Lalu, mereka jatuh menjunam. Kedua-duanya menjadi lebih terkejut apabila tubuh mereka ditarik oleh sesuatu.

  Mereka pantas mengangkat kepala dan melepaskan keluhan lega apabila kelibat Rez yang sedang menggunakan kuasa bayang ke atas mereka menyapa.

  "Lain kali peka," katanya dingin sebelum melepaskan mereka berdua daripada kuasa bayangnya dan terus terbang dan melibas pedangnya ke arah syaitan yang menyerang.

  Mujur ketika itu Hanz dan Hanza sudah sedar dan kini, terbang semula di langit.

  "Aku gerak dulu." Hanz tersenyum. Pedangnya yang hilang kerana terjatuh tadi dimunculkan semula.

  "Hati-hati."

  Hanz tersenyum lagi apabila mendengar pesanan si adik. Dia mengangguk perlahan dan membalas perkara yang sama sebelum meluru ke arah Rez yang sedang berseronok.

  Sempat mereka berdua berfikir. Dark Knight memang tidak ambil perkara secara seriuskah? Asyik bermain sahaja?

  BOOM!!

  Hanza tersentak mendengar bunyi letupan itu. Dia menoleh ke belakang kerana merasakan bunyi letupan itu datang dari belakang. Dia agak terkejut melihat seorang gadis Dark Knight keluar dari kepulan asap itu.

  Wajahnya ketat dan dingin sahaja. Tangannya menarik cemeti yang dimiliki ke belakang dan terus dilibas ke hadapan. Kuasa api yang sangat besar terhasil sekaligus membakar tentera syaitan yang sedang berkawad di tanah.

  "Ah...." Hanza menggaru kepala. Seram juga. Mengapalah Light Knight pernah bermusuh dengan mereka berenam?

  Cakap pasal Dark Knight, dia mencari-cari kelibat gadis sihir, Delisya dan Putera Demon, Ray.

  Melopong mulutnya apabila melihat Ray yang sedang mengamuk. Aura kegelapan yang terlepas menyebabkan semakin ramai mendekati lelaki itu.

  Lebih sadis, Ray menggunakan kuasa masanya dan memperlahankan pergerakan para tentera syaitan. Pelbagai jenis senjata dimunculkan dan ia meluru laju ke arah kumpulan itu.

  Ray juga mengeluarkan kuasa barunya, iaitu kegelapan. Dia menyeru beberapa raksasa kegelapan dan menyerang kumpulan itu.

  Berlaku lagi sebuah letupan besar. Hanza malas mahu melihat lagi. Dia mencari Delisya pula.

  "Erk?" Kelu sekejap melihat gadis sihir itu.

  Gadis itu tidak mempunyai sayap tetapi mempunyai penyapu terbang. Delisya agak tidak suka penyapu terbang jadi dia sering berlawan di darat. Ah, bak kata kumpulan Dark Knight lah.

  Delisya kini berhadapan dengan sepuluh pegawai syaitan. Gadis itu tidak menunjukkan riak gentar sebaliknya tersenyum sinis. Gaun paras lututnya yang berwarna ungu gelap dan hitam itu langsung tidak menghalang perbuatan kejam si gadis.

  Rambut yang didandan cantik itu ditiup angin. Namun, lebih menambahkan kecantikannya. Rambut itu tampak cantik digandingkan dengan reben berwarna ungu.

  Ayu. Tetapi kejam. Eh kejap, tak cakap eh? Gadis-gadis itu, termasuklah Hanza sendiri, memakai gaun hoho.... Superb tak lawan pakai gaun? Jangan risau, mereka pakai seluar yaaa~ Seluar ketat tak berapa ketat, warna hitam dan tampak sesuai dengan mereka. Tidak mencacatkan kecantikan mereka. Ups, terpuji. Mohon tampar Hanza. Erk?

  Berbalik kepada gadis kejam tadi. Gadis itu sedang berseronok. Ya, berseronok di medan perang.

  "Satu..."

  "Dua..."

  "Tiga.. Hehehe.."

  Hanza yang terbang tidak jauh daripada Delisya dapat mendengar suara gadis itu. Tadi gadis sihir itu ada. Kini tiada? Namun suaranya kedengaran.

  Suara itu bergema dengan nada seram dan sinis. Syaitan di situ agak menggigil berdasarkan pemerhatian Hanza. Ah ya, Hanza sempat memanah beberapa syaitan yang mahu menyerangnya walaupun ketika sedang mengintip.

  Mata Hanza tajam merenung kelibat Delisya yang muncul semula. Agaknya... Delisya sedang bermain sorok-sorok. Err... Gila ke apa?

  Sekejap gadis itu muncul. Sekejap dia menghilang. Apa yang menghairankan, ada syaitan yang rebah seperti dipanah.

  Terus Hanza menepuk dahi apabila teringat senjata milik gadis sihir itu. Ya, busur sepertinya.

  Hanza melihat sekali lagi. Dia berasa ingin tahu. Kemudian, dia terlopong. Terlupa lagi!

  Delisya memiliki kuasa halimunan dan bayang. Suaranya yang merdu itu juga dapat menggoda sesiapa sahaja yang mendengar. Itulah sebabnya mengapa dia digelar Dewi Penggoda.

  Dengan itu, Delisya 'bermain sorok-sorok' bersama tentera-tentera syaitan di medan peperangan. Dia akan mengelilingi kumpulan itu dan menyebut angka nombor sambil tergelak sinis. Dia juga akan muncul dan menghilang sesuka hati.

  Sepanjang permainannya, dia akan memanah sesiapa sahaja yang dia mahukan. Raksasa bayang dan golem bayang yang dihasilkan juga akan menyerang syaitan di sekitar.

  Kelihatan seperti gila. Tetapi itulah Delisya. Gadis yang hidup dalam dendam.

  "Mati ke? Alaaaa..." Delisya tergelak.

  Hanza yang berasa seram sejuk terus terbang ke tempat lain. Delisya seperti psiko! Seram dibuatnya!

  "Eh?" Hanza terkejut melihat sebuah puting beliung di kawasan para pemerintah, Dark Knight, White Warrior dan Light Knight berkumpul tadi. Dia laju terbang ke sana dengan cemas.

  Terkejut dia melihat Kayla sedang ketawa bagai orang gila. Sebuah bebola angin di tangan gadis syaitan itu dipandang tajam.

  Kemudian, dia mencari-cari di mana kembar pari-pari, putera raja dan pemerintah berada. Membulat matanya apabila mereka semua terperangkap dalam ribut pasir! Dan lebih membuatkan api amarahnya membara, puting beliung ciptaan Kayla menuju ke arah mereka!

  Busur dimunculkan. Dia menarik tali busur dan sebatang anak panah cahaya terhasil. Dia membidik ke arah bebola angin di tangan Kayla.

  Zzap!

  "SIAPA BERANI GANGGU AKU?" Suara Kayla bergema. Geram apabila bebola anginnya dipanah dan hilang sekaligus menyebabkan puting beling tadi juga menghilang. Begitu juga ribut pasir milik Syakila kerana anak panah itu turut terkena bebola pasir di tangan kembarnya.

  "Aku."






To be continued

Aish.... Sibuk ah kembar syaitan tu. Spoil buat apa? Hmph!

The Night Knight Princesses ✔On viuen les histories. Descobreix ara