05

2.5K 238 30
                                    

JAD buang pandang pada wajah di hadapannya. Memori semalam hilang dari kepala.

"Kau ok ke bro?" Wajah Jad nampak kosong. Nampak blur. Entah apa yang temannya fikirkan.

Jad kerling sekilas. Kedua-dua tangannya menguak rambut ke belakang. Malas mahu menjawab soalan Razin sebenarnya.

"Siapa sebenarnya dia?" Soalnya ingin tahu. Dia juga tertanya siapakah Ally kepada Jad? Lagaknya seperti lelaki ini sedang marahkan sesuatu atau sedang menuntut sesuatu daripada Ally.

Hendak diberi gelaran teman wanita, tentunya tidak. Setahu dia, Jad tidak berdamping dengan mana-mana perempuan setakat ini. Tengok pada layanan juga totally out.

Halkum Jad naik turun. Mengingatkan Ally sahaja buatkan dia resah. Buatkan hatinya berlahar panas.

Nur Thalia.

Thalia yang dipanggil Ally. Wanita yang membuatkan hatinya libang-libu.

Jad genggam jemarinya kuat. Ah! Sakitnya rasa.

"Kau percaya ke benda tu?" Razin menyoal kembali apabila tiada jawapan daripada mulut sang teman.

Matanya masih terarah pada wajah Jad. Kenyataannya sangat sukar diterima jika benar apa yang diperkatakan Jad. Nak sebut pun dia tidak sampai hati.

Video seks Ally!

"Entah." Titik.

Dia tidak mahu ulas banyak kali tentang hal itu. Geram. Pertama kali dia melihat video itu, tangannya menggigil. Kepalanya berasap. Wajah Ally jelas kelihatan. Siapa punya angkara?

Mahu sahaja dibaling telefon ke dinding sehingga berkecai. Biar musnah dan hilang semuanya. Tetapi dia tahu, takkan semudah itu. Dunia ini tanpa sempadan. Dunia ini kejam. Bila-bila masa sahaja video itu boleh tersebar. Memang dia berang tetapi ada aib yang perlu dia jaga. Sekarang dia berharap agar video itu hanya dihantar padanya seorang.

Jad membuang renungan tajam. Bibirnya diketap menahan geram. Masalahnya, sangat payah untuk dia mencari si penghantar video tersebut sebab dia memang langsung tak kenal Ally.

"Tapi..." Razin telan liur. Tidak jadi menyambung kata. Dia hanya diberitahu perihal video itu. Hanya Jad sahaja yang tahu isi terperinci.

"Kau ada musuh?" Mungkin ada yang berdendam sehingga sanggup memperlakukan mereka sedemikian rupa.

Jad geleng kepala. Dia tidak tahu.

"Musuh perempuan tu tak?" Razin tanya lagi. Banyak telahan yang telah dibuat. Namun semua tidak masuk akal.

"Aku pun tak tahu lah. Tiba-tiba je dapat benda ni"

"Mesti ada orang nak perangkap kau ni. Tak mungkin orang buat saja-saja." Razin menebak lagi.

Perangkap? Perangkap siapa sebenarnya? Dia atau Ally?

"Kalau memang dia rela?" Suara Jad datar. Dia tidak rela menuturkan kata-kata itu. Hatinya berada di tengah-tengah. Antara percaya atau tidak.

"Kau siasat betul-betul. Aku tak tahu siapa dia pada kau. Kau pun macam tak nak beritahu aku siapa dia. Tapi kalau perempuan tu ada background yang tak baik pun, dia jahat sekalipun, tak boleh nak pukul rata semua orang macam tu." Pandangan mereka berlaga sekilas cuma.

Jad diam seribu bahasa. Cuba mencerna kata-kata Razin.

"Kalau dia baik, tiba-tiba muncul pula benda-benda macam ni. Ada something wrong." Sambung Razin.

"And... Kalau dia rela. Itu sah-sah dia punya pasal." Razin sudah kehabisan kata. Kalau dia kenal Ally, bolehlah dia beri pandangan yang sepatutnya. Ini tidak, dia sendiri pun baru kenal.

Dia SebenarnyaWhere stories live. Discover now