008

71 24 0
                                    

| jeong eunwon

"caramel crepe satu!"

aku dan yunseong ketawa apabila menyedari kami memesan menu yang yang sama secara serentak. ya tuhan! comel sungguh senyumannya!

yunseong, berhentilah!  hatiku berdetak. aku memerhati yunseong yang masih sedang ketawa itu.

"hehe tak sangka pula awak pun suka caramel crepe." kata ku berbasa-basi ketika menunggu pesanan tiba.

yunseong mengangguk. "ya. saya suka sangat dengan rasa crepe yang manis tu."

"tapi lagi tak sangka bila dapat tahu kita suka crepe yang sama kan?" sambung yunseong. dia menatap wajahku sambil tersenyum lagi.

aku berpaling ke arah lain. cuba untuk menyembunyikan muka ku yang sudah mula memerah. "ah bb-betul tu."

yah kenapa masa ni juga aku nak gagap? c'mon eunwon!

yunseong sekadar ketawa kecil apabila melihat tingkah laku ku yang seperti tidak tentu arah.

ah memalukan betul!

perbualan kami terhenti seketika apabila ada seorang waiter datang dengan membawa dua caramel crepe yang dipesan.

"jemput makan." kata yunseong kepada ku.

baru sahaja aku mahu menyuapkan crepe itu ke dalam mulut, aku terasa dada ku kembali berasa sakit. aku bangun dan meletakkan tangan di mulut, menahan diri daripada termuntah di situ. cepat-cepat aku meminta diri untuk ke tandas.

aku memuntahkan kelopak bunga dengan banyak di sinki tandas. aku tercungap-cungap mengambil nafas. kelopak-kelopak bunga itu seperti menyekat laluan pernafasan ku.

setelah berasa sedikit baik, aku keluar dari tandas. wajah ku kelihatan pucat pada masa itu.

aku terkejut apabila mendapati yunseong sedang menunggu aku di luar tandas. air mukanya menunjukkan bahawa dia sangat risau. "eunwon, awak okey?"

"ok..ey cuma s-saya nak rehat." jawabku. aku berasa sedikit kesal kerana tidak dapat menghabiskan masa yang lama dengan yunseong. kesihatan ku tidak mengizinkan buat masa ini.

seperti memahami keadaan ku, yunseong terus mengajak aku pulang.

disease • h.yunseongWhere stories live. Discover now