Pertemuan pertama kau dan aku

495 11 0
                                    

🖊Kau ingat lagi macam mana kita berjumpa?

☆*: .。. o((❤))o .。.:*☆

Kita jumpa dalam game...

Haha... Bile ingat balik kita jumpa dalam game yang pada mulanya aku rasa sangat annoying sebab selalu sangat muncul dalam iklan facebook dan youtube.

Sebulan atau lebih sejak aku main game tu, kita bertemu di dalam game itu.

Masa tu aku create room dan sengaja tidak start game. Aku hanya duduk di balik pokok. Masa tu aku tengah sedih. Aku tak ingat kenape, tapi itulah perasaan aku masa tu.

Aku sengaja duduk di belakang pokok supaya jika ada orang masuk mereka tidak sedar kehadiran aku kemudian terus left room.

Tetapi kau, masuk sahaja room yang aku create, kau terus menegur aku.

"Kenapa host room ni sembunyi?" Aku hanya diamkan diri. Aku fikir jika aku mendiamkan diri kau akan left room, tapi kau duduk di sebelah aku dan masih menunggu jawapan aku.

Lama aku mendiamkan diri, tapi kau masih menunggu. Akhirnya aku mengalah dan jawap soalan kau.

"Takde ape2. Sengaja." Aku jawap acuh tidak acuh.

"Jom lawan." Kau ajak aku start game. Aku pun time tu dah terlalu bosan duduk kat situ lama-lama dengan kau, aku start jelah game.

Habis sahaja perlawanan, kau tanya aku, "Awak ok?"

Aku memang terkejut ah. Tak sangka kau akan tanya macam tu. Aku tipu kau dan cakap "Saya ok."

Aku tidak kesah untuk guna saya-awak sebab bagi aku biarlah guna ayat yang sopan dengan orang yang kita baru kenal. Tetapi masa tu, kau pulak yang tidak ok.

Aku kata "Kalau awak nak cerita, cerita jelah. Saya sudi mendegar." Dan kau pun mulalah bercerita masalah kau kat aku. 

Disebabkan kau ikhlas berkongsi cerita dan masalah kau kat aku, aku pun mula luahkan masalah aku kat kau.

Kita mula bersembang dan saling mengenali. Kita sembang lama tau. Aku tak ingat sampai berape jam...

Jujur aku cakap, pertama kali bertemu dengan kau, aku rasa berdebar. Bukan sebab suka tetapi tidak pernah ada orang yang baru kenal aku tanya aku ok atau tidak.

Dan kau mesti dah tau yang aku ni bukan jenis bersosial... Tetapi semasa aku dah nk kene off game, kita tidak sempat untuk jadi kawan di dalam game itu.

Kalau tak jadi kawan dalam game itu, kemungkinan untuk jumpa semula sangat lah tipis.... LOl.

Sekarang kau dah ingat macam mana kita berjumpa? Aku tau kau mungkin tak nak vote supaya aku tidak tahu kehadiran kau kan?

Tak apa... Sebab kalau aku dapat tau kau baca cerita ni pun, aku tak tau nak cakap apa kat kau.

Kepada yang nak tahu game yang menemukan aku dengan dia, Gamenya bertajuk Au2 Dance sekarang ni.

Masa kita mula berjumpa, nama game tu Dance Club. Kalau kau tak ingatlah...

✒Pls vote 😊🥰

✏From: ☆S

Ya, itu nama samaran aku di dalam wattpad ☆S.

My First LoveWhere stories live. Discover now