020

100 30 15
                                    

| jeong eunwon

aku membuka mata dengan perlahan-lahan. cahaya terang yang menusuk masuk ke dalam mata menyebabkan aku terpaksa mengecilkan mata sedikit. kepalaku masih terasa berat.

"eunwon, dah sedar!"

aku menoleh ke sisi kiri. di situ, yunseong sedang berdiri dengan wajah gembira sambil menekan-nekan loceng di kepala katil, tempat aku berbaring.

yunseong? nampaknya betullah aku dah mati.

aku tak tahu la sekarang ni aku patut rasa sedih atau gembira? mungkin aku patut rasa gembira. sebab sekurang-kurangnya aku dapat jumpa yunseong!

seorang lelaki berkot putih datang dan memeriksa keadaan aku. ini doktor. aku pelik. masih ada doktor lagikah di alam selepas dunia?

"keadaan eunwon dah stabil sepenuhnya." doktor itu tersenyum dan meminta diri selepas menyelesaikan tugasnya.

eunsang yang baru tiba dengan sebuah bakul berisi limau cepat-cepat menghampiri aku. wajahnya juga sama seperti yunseong, tampak sangat gembira.

"syukurlah kau dah sedar. dah lama ke eunwon sedar ni?" tanya eunsang kepada yunseong.

"taklah baru je."

yunseong mengusap kepalaku. "eunwon, awak ingat tak apa yang dah jadi?" suara yunseong sangat lembut.

aku cuba mengingat. tetapi aku terlalu pening untuk mengingat semuanya.

disebabkan aku tidak bersuara, eunsang pun menerangkan kepada ku. "kau koma selepas kemalangan tu. dua bulan kau koma. hari-hari aku dan yunseong datang sini untuk tunggu kau sedar."

aku koma? nampaknya semua tu hanya berlaku dalam koma. aku tak mati lagi!

"kemalangan apa?" soalku. aku betul-betul keliru dengan apa yang berlaku sekarang.

"kau kena langgar dengan sebuah kereta masa nak seberang jalan. masa tu kau nak confess pada yunseong." kata eunsang.

aku memejamkan mata. sedikit demi sedikit aku mula dapat mengimbas kembali apa yang berlaku sebelum aku koma.

✿    ✿    ✿

aku membetulkan gaun putih yang tersarung di tubuh. sekejap lagi aku akan bertemu yunseong untuk confess perasaan aku padanya. aku mahu tunjukkan penampilan yang terbaik.

beberapa minit kemudian, aku lihat yunseong sudah tiba. dia sedang melambaikan tangannya di seberang jalan sambil tersenyum ke arah ku.

aku membalas senyumannya dan terus melangkah untuk menyeberangi jalan.

PINNNNN!

aku tidak mendengar apa-apa lagi selepas itu. pandanganku juga semakin kabur.

✿    ✿    ✿

aku pandang yunseong. dia memegang tangan ku dan mula menangis. "sebenarnya, saya dah lama sukakan awak sejak sebelum hari awak nak confess pada saya lagi. saya betul-betul ingat saya dah tak ada peluang untuk luahkan perasaan ini! tapi bila awak dah sedar dari koma, saya rasa gembira sangat! saya nak minta maaf sebab tak luahkan perasaan saya pada awak awal-awal. jadi, hari ini biar saya yang mulakan. saya cintakan awak, jeong eunwon."

aku mengelap air mata yunseong dan membalas, "saya pun cintakan awak, hwang yunseong"

aku gembira sangat. sebab bagi aku, ini ialah peluang kedua untuk aku. aku janji aku akan hargai orang yang sayangkan aku.

sebab aku yang pernah kehilangan orang yang tersayang lebih tahu menghargai kehadiran mereka dalam kehidupan ini.

the end.

terima kasih sebab sudi baca!💙💚💛💜🖤

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

terima kasih sebab sudi baca!
💙💚💛💜🖤

publish: 101119
end: 101119

disease • h.yunseongحيث تعيش القصص. اكتشف الآن