26

1.6K 88 1
                                    

Curang | JJK

Bab 26

Puan Park bersama Junghyun pulang ke rumah setelah menghabiskan masa seharian melawat Hanryeong.

Setiap hari,mereka membawa harapan yang sama.Harapan agar Hanryeong sedar dari koma.

Setiap hari juga mereka pulang bersama harapan,harapan agar Hanryeong akan sedar pada hari berikutnya.

Puan Jeon memeriksa beg tangannya untuk mecari sesuatu.Wajahnya berkerut.

"Junghyun,tolong pergi ke hospital semula.Rasanya telefon bimbit Mummy tertinggal lah"

------

Hanryeong duduk di penjuru bilik misteri itu.Dia memeluk kakinya dengan air mata yang menitis di pipi.

Dia sudah cuba pelbagai cara untuk meloloskan diri dari bilik yang gelap ini.

Suara bisikan sentiasa bergema dari setiap penjuru.

Dimana dia berada sekarang?Dia juga tidak tahu.Perkara terakhir yang dia masih ingat sebelum berada di dalam bilik ini ialah seorang lelaki.

Seorang lelaki yang berpaling darinya.Lelaki itu melangkah untuk pergi jauh,jauh dari dia.

-------

"Jungkook!Kau dari mana?Kenapa baru sekarang muncul ni?"bertubi-tubi soalan diajukan oleh Junghyun.

Jungkook hanya menundukkan wajahnya,memandang ke arah lantai.Jujur dia rasa bersalah.

Tidak sepatutnya dia menghilangkan diri seperti itu.Dia kemudian menjatuhkan pandangannya ke arah wajah si isteri yang terbaring lemah.

Sudah 2 minggu Hany tidak sedarkan diri sejak kejadian tempoh hari.

Peluru yang ditembak di dadanya hampir-hampir mengenai jantung.

"Jungkook!Apa jadi dengan kau ni?Dulu kau tak macam ni!"Junghyun mengusutkan rambutnya sebelum berjalan berulang alik di depan katil Hany.

Jungkook terdiam kaku.Lidahnya kelu.Otaknya masih memproses perkataan yang meluncur keluar dari mulut Junghyun.

Dia hanya merenung wajah isterinya yang pucat lesu tanpa henti.Cincin yang tersarung di jari manis isterinya itu dia tenung sebelum bertindak mengusap-usap jari-jemari Hany.

Tiba-tiba,Jungkook terasa bagai ada sesuatu yang bergerak.Jari kelingking Hany bergerak dengan perlahan.

"Sayang?"panggilnya bersama senyuman.Akhirnya,Hany sedarkan diri juga fikirnya.

Hany tidak menunjukkan sebarang tindak balas.Jarinya juga berhenti bergerak,tangannya terlerai dari genggaman Jungkook.

Jungkook mula berasa risau.Emosinya bercampur aduk menjadi satu.

Kenapa Hany tidak menunjukkan apa-apa tindak balas?Jantung Jungkook berdegup kencang.

Lama dia meneliti jikalau ada sebarang pergerakan dari Hany.Namun,semuanya punah.

Monitor yang menunjukkan rentak jantung Hany berbunyi nyaring.Kedua beradik itu terkaku sebentar.

Apa yang sedang berlaku?

"K-Kook!"panggil Junghyun.Jujur dia tahu apa yang dipaparkan oleh monitor itu.

"D-Doktor!PANGGIL DOKTOR JUNGHYUN!!"jerit Jungkook.Tubuh isterinya dia peluk seeratnya.

Air mata jernih jatuh dipipi seterusnya mengalir.Monitor terus berbunyi nyaring.

Dia tahu apa yang sedang berlaku sekarang.Paparan skrin monitor dia lihat sekali lagi.

Dia tahu apa maksud bagi bunyi itu juga paparan monitor itu.

Garisan lurus yang melintang dipaparkan di skrin.

H-Hany...

Curang | JJK✓Where stories live. Discover now