04

2.5K 225 29
                                    

BEBOLA matanya melilau pada kawasan dalam restoran. Leher dipanjangkan malah kakinya selangkah ke hadapan. Gerakan matanya laju mencari mangsa. Jad picingkan mata saat menangkap tubuh berbaju hijau yang tidak jauh dari situ.

Dia mulakan langkah dengan laju sama seperti jantungnya yang berdegup kencang. Tangan kiri Ally digenggam saat dia tiba di tepi meja. Lantas ditarik tubuh itu bangun.

"Eh?" Terkejut dengan kehadiran Jad, Ally tergamam. Dia ditarik keluar dalam keadaan terpinga-pinga. Dia meronta seketika. Apa yang sedang berlaku? Malu saat banyak mata yang memandang pada mereka.

Suara isterinya tidak dihiraukan oleh Jad. Lagi kuat Ally ditarik agar menyaingi langkahnya.

"Masuk!" Tubuh Ally ditolak ke dalam kereta. Nekad dia untuk dapatkan Ally malam ini. Biarlah orang pandang dia serong sekalipun kerana menarik Ally keluar dari restoran ketika sedang menjamu selera bersama seorang rakannya.

Mencetuskan kekecohan di khalayak ramai bukanlah sikapnya. Tetapi disebabkan hatinya sedang berlahar dengan api kemarahan, dia tidak peduli dengan semua itu.

"Tak nak lah! Dah kenapa ni?" Ally cuba loloskan diri.

Namun langkahnya terhenti apabila dihalang oleh pintu kereta Jad. Sakit terasa di bahu saat tangan kasar Jad mencengkam, apatah lagi terkena pada pintu kereta. Terkejut tak habis lagi dengan kemunculan Jad dan kini dia dikejutkan dengan kekasaran terhadap dirinya pula.

Jad berang. Suara Ally kuat menampar gegendang telinga. Dia jadi sakit hati.

"I cakap masuk! Jangan degil!" Bahu Ally dipegang kuat, ditolak ke dalam apabila wanita itu berkeras. Tidak dihiraukan mata-mata yang memandang.

"You dah kenapa? Tiba-tiba paksa I macam ni?" Berang Ally, membentak.

Makan malam yang sepatutnya dia nikmati bersama Sarah bertukar panas dengan kelakuan Jad terhadapnya. Dia tidak mengerti. Habis sakit seluruh kakinya terpaksa melangkah seiring dengan langkah panjang Jad. Kasut tumit tinggi bertali halus menyukarkan pergerakannya. Terasa terjerut.

"Bro..."

Jad berpaling sekilas. Kelihatan seorang lelaki sedang menghampirinya. Mungkin menyangka bahawa dia bakal mengapa-apakan Ally.

"Bro, sabar bro... Tak elok berkasar dengan perempuan." Langkah lelaki yang tidak dikenali itu berhenti tidak jauh dari situ.

"Jangan sibuk." Suaranya bergetar lantas Jad berpusing. Rahangnya diketap geram apabila ada yang ikut campur dalam urusannya. Tubuh Ally yang masih terkial-kial untuk melepaskan diri ditahan.

"Bro, kalau ada apa-apa hal. Settle cara baik." Lelaki itu menasihati lagi.

"Jad! Lepas!" Ally menjerit nyaring. Pergelangannya tangannya sakit. Sebelah tangannya cuba merungkaikan setiap pegangan jemari kasar Jad. Namun tidak berjaya. Malah makin sakit.

"Bukan macam ni bro."

"Sorry. Itu..." Tiba-tiba ada suara dari arah belakang.

Jad berpaling. Nampak temannya, Razin sedang melangkah menghampiri.

Ikutkan pengiraan Razin, lagi tiga saat lelaki itu masih mengeluarkan kata-kata, boleh lebam biji mata dikerjakan Jad.

"Itu adik dia. Dia lari rumah. Tu yang abang dia marah sangat." Razin mula mencipta alasan. Wajahnya tampak yakin.

Sedari tadi dia hanya jadi pemerhati. Dari awal belakang kereta Jad diikut rapat sehingga ke restoran ini. Setiap pergerakan Jad diikut. Sehinggalah bertemu wanita ini dan ditarik ke kereta.

Dia SebenarnyaWhere stories live. Discover now