06

2.3K 241 31
                                    

JAD toleh pada jam tangan di pergelangan kiri. Lagi lima minit masuk jam 8 malam. Kelibat temannya masih belum muncul. Dia betulkan duduk. Tika itu juga dia ternampak Nurina sedang melangkah ke arahnya.

"Dah lama sampai?" Bibir wanita itu merekah dengan senyuman tatkala berlaga dengan anak mata hitam pekat Irfizzad. Senyuman nipis Jad buatkan rekahan bibirnya melebar.

"Dah lama sangat... penat I tunggu you." Jad sengih apabila Nurina sengaja buat muka. Tidak percaya dan tidak mahu melayan gurauannya.

"Ya lah tu. Yang you sampai awal buat apa? Kan janji pukul 8." Nurina berkata perlahan sambil menjeling Jad. Bibirnya mengukir senyum simpul, malu diusik.

Padanya, usai sahaja sesi merehatkan diri di spa petang tadi, mahu terus sahaja keluar makan. Tetapi memandangkan Jad ada hal lain yang perlu diselesaikan, jadi terpaksa di tunda pada malam hari. Itu pun Iqbal yang beritahu. Si adik yang beza dua tahun daripada si abang.

"Tak lah. I baru je sampai. Duduk pun tak panas punggung lagi ni."

Jad betulkan tubuhnya. Wajah manis itu dipandang. Ada lesung pipi penyeri wajah. Mata lelakinya atau sesiapa sahaja pasti tertangkap pada wajah Nurina.

Dia agak lapang hari ini sebenarnya. Dan dia hampir lupa dengan ajakan Nurina.

"I tahu. I dah boleh agak. Takkan punya you sampai awal sangat. Selalunya lambat aje." Nurina mencebik. Beg sandang diletakkan di bangku sebelah. Begitu juga dengan beg kertas berwarna coklat. Lipatan tudung dibetulkan sedikit.

Jad ketawa kecil. Memang dia agak culas bab temu janji. Tetapi hanya dengan teman terdekat sahaja. Kalau melibatkan hal kerja mahupun business, pastilah dia orang pertama yang sampai dahulu.

Jad pandang lama Nurina. Lama dia tidak berjumpa dengan wanita ini. Jumpa pun selalunya di pejabat. Itu pun bukan selalu memandangkan pejabat mereka berlainan aras. Jad berdeham. Tiba-tiba akalnya teringat akan Nurina walau sudah di depan mata.

"You dah oder ke?" Buku menu dibuka. Matanya jatuh pada menu yang terpampang.

"Belum lagi. Sekali oder lah." Ujar Jad lantas membaca menu yang tertera. Banyak kali buku menu diselak.

"I nak nasi putih dengan tomyam campur."

"Dengan orange juice." Buku menu ditutup lalu ditolak ke depan. Begitu juga dengan Nurina.

Jad angkat tangan memanggil pelayan. Memberitahu makanan yang ingin dipesan. Mata Jad mengerling pada keseluruhan restoran. Tidak terlalu ramai.

"Tapi Jad, bukan ke you suka makanan western?" Kalau bukan stik, pasta mahupun apa jenis makanan barat sekalipun. Tapi, bukan makan yang dioder tadi. Bertambah pelik Nurina rasakan apabila Jad menukar tempat pertemuan mereka. Baru teringin melegakan tekak dengan hidangan western.

"Saja tukar selera. I kan orang Melayu." Jad sengih.

"Ceh!" Bibir Nurina sekali lagi mencebik. Jad ini jika datang angin mengusik, boleh buatkan orang senyum lebar sampai ke telinga. Dan dia paling suka dengan senyuman Jad yang manis.

"Melayu lah sangat kalau makan, pakai pun dah macam barat sana."

Jad tidak menyangkal kenyataan itu. Dunia berubah, begitu juga dengan isi dalamnya. Semua orang merasai.

"I kan Melayu moden." Jad peluk tubuh. Badannya bersandar santai pada kerusi. Memang betul. Rata-rata manusia zaman sekarang sudah terasimilasi dengan cara barat. Tengok sahajalah pakaian, lebih-lebih lagi pakaian wanita. Lebih banyak terbuka daripada tertutup. Boleh berpinar-pinar mata melihatnya. Yang menjalani hidup cara barat juga tidak kurang hebatnya. Berlambak. Semua benda dibolehkan.

Dia SebenarnyaWhere stories live. Discover now