dalam bilik siasatan buat kali yang ke--Dia juga tidak tahu.

Perempuan yang berada di bawah cahaya lampu mentol itu dia renung.

Mata wanita itu meliar,memerhati sekeliling dengan wajah yang sukar untuk ditafsir.

Nampak menggerunkan tapi dia sebenarnya berada dalam ketakutan.

"Baiklah,mari kita mulakan siasatan.Betulkah Puan nampak kejadian tu?Puan tahu puncanya?Puan nampak suspek dengan jelas?"soal Jungwoo bertubi-tubi.

Hatinya berkobar-kobar inginkan jawapan.Matanya tertumpu ke arah wanita itu.

Wanita itu bertentang mata dengan Jungwoo sebelum mengeluh panjang.Mata dia pejamkan untuk tenangkan diri.

"Y-ya.Walaupun agak sukar untuk terima kenyataan,jujur saya katakan bahawa saya adalah saksi kejadian itu,kejadian suami saya sendiri melepaskan tembakan"jelas wanita itu.

Berkerut seribu dahi Jungwoo tatkala mendengarkan penjelasan itu.

"Maksud Puan...?"

"Ya,saya ialah Raemin Park,isteri sah Min Yoongi dan juga rakan karib mangsa,Jeon Hanryeong"jelas Raemin,menundukkan wajahnya dari bertentang mata dengan Jungwoo.

"K--Puan?"

Raemin mengangkat wajahnya dengan senyuman menyeringai.Tiba-tiba sahaja dia tertawa besar.

"Mahukah Encik tahu tentang sesuatu yang menarik?"soal Raemin.Matanya tajam merenung Jungwoo.

Jungwoo hanya menganggukkan kepalanya,tangan ligat mencatat sesuatu pada nota kecil.Matanya memerhati perilaku Raemin.

"Tahukah Encik bahawa dalangnya adalah seseorang yang Encik kenal?"

Berkerut dahi Jungwoo tatkala mendengarkan setiap perkataan yang meluncur keluar dari mulut Raemin.

'Siapa?'bisik hatinya.

-------

Jungkook tunggu di luar bilik yang menempatkan Hany bersama Junghyun.Hatinya gusar sejak dari tadi lagi.

Fikirannya bercelaru.Dia berjalan mundar-mandir di hadapan bilik tersebut.

"Hany,please don't leave me"bisiknya di dalam hati.Risau dia akan keadaan isterinya itu.Sejak bila pula Jungkook mulai risau?

Sudah 30 minit dia menunggu di luar bilik.Jantungnya memainkan rentak selaju 200 km/j.

Tiba-tiba,pintu dikuak.Jungkook mengalihkan pandangannya ke arah pintu.Doktor Park muncul di sebalik pintu.

"Encik Jeon?"laung Dr. Park.Segera Jungkook mendapatkan doktor itu dengan tergesa-gesa.

Peluh dingin mulai kelihatan di dahinya.Tangannya pucat.

"Maafkan kami,Jungkook.Kami cuba untuk selamatkan dia.Tapi--She's--I'm really sorry"ujar Dr Park lalu menepuk bahu Jungkook sebelum berlalu pergi.

Jungkook berdiri statik di depan bilik itu.Otaknya cuba untuk memproses maklumat yang baru dia terima.

Junghyun juga terkaku apabila mendengarkan khabar itu.Rakan karib--Kakak iparnya,sudah tiada?

Sukar untuk diterima,bukan?

Air mata perlahan-lahan mengalir dipipi Jungkook.Dia mengatur langkah demi langkah yang perlahan memasuki bilik 109 itu.

Tubuh yang baring di atas katil yang dilitupi kain putih itu dia dekati.Tangannya terketar-ketar menyelak kain tersebut.

"S-sayang,bangunlah.J-janganlah bergurau macam ni.Kook tak sukalah"Jungkook cuba untuk bangunkan Hany.

"S-sayang"

"Please come back"

Melihatkan tiada apa-apa respon dari hany,air mata Jungkook jatuh bercucuran.
Wajah pucat Hany dia renung.Tubuh Hany yang kaku dia cuba gerakkan.

Junghyun hany mampu memerhati abangnya dari pintu bilik.Puan dan Tuan Jeon dia hubungi.

---------

Semakin lama,semakin gelap bilik yang Hany duduki.Dia tidak tahu mahu lakukan apa lagi.

Tiba-tiba,tangannya ditarik oleh seseorang yang boleh dipastikan seorang lelaki.Dari mana wujudnya lelaki ini pun dia tidak tahu.

Lelaki itu membawanya menuju ke arah satu lorong.Semakin jauh mereka berjalan,semakin malap dan gelap lorong itu.Penglihatannya mulai terhad dan kabur.

"Yah!Siapa kau?Kau nak bawa aku ke mana?"Hany merentap tangannya kasar dari lelaki tersebut.Segera dia menjauhkan sedikit dirinya.

Langkah lelaki itu terhenti lalu dia menoleh.Hany cuba untuk melihat wajahnya namun sukar kerana keadaan yang gelap.

"Hany!"dia terdengar seseorang memanggilnya dari belakang.

Segera dia menoleh ke arah suara itu.Dia lihat susuk tubuh seorang yang familiar baginya.Mata dia kecilkan kerana silau akibat pancaran cahaya dari arah di mana lelaki yang memanggilnya itu berada.

"Hany!"laung lelaki itu sekali lagi.

"Hany,cepat ke sini!"

Dia berlari dengan sekuat hati menuju ke arah pancaran cahaya itu.Takut,itu yang dia rasakan sekarang.

Setelah penat berlari,akhirnya dia sampai dihadapan sebuah pintu.Lelaki yang melaungkan namanya berkali-kali tadi juga ada.

Lelaki itu menggenggam tangannya dengan erat.

"Gapailah tanganku selagi kau boleh.Aku akan tetap berada disisimu,saat sukar ataupun senang.Tapi tolong.Tolong jangan lupakan aku.Ingatlah aku sampai bila-bila.Aku akan selalu---"

Tatkala Hany memandang wajahnya,kata-kata dia terhenti.Lelaki itu menguak pintu sebelum membawa Hany keluar dari tempat itu.

Hany meneliti wajah lelaki itu.Sungguh dia terkejut.Wajah lelaki itu,itu adalah si 'dia'.

"Bukankah awak--"

Kata-kata Hany sebelum semuanya menjadi gelap.

+++

Hi.

0027

Curang | JJK✓Where stories live. Discover now