Alexa dan Zeilian tersenyum kecil. Alexa membelai rambut anak gadisnya.

  "Itu tidak penting. Sekarang ini, bonda mahu kamu—"

••••

  Rien mengesat air matanya. Bebola cahaya itu dipegang. Ia hilang ke dalam tubuh gadis itu. Dia membuka portal semula ke Dunia Fantasi.

  Sebaik sahaja dia tiba di sana, dia semakin terkejut melihat Rayyan sedang bertarung dengan Ray. Lelaki itu kelihatan tidak berpuas hati. Walaupun tanpa sayap, lelaki naga itu tetap bersungguh-sungguh mahu menumpaskan Ray.

  Membulat mata Rien apabila Rayyan menikam Ray apabila lelaki itu leka mempertahankan diri daripada serangan tentera lawan. Ray tidak dapat menggunakan kuasanya kerana dia semakin lemah.

  Rien terus berlari ke arah Ray. Terus tubuh itu didakap erat. Rayyan yang tergamam diabaikan. Wajah Ray ditepuk-tepuk.

  "Bodoh, Ray! Aku nak jawab apa nanti?!" tengking Rien.  Tangannya mengeluarkan satu cahaya. Disebabkan dia tiada ilmu perubatan dan kuasa berkaitan perubatan, Rien meneleport lelaki itu ke istana. Dia tahu di sana ada Violet, dia sempat telepati gadis itu ketika di bumi tadi.

  "Ah! Aku terlupa peredaran masa di dunia ini dan di bumi berbeza! Aku terlalu lama di sana!" Rien menumbuk tanah.

  Buk!

  Satu tubuh rebah di hadapan gadis itu. Jejaka itu memegang dadanya yang terasa sangat sakit bagaikan ditikam. Sayapnya juga seperti dirobek dan dipisahkan daripada tubuh.

  "Sayapnya patah menunggu pemilik hati..."

  "ARGHHHH!!"

  Rien memandang sepi lelaki itu. Dia hanya memandang. Dan memandang. Sebelum berlalu pergi tanpa menolehkan kepalanya.

  Air mata menitis di atas tanah. Sumpahan Ryssa kembali. Dia langsung tidak dapat mendekati gadis bernama Rien.

  "Cinta yang buta memakan diri. Kerajaan musnah tiada pengganti. Sayapnya patah menunggu pemilik hati. Maaf dipinta tiada lagi yang mengasihani. Sumpahan dahulu kini kembali. Kerajaan agung ku rampas kini. Bantuan dicari tiada pemberi. Kehidupannya sehina kehidupan syaitan yang dicaci. Ku turunkan sumpahan ini sehingga mati!" Ryssa mengungkap lafaz dengan aura kegelapan mengelilingi dirinya.

  Di saat itu, hanya Kerajaan Naga dan Kerajaan Angel sahaja yang bertungkus lumus menentang Kerajaan Demon. Hal ini kerana Crya sudah berjaya menyedarkan pemerintah kerajaan lain. Mereka mengundurkan tentera mereka secara senyap-senyap dan dibawa ke sebuah kerajaan.

  Di sana, Dark Knight menunggu dengan penuh sabar.

  Permaisuri Naga sudah mati dibunuh Ryssa. Gadis itu langsung tidak memberi belas kasihan. Terus dipancung kepala wanita itu. Biarpun wanita itu tergolong dalam kalangan Light Knight generasi ke-99, gadis itu tetap tidak ambil peduli.

  Ray pula dibawa ke sana dengan bantuan Delisya. Rez dan Ryn sudah kembali. Mereka terus ke tempat itu sebaik sahaja menerima arahan daripada Ray melalui telepati.

  Crya juga menerima arahan yang sama. Oleh itu, dia membawa pemerintah dan tentera ke tempat yang sudah diberitahu. Kai juga yang sudah menyedarkan diri dibawa oleh Ryn dan Rez ke tempat itu. 

  Kini, mereka semua berkumpul di hadapan hutan Kerajaan Diamond. Sihir halimunan besar-besaran dikenakan ke atas mereka. Ada yang terbang di udara oleh kerana kepadatan di darat.

  Setelah sesi perbincangan, para tentera kembali pulang ke kerajaan masing-masing kecuali para raja atau wakil pemerintah kerajaan. Apabila Ray mahu bersuara, satu suara lain menyampuk.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now