006

80 26 3
                                    

"hanahaki? i thought it was just a ficitional disease. selalunya tengok dalam anime je. tak sangka pula penyakit tu betul-betul wujud." yunseong menghirup macchiato yang dihidangkan di hadapannya perlahan. matanya membulat besar tatkala mendengar penerangan eunsang tadi.

eunsang mengangkat bahunya. "itulah. aku sendiri pelik. sekarang ni aku dah mati akal habis. kau je yang boleh tolong aku."

yunseong memegang dagunya seperti sedang berfikir. dia menghembuskan nafas berat sebelum mula berbicara lagi. "tapi aku takut kalau aku tak mampu. aku takut kalau perasaan tu lambat muncul dan eunwon akan.." kata-katanya tidak diteruskan.

"eunwon akan mati dulu? macam tu ke?"

yunseong mengangguk lambat-lambat.

eunsang diam. dia juga takut akan perkara yang sama.

"ok macam ni. aku akan try untuk cintakan dia. tapi dalam masa yang sama kau tak boleh berhenti pujuk dia supaya jalani that surgery juga. means kita sama-sama usaha. kita guna dua-dua cara untuk sembuhkan eunwon dalam satu masa. setuju?" yunseong mencadangkan ideanya.

tipulah kalau dia kata dia tak rasa bersalah terhadap eunwon. perempuan itu jatuh sakit kerana dia. takkan dia nak buat tak tahu pula kan?

"wah! setuju sangat. terima kasih banyak-banyak yunseong. kalau kau tak ada, mesti aku dah tak tahu nak buat apa lagi." eunsang tersenyum gembira. dia sudah dapat rasakan kejayaan berada dekat dengannya.

dia yakin 100% yang yunseong akan jatuh hati juga pada eunwon suatu hari nanti. yunseong cuma perlu mengenali eunwon dengan lebih dekat. eunwon sudah ada rupa yang cantik. ditambah lagi dengan sikapnya yang lemah lembut itu tentu mampu memikat mana-mana lelaki dengan mudah.

eunsang tak sabar menunggu hari yunseong dan eunwon official menjadi pasangan kekasih nanti. dia akan jadi orang yang paling bahagia apabila hari itu tiba. ah!

sebelum pulang, eunsang memberikan nombor telefon eunwon kepada yunseong. tugas yang selebihnya pula, dia percaya yunseong mampu lakukan sendiri. yunseong kan pernah couple sebelum ni. jadi tentulah dia tahu bagaimana cara untuk mengambil hati perempuan.

"goodluck bro!" eunsang menepuk bahu yunseong, memberi semangat.

disease • h.yunseongWhere stories live. Discover now