002

128 31 5
                                    

"pandai juga eh kau buat coklat." eunsang membelek-belek plastik jernih berisi coklat yang berdiameter 60 mm di dalamnya. coklat yang dibentukkan menjadi bentuk hati itu kelihatan sangat sempurna.

eunwon membalas dengan senyuman. "nampaknya usaha aku practice buat coklat ni hari-hari tak sia-sia kan?"

"tentulah. eh mana surat yang aku suruh kau tulis tu? aku nak bagi surat tu sekali dengan coklat ni pada yunseong."

eunwon menepuk dahinya. ya tuhan! macam mana dia boleh lupa ni? "alamak! aku terlupa la eunsang."

"tak pe lah. kau tulis je lah sekarang. masih sempat ni." eunsang mencari sesuatu dari dalam begnya. dia mengeluarkan sehelai kertas warna dan gunting.

kertas warna itu digunting sehingga menjadi kecil dan dilipat  dua. "nah. guna ni."

eunwon ambil kertas yang dihulurkan itu. sebatang pen hitam dia pegang kemas dan mula mencoret di atas kertas tersebut.

.

.

"siap!" eunwon pandang kertas yang sudah penuh dengan tulisan tangannya itu dengan penuh rasa puas hati. ambil masa 3 minit juga untuk dia susun ayat supaya nampak cantik.

"sini aku baca."


    dear hwang yunseong,
 
      today is valentine's day. so i made this chocolate
      to give it to you. i know you must receive a lot of
      chocolate today but please dont throw this away!
      i put a lot of effort into making this chocolate. em
      actually what i want to say here is i love you! ♡
      yunseong, will you be my boyfriend?

                                                                            sincerely,
                                                                            jeong eunwon.
                                                                                                            ┛

"hm bagus." eunsang mengangguk juga akhirnya selepas membaca surat itu berulang kali. dia melekatkan surat itu bersama dengan plastik jernih berisi coklat tadi menggunakan pengokot.

"aku akan bagi pada yunseong masa rehat nanti ya." sambung eunsang sambil mengenyitkan matanya.

eunwon mengangguk sahaja. dia dapat rasa hatinya sekarang sedang berdetak dengan sangat laju.

disease • h.yunseongWhere stories live. Discover now