015

69 21 13
                                    

"hari ini hubungan kita dah masuk dua bulan." yunseong tersenyum. dia memandang eunwon yang sedang berjalan di sebelahnya. mereka dalam perjalanan menuju ke sekolah bersama-sama.

eunwon mengangguk ceria. "cepat betul kan?"

"ya."

yunseong mengeluarkan sebiji cupcake dari beg sekolahnya. dia meletakkan cupcake itu di atas tapak tangan eunwon. "ini untuk awak." eunwon menyambut cupcake itu lantas memeluk yunseong. "terima kasih!"

"sama-sama. nanti lepas sekolah, saya belanja awak makan sempena hari ini ya?"

eunwon meleraikan pelukannya dan memandang yunseong. dia menggeleng laju. "tak boleh. saya dah janji nak keluar dengan yohan lepas sekolah."

yunseong mendengus sedikit apabila mendengar nama kim yohan. lelaki itu merupakan pelajar baru di sekolah mereka. sejak yohan bersekolah di situ, eunwon sudah berubah.

eunwon yang sekarang lebih suka menghabiskan masanya dengan yohan. eunwon yang sekarang lebih mementingkan yohan berbanding yunseong.

"yohan. yohan. yohan. dan yohan. saya boyfriend awak. selama ni saya diam je bila tengok awak rapat dengan yohan dan abaikan saya. kenapa awak jadi macam ni?"

"kenapa awak nak marah-marah saya pula? suka hati saya la nak rapat dengan siapa pun. boyfriend? heh. walaupun awak boyfriend saya sekalipun, awak tak ada hak nak halang saya daripada buat apa yang saya nak." eunwon membaling cupcake itu ke atas tanah sebelum berjalan laju, meninggalkan yunseong di belakang.

yunseong memandang cupcake yang dibaling itu. cupcake itu sudah hancur kerana dibaling dengan kuat.

dari tempat dia berdiri, dia dapat dengar eunwon merungut sendiri. "huh ada boyfriend pun menyusahkan."

disease • h.yunseongWhere stories live. Discover now