Prolog

5.2K 218 54
                                    

Dia mahukan keduanya.Tapi siapa yang akan menjadi pilihan?

Si isteri?

atau

bekas teman wanita?

Sinopsis

Keluarga mereka teramatlah bahagia.Namun,setiap kebahagiaan tidak akan kekal lama.Kebahagiaan mereka mulai pudar bila muncul orang ketiga,kisah silam si suami.Apakah kesudahannya?

Dapatkah si suami membuat pilihan?

Adakah kebahagiaan yang dikecapi akan kekal lama?

Ataupun kisah silam akan membawa kepada penderitaan?


Genre

Sad romance

Karakter

Jeon Jungkook

Lee Hanryeong

Prolog


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"Aku tidak boleh membuat pilihan antara kau dan dia.Isteri yang aku cintai atau wanita yang pernah bertakhta dihati.Maafkan aku,Sayang"
-Jeon Jungkook.

Maafkan aku,Sayang"-Jeon Jungkook

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"Setiap kebahagiaan akan dikecapi jua jika kita usahakannya.Aku tidak menyalahkan sesiapa.Kunci bagi kebahagiaan itu adalah kesetiaan.Aku reda dengan apa juga keputusan yang dibuat"
-Lee Hanryeong

Aku cuba mengawal keadaan yang semakin tegang.Aku hadapi suamiku dengan tenang agar pertelingkahan ini tidak menjadi semakin besar.

Ya,aku takut kehilangan si suami.Tapi,apa lagi yang dapat aku lakukan.

"Sayang,Kook tahu Kook salah.Kook tak minta pun semua ini terjadi"sedaya upaya Jungkook memberi penjelasan.

Aku menghela nafas panjang,takut-takut air mata aku tumpah dihadapan si suami.Aku perlu kuat menghadapi semua ini.

Setelah lama mendiamkan diri,aku mengeluarkan kata hati kecilku"Hany buntu nak buat apa lagi,Kook.Semua keputusan berada di tangan Kook,Hany hanya mampu reda dengan keputusan Kook".

Aku kumpulkan semua tenaga yang ada untuk senyum di hadapan Jungkook.Aku tidak boleh nampak lemah.

Jungkook melabuhkan punggungnya di atas sofa lalu memandang aku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

"Sukar untuk membuat keputusan,Sayang.Sebab Kook...Kook.."Jungkook nampak tergagap-gagap untuk berkata.

"Sebab apa Kook?"Aku cuba cungkil juga kata-kata yang susah untuk diluahkan Jungkook.

"Sebab Kook mahukan Sayang dan dia dalam masa yang sama"Jungkook berkata sambil merenung anak mata aku.

Aku sudah hilang kudrat dan akhirnya air mata aku tumpah juga dihadapan suami tercinta.Aku sayang kau Jungkook tapi...

Aku mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum mengeluarkan kata-kata yang mampu membebaskan si suami ataupun menghancurkan hatinya.

"Kook,kalau macam ni jadinya.Hany harap Kook dapat ceraikan Hany.Lepaskan Hany,Kook.Syurga yang kita dirikan selama ini hampir hancur"aku mengatur kata-kata yang membuatkan air mata aku mengalir dengan deras.

Tindakan Jungkook selepas itu membuat aku kaku.Jungkook memeluk aku erat sambil mengatakan kalimah cinta berulang kali.

Aku menepis pelukan Jungkook dengan perlahan"Hany sayangkan Kook.Tapi,syurga yang kita bina selama ini sudah tidak dirindukan lagi".

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati aku waktu itu.

+++

Selamat membaca.
Buku ni akan dilanjutkan nanti :)
Sengaja nak publish awal.
I purple korang

*blekmun*

Curang | JJK✓Where stories live. Discover now