Semua mengerutkan dahi.

  “Beta ialah putera Kerajaan Werewolf. Sepatutnya beta naik takhta dan menjadi raja Kerajaan Werewolf tetapi disebabkan beta berkahwin dengan Alexa, beta mengikutnya memerintah Kerajaan Diamond. Beta ialah anak tunggal, maka takhta diserahkan kepada Geoxans yang merupakan waris terdekat takhta Kerajaan Werewolf,” jelasnya panjang lebar.

  “Jadi, ke manakah tuanku menghilang selama ini?” Raja Duyung yang bertukar menjadi manusia menyoal. Dia menggelarkan Putera Zeilian sebagai tuanku kerana pangkat Putera Zelian lebih tinggi berbanding mereka semua. 

  “Beta membawa Alexa, Rien dan Violet ke bumi untuk menyembunyikan diri daripada makhluk yang menyerang kita semua. Kehidupan kami di sana baik-baik sahaja. Hanya kerana satu serangan pemburu dalam hutan, beta membawa Alexa ke sebuah dimensi lain dan tinggal di sana. Rien dan Violet terpaksa ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu.” Putera Zeilian melepaskan keluhan berat.

  Puteri Alexa memandang Rien dan Violet. Wajah Rien sangat seiras dengannya manakala Violet benar-benar persis Diandra. Mereka berdua langsung tidak mewarisi sifat fizikal suaminya, tetapi mereka mewarisi sikap Putera Zeilian.

  Dalam diam, Alexa tersenyum kecil. ‘Aku rindu kau, Diandra…

  “Ah ya… Kalau kalian di sini dan sudah membincangkan tentang rancangan kalian, bagaimana dengan tentera kalian? Jangan pandang rendah terhadap puak naga dan puak angel. Kebolehan mereka sehingga mampu memusnahkan satu armada kalua mereka mahu.” Puteri Alexa mengingatkan.

  Ternganga semua yang ada di situ. Terus Raja Kerajaan Sihir (Witch and Wizard) membuka sebuah portal yang besar.

  “Masuk sahaja ke dalam. Portal ini akan bawa kalian ke tempat kalian mahu selagi tidak merentas dimensi!” pesannya sebelum menghilang pergi ke dalam portal itu.

Para pemerintah dan wakil berlari masuk ke dalam dan menghilang pergi. Ryn memegang tangan Rez dan teleport pergi. Delisya menggunakan kuasa sihirnya dan turut membawa Ray pergi selepas membuka portal. Begitu juga dengan Ryssa dan Kai.

  Sempat Ryssa dan Delisya merungut kerana asyik mereka sahaja yang perlu membuka portal. Padah kerana tiga ahli Dark Knight tidak belajar sihir!

  Hanz dan Hanza sudah pergi dengan kuasa teleport mereka. Rien dan Violet sempat memeluk dan mengucup pipi bonda dan ayahanda mereka sebelum ke Kerajaan Demon dengan kuasa milik Rien.

  Aurora dibawa pergi oleh Star menggunakan kuasa teleport Star. Rise dan Leo berpandangan sebelum membuka portal. Para guardians yang ada turut menghilang, mahu menjaga Kerajaan Diamond.

  Ruangan takhta akhirnya kosong. Puteri Alexa dan Putera Zeilian ketawa kerana terhibur dengan gelagat mereka.

••••

  L memerhati sahabatnya yang cedera agak parah itu.

  “Kau kenapa ni?” soal L dengan perlahan. Kembar itu langsung tidak dapat ditemui.

  “Semasa aku berlawan dengan Ray… Rien datang…”

  L mengerutkan dahi. “Jadi?”

  “Rien selamatkan lelaki tu. Aku…. Aku tiba-tiba rebah dekat situ juga. Jantung aku bagaikan disiat-siat dan ditikam bertubi-tubi. Aku takt ahu kenapa… Bila dia tinggalkan aku macam tu je… Aku rasa sakit sangat..” Rayyan memegang dadanya. Dia masih ingat akan rasa itu.

  Klak…

  Mereka memandang pintu bilik yang terbuka. Pasangan kembar Syakila dan Kayla muncul di situ.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now