004

91 28 6
                                    

| jeong eunwon

aku buka mata dengan perlahan-lahan. bau ubat-ubatan yang menusuk ke dalam rongga hidung memberi jawapan bahawa aku sedang berada di dalam bilik rawatan sekarang.

pintu bilik rawatan itu dibuka dari luar dan eunsang masuk dengan membawa sebuah bekas makanan bersamanya. dia tersenyum dan cepat-cepat menghampiri aku apabila menyedari aku sudah sedar daripada pengsan.

"syukurlah. kau dah sedar. aku dah call eomma kau tadi dan beritahu tentang keadaan kau. eomma kau risau sangat. jadi lepas makan nanti, aku akan terus hantar kau balik rumah ya." kata eunsang.

aku hanya mengangguk dan mengerling ke arah jam di dinding. sudah pukul 2 petang. waktu persekolahan sudah tamat satu jam yang lepas. lama juga aku pengsan.

aku bangun daripada pembaringan dan bersandar di kepala katil. bibir dimuncungkan sedikit apabila melihat eunsang langsung tidak menghulurkan lagi bekas makanan yang dibawanya itu. "eunsang, aku lapar ni." kata ku.

dah lah waktu rehat tadi aku langsung tak makan. maklumlah aku tengah risau tunggu jawapan daripada yunseong masa tu sampai tak ada selera nak makan.

ah! yunseong. teringat sahaja nama lelaki itu membuatkan dada aku kembali berasa sakit.

"eh! terlupa pula." eunsang ketawa kecil dan membukakan penutup bekal itu sebelum menghulurkannya kepada ku.

bekal itu kini sudah bertukar tangan. aku makan nasi dan sup ayam yang disediakan dengan sangat berselera. aku kenal masakan ini. ini masakan eomma eunsang.

"kau balik rumah ke tadi?" soal ku setelah makanan di dalam mulut habis dikunyah dan ditelan.

"haah. aku balik sekejap untuk makan tengah hari dulu. lepas mandi, aku minta izin eomma untuk pergi sekolah balik. eomma aku tahu tentang keadaan kau. jadi dia bekalkan makanan ni." kata eunsang.

"wah nanti cakapkan kat eomma kau terima kasih! kalau macam ni lah, hari-hari sakit pun tak apa." aku tergelak kecil dan meneruskan suapan.

eunsang pula menumbuk bahuku perlahan. "oi jangan main-mainlah!"

"apa? aku tak main-mainlah. ish dah lah jangan buat muka macam tu lagi." kata ku apabila melihat eunsang mempamerkan wajah cuak.

pergelangan tangan ku dipegang erat oleh eunsang secara tiba-tiba. dia memandang tepat ke dalam mata ku. "eunwon, kau kena jalani juga pembedahan tu supaya kau boleh sembuh. kau tak boleh tinggalkan aku."

mata eunsang mula berkaca. perlahan-lahan air matanya jatuh membasahi pipi.

"weh eunsang, jangan lah menangis. aku bukan tak nak jalani pembedahan tu cuma.."

eunsang pantas memotong ayatku. "cuma apa? aku tahu kau sebenarnya tak sanggup nak hilangkan perasaan kau tu pada yunseong kan? tolonglah! kali ni je eunwon. cuma kali ni je. tolong pentingkan diri kau pula." eunsang meleraikan pegangan di tanganku. kemudian dia terus keluar dari bilik rawatan itu dengan perasaan kesal.

aku hanya menunduk memandang cadar putih yang membaluti katil. aku tak dapat memilih antara nyawa dan perasaan. bodohnya.

disease • h.yunseongWhere stories live. Discover now