018

62 23 5
                                    

| lee eunsang

hari ini aku ingin pergi melawat yunseong di rumahnya. sudah 2 minggu yunseong tidak hadir ke sekolah. aku harap keadaannya baik-baik sahaja.

disebabkan pagar rumah yunseong memang sudah terbuka apabila aku sampai, aku terus masuk dan mengetuk pintu.

tok! tok! tok!

tiada jawapan. jadi, aku mencuba sekali lagi.

tok! tok! tok!

tok! tok! tok!

masih tiada jawapan. kali ini aku cuba memulas tombol pula. dan klak! pintu itu terbuka.

aku melangkah masuk ke dalam sambil berkata, "yunseong, kau ada kat dalam tak? aku masuk rumah kau ni."

walaupun tiada jawapan daripada yunseong, aku tetap meneruskan langkah masuk ke rumahnya. setelah puas mencari yunseong di tingkat satu, aku bercadang untuk naik ke tingkat atas pula.

sebaik sahaja aku memijak tangga, aku terpandang kelopak-kelopak bunga yang bertaburan di atas tangga. bilangannya terlalu banyak. hatiku mula rasa tidak sedap. aku berjalan pantas mengikut arah kelopak-kelopak bunga itu.

akhirnya aku sampai di hadapan sebuah bilik. aku terkejut apabila melihat lantai bilik itu sudah dipenuhi dengan kelopak-kelopak bunga.  sama seperti yang aku lihat di tangga tadi.

aku masuk ke dalam bilik itu dan memangku kepala yunseong yang terbaring di atas lantai. keadaan yunseong sangat lemah ketika itu. "yunseong, kau cakap kau nak jalani pembedahan tu. tapi kenapa jadi macam ni?" aku menangis.

"s-sebab cin..ta eunsang. b-bila fikir ba..lik uhuk.. ak..u tak s-sanggup na-k gadaikan pe..rasaan ni. ak-aku cinta..kan eunwon san..ngat. uhuk.." batuk yunseong semakin teruk. nafasnya juga rasa tersekat. dia dah tak boleh bernafas. dadanya sesak.

"jangan tinggalkan aku." air mata aku semakin deras apabila melihat keadaan yunseong yang sudah nyawa-nyawa ikan.

yunseong menggelengkan kepalanya perlahan, menafikan pernyataan aku.

"eun..ssang tol..long j-jaga e..eunwon un-tuk ak..u.." selepas mengucapkan kata-kata itu, mata yunseong perlahan-lahan terpejam sepenuhnya.

aku memeriksa nadinya. yunseong dah tak ada.

disease • h.yunseongWhere stories live. Discover now