"Tak boleh ke dia ada kat sini?". Jawab Jungkook seakan memerli. Tak lama selepas itu Jungkook beredar tanpa menghiraukan reaksi Rose.

Rose tercengang dek jawapan Jungkook yang langsung tidak membantu. Rose mengeluh sebelum mengambil keputusan untuk beredar. Sempat wajah Dania dijelingnya tajam sebelum tuju ke arah tangga.

"Apa salah aku?".
Dania berkata sendirian.

Apa boleh buat. Orang kalau dah tak suka kita memang begitu. Walaupun kita dah buat baik tapi masih ada juga orang yang benci kita.

Itulah dugaan kehidupan. Nabi Muhammad yang sempurna pun ada ramai musuh apatah lagi kita manusia biasa. Paling penting, sabar dan senyum!

"Takpe Dania.. sabar.. dia memang tak suka kau. Dia cemburu dengan kau". Dania bermonolog sendiri. Nafasnya ditarik lalu dihembus tenang.

Benarlah menguji kesabaran.

———

Enak sungguh makan malam yang dihidang sehinggakan hendak menitis air mata Dania. Dia mengunyah makanan dengan penuh nikmat.

"Aunty minta maaf kalau makanan ini semua tak sedap bagi Dania". Kata kata Puan Jeon membulatkan mata Dania. Tak sedap bilangnya!?

"Ya Allah. Aunty nak tahu tak. Semua makanan ni antara makanan kegemaran Dania tau". Puji Dania sambil kunyah sosej berintikan keju mozzarella.

"Waa yeke? Baguslah kalau begitu". Tersenyum lebar Puan Jeon melihat Dania yang kelihatan seronok dengan makanan yang dikunyahnya.

"Aunty cadang nak bawa Dania pergi jalan jalan esok". Puan Jeon kembali menghidupkan suasana.

"Jalan jalan? Omma nak pergi mana?". Selit Rose yang dari tadinya mendiamkan diri. Jungkook memandang Puan Jeon yang duduk di sebelahnya. Menantikan jawapan.

"Kita jalan jalan dalam Malaysia sajalah. Pulau Krabi?". Cadang Puan Jeon mengerutkan dahi semua orang sekeliling meja makan.

"Krabi dekat Thailand omma..".
Ujar Rose.

"Ohh.. salah pula. Haa kita pergi luar Malaysia lah kalau begitu. Semua on tak dengan plan omma?". Dania agak terkedu dengan keputusan mengejut Puan Jeon.

Malam ini baru rancang esok dah nak gerak?
Wow.

"Dania jangan risau. Sekejap lagi aunty call parents Dania beritahu pasal rancangan aunty. Okay?". Pujuk Puan Jeon mahu menyejukkan hati Dania.

Keluarga Puan Jeon mungkin sudah terbiasa dengan cara sebegitu. Sama juga seperti keluarga Dania tetapi tidaklah sampai melencong ke luar negara. Dalam Malaysia saja mampu.

"Baik aunty". Jawab Dania pendek. Dirinya seperti mahu melompat gembira. Maklumlah— tidak pernah melancong ke luar negara.

"Comel saja kamu aunty tengok".
Puji Puan Jeon.

"Eh— mana ada aunty. Kentang hangus macam saya ni tak comel pun". Nafi Dania pantas sambil membasuh pinggan. Eleh. Padahal dalam hati suka.

Pada awalnya Mak cik Leha tak beri Dania membasuh pinggan mangkuk tetapi disebabkan Dania kerah nak basuh juga maka terpaksa Mak cik Leha relakan. Degil.

"Eh eh eh– cik Dania! Letak sahaja semua pinggan mangkuk kat atas sinki itu. Biar mak cik basuhkan". Mak cik Leha cuba menghalang Dania yang sudah membuka paip air.

"Tak apalah mak cik! Biar Dania basuh. Dania dah biasa buat semua kerja ni dekat rumah. Mak cik jangan risaulah". Balas Dania.

"Nanti kalau Puan nampak macam mana? Tak pasal pasal mak cik kena marah nanti". Mak cik Leha mula bimbang.

Suamiku Budak Tahfiz: Jeon JungkookHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin