9

1.4K 108 13
                                    


Curang|JJK

Bab 9

Kook♡
-Sayang,Kook pulang lambat hari ni
-Jangan tunggu Kook,okay

Pesanan daripada Jungkook  membuatkan aku mengeluh.Jujur aku mulai bosan dengan semua ini.

Tapi apa yang dapat aku lakukan?membantah?Heh kau nak makan apa nanti Hany?

Aku mula menuju ke bilik memandangkan aku berada di ruang tamu.Jika misi menunggu kepulangan suami diteruskan,kemungkinan aku akan bangun apabila matahari sudah terpacak di atas kepala.

Baru hendak merebahkan badan di atas katil empuk yang memanggil-manggil agar aku berbaring di atasnya,pintu bilik dikuak.

"Surprise!"terjah Jungkook dengan senyuman dibibir.

Baiklah,Jungkook.Kau hampir-hampir buat aku  kena serangan jantung yang akan meragut nyawa isterimu ini.

Wajah cuak aku menerima gelak tawa Jungkook yang berdekah-dekah.

"Hah ketawalah.Kalau isteri Kook ni kena serangan jantung,siapa nak jaga Kook?"tanya aku dengan cebikan.

"Kook carilah isteri baru.Apa susah?"jawapan Jungkook membuatkan aku memandangnya dengan mulut yang terlopong.

"Hah,pergilah cari calon.Hany nak tahu juga siapa yang nak kat Kook"arah aku lalu menyelubungi diri di dalam selimut merah jambu bercorak arnab.

Derapan kaki Jungkook menuju ke arah bilik air tidak aku hiraukan.Kemungkinan hendak membersihkan diri.

Tidak lama kemudian,Jungkook memanggil nama aku berulang kali dengan suara yang menggoda.

Sisi Jungkook yang nakal sudah pun muncul.Adakah aku bersedia untuk berhadapan dengan sisi itu?

Selimut yang menyelubungi tubuh kecil ini ditarik secara tiba-tiba.Hampir-hampir aku ingin menjerit.

Aku menghela nafas panjang.Setelah nafas dihembus,ianya tidak boleh ditarik balik atau boleh dikatakan aku tidak dapat untuk bernafas.

Jungkook sedang berdiri dihadapan aku dengan hanya memakai tuala paras pinggang.

Suami aku ni memang mahu aku mati kelemasan dengan godaannya atau apa?


Mahu menatap matanya,aku tidak sanggup.

Bibir?Adakah aku boleh?Pastinya tidak.

Abs?Adakah aku yang comel ini boleh lakukannya?Boleh mati kelemasan aku dengan godaan Jeon Jungkook.

"Sayang~"panggil Jungkook dengan manja sambil memanjat naik ke atas katil.

Semakin Jungkook dekat,semakin aku menjauh.Aku berada dalam ketakutan tahu tidak?

"A-apa?"tanya aku pendek dengan perlahan mengundur ke belakang.

"Are you ready?"tanya Jungkook membuatkan dahi aku berkerut seribu.

"untuk apa?"soalan dibalas dengan soalan.Bagus sangat Hany.Sampai bila akan dapat jawapan?

Dengan itu,Jungkook menerpa ke arah aku.

Oh tidak.

---------

Suara Hany memenuhi banglo yang diduduki mereka.

"Stop it,Jungkook!"jerit Hany cuba untuk hentikan Jungkook.

Tapi,itu tidak dapat hentikan Jungkook daripada perbuatan kejamnya.Perbuatan Jungkook membuatkan Hany tercungap-cungap mencari nafas.

Sungguh dia tidak tahan dengan semua ini. Akhirnya dia berjaya menolak Jungkook jauh dari tubuhnya lalu terbaring lemah masih mencari nafas.

"Kook kejam"kata Hany dengan cebikan dibibir.

Sungguh Jungkook suka melihat isterinya begini.Suka sangat dia mengusik Hany.

"Eleh itu baru sikit,Sayang.Banyak tempat lagi Kook tak sentuh"kata Jungkook dengan senyuman sinis. 

"Ala ala.Janganlah.Stoplah,Jungkook tahukan yang Hany tidak suka digeletek"kata Hany lalu menghentak-hentakkan tangannya di tilam.

(Readers fikir apa tu🌚)

Jungkook mencuit pinggang Hany sekali lagi menyebabkan isterinya itu melatah.

"Eh pondan!"

Entah apa yang membuatkan Jungkook suka sangat mengusik isterinya itu.Sampai tergolek-golek Jungkook di atas katil menahan tawa.

Jungkook memeluk Hany dengan tawa yang masih bersisa.Bagi Jungkook,isterinya ini bertambah comel bila merajuk.

Hany tersenyum dan membalas pelukan Jungkook lalu berkata dengan perlahan"Hany rindu sangat kat Kook tahu".

Pipi gebu Hany dikucup sekilas lalu Jungkook mengangguk"Kook tahu dan Kook juga rindukan Sayang".

Pasangan suami isteri itu saling berpelukan bagai tiada hari esok.

Tanpa Hany sedar,setitik air mata mengalir dipipi Jungkook namun pantas diseka.

Senyumannya juga mulai pudar jika diingatkan perkara yang telah dia lakukan.

"Maafkan Kook,Sayang"bisik Jungkook di dalam hati.

+++




Curang | JJK✓Where stories live. Discover now