VIII

146 10 0
                                    

C U R A N G  2

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


C U R A N G  2

- sebulan kemudian -

"Han,tolong eh?"pinta Raemin lalu menghulurkan bayi lelaki bertubuh kecil yang baru berusia mencecah 4 bulan lebih.

Berhati-hati aku menyambut hulurannya,"Tapi aku tak pernah jaga bayi".

"Eh,senang je jaga bayi ni.Kau mandikan,tidurkan,susukan dan main-main sikit sudah,"ujar Raemin memberi penjelasan.

Sesekali dia tersenyum nakal,"Anggap je ini practice.Manalah tahu entah-entah menimang cahaya mata".

Baru sahaja aku mahu mengangkat tangan,pantas dia masuk ke dalam perut kereta.Jungwoo pula hanya tersengih dari tadi.

Cih,sukalah tu dapat dating dengan bini dia.Senang tinggalkan anak dengan ibu muda tanpa pengalaman ini.

"Jumpa lagi bulan depan,Han!"aku hanya tersenyum dengan tangan melambai-lambainya.

Bayi yang berada dalam pangkuan menatap aku lama.Matanya yang bulat bersinar-sinar menerbitkan senyuman dibibirku.

"Alolo,siannya Hanbin kena tinggal ibu.Takpe,biar mama Hany yang jaga kamu eh".

Hanbin tersenyum menampakkan gusi merahnya seakan memberi respon kepada apa yang aku bicarakan.

Bila otak memproses kembali,mati terus senyuman aku."Jap,ibu Hanbin kata sebulan eh?".

Satu notifikasi masuk.

Raemin has transferred you $300.

"Raemin!!"

———

Jungkook berdiri tepat dihadapan pintu utama rumah agamnya.Mata tercari-cari si isteri.Selalunya,dengar sahaja deruman enjin kereta Lamborgini Jungkook,akan kelihatan tubuh kecil si isteri berlari anak menjemputnya.

Bukan kali ini.Batang hidung pun tidak kelihatan.

"Sayang..?"laungan si suami bergema disetiap pelusuk rumah.
Seharian dia tidak menerima usikan manja si isteri.

"Sayangku Hany..?" Beberapa langkah diorak memasuki ruangan dapur namun sama sahaja,tiada sebarang respon.

Tiba-tiba,telinganya memerangkap rengekan tangis bayi.'Bayi?',fikirnya sebelum memanjat anak tangga naik ke tingkat atas.

Jungkook mengambil langkah perlahan mendekati kamar perkongsian dia dan Hanryeong.Dalam gerak perlahan,tangan menghampiri tombol pintu.

Belum sempat tombol diputar,seseorang sudah menguak pintu terlebih dahulu.

Hampir tercabut jantungnya dari jasad tatkala dia melihat Hany bersama bayi.
"Sa-sayang..Anak siapa Hany culik ni?"

"Kook!Ini—",belum sempat Hany menjawab,Jungkook memotong,"Kalau ya pun Hany nakkan baby,kita boleh usahakan".

Tidak lupa Jungkook memberikan kenyitan nakal.
Pada waktu-waktu begini,sempat lagi dia memaparkan wajah miangnya.

"Ey!Nasib baik Hany pegang baby ni ha.Kalau tak memang dah kena sipit ketam!",dia mengemaskan gendongannya,"Ni anak Raemin la,Hanbin".

Si suami sekadar mengangguk dengan mulut yang berbentuk 'O'.

"Mulai minggu ni Kook bekerja dari rumah jelah.Tolong Hany jaga Hanbin.Kalau tak dapat pun,at least three days in a week,"Hanbin dibaringkan di atas katil mereka.

Jungkook apa lagi,melompat terus ke atas katil bermain bersama Hanbin.Sementara itu,Hany pula menyusun atur barangan keperluan bayi yang dititipkan oleh teman baiknya.

Bersama susu formula dan beberapa botol susu,Hany berjalan turun ke bawah terus ke dapur.

Selang beberapa minit,kedengaran suara Jungkook menjerit nyaring diiringi dengan esakan tangisan Hanbin.

'Apa pula kali ni?',bisik Hany di dalam hati.

"Sayang!"jerit Jungkook sekali lagi.Hany pula bercekak pinggang sambil menunggu Jungkook di anak tangga pertama.

"Sayang!"

"Kenapa Kook?"soal Hany.Jungkook pula menayangkan wajah cemas dalam masa yang sama kebingungan.

Dia berlari anak menuruni anak tangga bagi mendapatkan isterinya.

"Hanbin berak,"jelasnya.Tercetus tawa si isteri mendengarkan alasan suaminya menjadi cemas begini.

Ingatkan apa tadi,rupanya Hanbin buang air besar.

"Dah tu,pergilah bersihkan"

Jungkook berjalan mundar-mandir bersama bayi ditangan."Kalau..Macam ni..Baru bersih,bukan?"bisik Jungkook namun masih dapat didengari oleh Hanryeong.

"Kook,ok tak?".Jungkook berdiam diri sambil merenung isterinya.
"Kenapa?"

"Kook tak pandai bersihkan",luah Jungkook lalu menunduk ke bawah dengan mulut yang memuncung.
Alahai,cebok je Kook.Tu pun susah.

Hanryeong memejamkan mata seketika sebelum nafas dihembus.
Haih,Jungkook.Macam manalah kalau sudah mempunyai cahaya mata nanti.

———

Another love interest or not-so-villain male character?
<3

sorry for being inactive nowadays.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 22, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Curang | JJK✓Where stories live. Discover now